Pages
Sunday, December 25, 2011
Peach Cobbler Sedap dan Mudah
saya ambil resepi dari sini
teringin nak makan peach cobbler ni gara-gara baca novel 5 tahun 5 bulan karya hlovate
dah berapa kali ulang baca dah
tengok kat dapur ada 1 tin peach in syrup
apa lagi google recipe lah
lagi pun di waktu petang nan indah dihiasi hujan dan guruh kilat sabung menyabung ni
perut mudah terasa lapar
craving nak makan sesuatu yang sedap (asyik craving aje, sebab tu badan pun makin chomelll)
tapi tak tahu nak makan apa
bila tengok resepi peach cobbler mudah macam makan kacang goreng aje
jom lah kite ke dapur sambil bergurau senda dengan my gumiho yang gomok
resepi dan cara-cara:
panaskan oven 180C
1/4 cawan butter cairkan kemudian tuangkan butter cair kedalam baking pan sederhana besarnya
*1/2 cawan tepung gandum
*1 ts baking powder
*1/3 cawan gula
*pinch of salt
*1/2 cawan full cream milk
campurkan bahan * dan kacau sebati, kemudian tuang kedalam butter cair.
tuang je, tak perlu kacau-kacau dah.
1 tin besar buah peach
sudukan buah peach perlahan-lahan kedalam adunan tadi, susun cantik-cantik (saya susun tak cantik pun .. heheh)
tak perlu gaul atau kacau, hanya letakkan sahaja buah peach tersebut dan sedikit sirap peach
bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 minit
hidang panas atau sejuk. sedap juga makan dengan aiskrim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sedapnye..anto ler kt ibu mengandung skit..hehehe
dah habis lah kak.. huhu
Post a Comment