Pages

Friday, May 10, 2024

Racun serangga organik tahan lama

10.5.24

Sponsored Post

Rumah yang bersemut.

1. Rumah yang kami duduk ni memang duk kat atas sarang semut dan anai-anai.

2. Banyak-banyak semut yang ada, paling geram kat semut mayat. Tak tahu korang panggil semut apa. Dia liar, halus, dab bau busuk. Kadang-kadang gigit juga. Paling geram, dalam air masak pun dia nak masuk.

3. Jadi sejak Kak Kay berniaga, paling risau kat ancaman semut mayat ni. Sebab dia sejenis semut yang gigih. Celah-celah lurah penutup container pun dia gigih menyelit nak masuk.

4. Disebabkan Kak Kay ni pemintal ais krim malaysia, jadi stock gula pasir tu memang banyak.

5. Untuk mengelakkan semut mayat ni masuk dalam gula, Kak Kay terpaksa simpan dalam peti sejuk. Segala macam stock filling ais krim yang manis-manis pun Kak Kay terpaksa letak dalam peti sejuk. Kalau tak, kena buang je filling tu.

6. Macam-macam jenis racun Kak Kay guna, yang organik yang chemical. Tak menjadi.

7. Sehinggalah Kak Kay dapat sample racun serangga organik RAMA. Bukan sahaja untuk semut, malah untuk pepijat, lipas, anai-anai, kutu dan lain-lain. Yang penting dia organik,  selamat untuk manusia dan haiwan peliharaan.


8. Gambar 1, kawasan meja niaga Kak Kay. Biasanya baru 30 minit start meniaga dah penuh semut kat kawasan tu. Jenuh lap. Rimas!


9. Gambar 2, jug air gula. Kak Kay sembur bahagian tapak bawah jug tu. Memang tak ada lagi dah semut datang hurung.

10. Setakat 1 minggu guna,  semut dah tak nampak bayang dah. Kiranya tak perlu sembur hari-hari. 1 semburan tahan lebih dari seminggu. Walhal meja niaga tu hari-hari basuh. Kesan dia tahan lama.

Boleh beli Racun Serangga Organik RAMA kat sini:👉 RACUN Serangga Organik RAMA

#celotehkakkay
#kedaikakkay
#sponsoredpost
#racunseranggaorganik

Saturday, April 20, 2024

Gunung Ruang

1. Gunung Ruang, Sulawesi setinggi hampir 1 kilometer dari paras laut telah meletus sekurang-kurangnya 3 kali dalam minggu ini bermula sejak hari Selasa (16 April) pada pukul 9.45 malam.

2. Letusan tersebut telah melepaskan abu setinggi sekitar 20 kilometer ke Udara dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di sekitarnya.

3. Letusan gunung berapi ini telah menyebabkan sekitar 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Tiada kematian dan kemalangan dilaporkan setakat ini.

4. Gunung Berapi Ruang dah pernah meletus sekitar 12 kali. Kali pertama direkodkan pada tahun 1808 dan paling teruk terjadi pada tahun 2002.

5. Letusan gunung berapi ini merupakan proses semulajadi alam yang pada satu sudut mungkin kita nampak seperti bencana, tetapi pada sudut lain ia memberikan tanah yang subur kepada manusia, suburkan hidupan laut dan menyejukkan suhu Bumi.

Sumber: X Zamir Mohyedin

Thursday, April 11, 2024

Perang melawan jiwa sendiri


"Kenapa dalam takbir raya ada sebut tentang perang ahzab? Kenapa tak sebut perang- perang lain?"

Ukhti tu tanya.
Dia cuba revise takbir raya, sampailah bila dia go through rangkap yang ada cakap pasal perang ahzab.

.
.

لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa

صَدَÙ‚َ ÙˆَعْدَÙ‡ُ
sadaqa wa’dah
yang benar janji-Nya

ÙˆَÙ†َصَرَ عَبْدَÙ‡ُ
wanashara ‘abdah
dan yang menolong hamba-Nya

ÙˆَØ£َعَزَّ جُÙ†ْدَÙ‡ُ
wa a’azza jundahu
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)

ÙˆَÙ‡َزَÙ…َ الأَØ­ْزَابَ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ
wahazamal ahzaaba wahdah
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

.

Malam tu kat Masjid Putra, dia randomly approach satu group akhwat yang tengah usrah (yang dia kenallah of course) and cakap, 

"akak saya nak join dengar akak sharing boleh?"

Kakak tu angguk dan dia terus duduk. Malam tu sesi diorang bedah dan revise fikrah dari kisah perang ahzab.

Bukak surah ahzab, ayat 10 dan 11,

"Iaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.

Di situlah diuji orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dasyat."

.
.

"Masa perang ahzab tu, waktu tersebarnya berita yang tentera bersekutu mula ada yang dihasut oleh orang kafir dan mula nak berpecah belah meninggalkan islam, masa tu hati orang-orang islam di barisan hadapan ni mula diuji dengan perasaan-perasaan yang tak best.

Allah cakap dalam ayat 10 ni, dasyatnya perasaan waktu tu sampaikan diorang ni mula ada zhon (prasangka) pada Allah."

Dia belek quran dia dan tenung lama ayat yang kakak tu tengah tadabbur. Sedaya upaya cuba merasai perasaan orang islam waktu tu.

Lepas tu kakak tu sambung tadabbur ayat 12,

"Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang hatinya berpenyakit berkata, "Yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami hanya tipu daya belaka.""

"Dasyatnya ujian waktu tu sampaikan terkeluarlah perangai dan perasaan sebenar beberapa orang islam yang Allah label dalam ayat 12 sebagai munafik dan orang-orang yang hatinya berpenyakit.

Sedang orang-orang yang benar keimanannya sahajalah yang survive sampai ke akhir."

Dia diam.
Rasa nak nangis pun ada.
Meremang dengan cerita perang ahzab ni.
Padahal kalau diingatkan kembali, perang ahzab ni last-last tak jadi pun sebab Allah hantar taufan sampaikan orang-orang kafir patah balik.
Tapi lepas je perang Allah sebut satu-satu golongan yang timbul disebabkan oleh ujian yang Allah bagi.
Sebab masa ni semua orang tak dapat lagi dah nak pretend keimanan mereka.

😭

.
.

"Sebenarnya perang ahzab ni satu peperangan antara orang islam dengan diri mereka sendiri je.

Yang akhirnya kemenangan yang mereka dapatkan pun adalah kemenangan jiwa. 

Bilamana kebenaran keimanan mereka yang menentukan golongan mana yang mereka jadi in the end of the perang."

.

"Dalam takbir raya sebut perang ahzab sebab perang ni significantnya is kemenangan jiwa tu. 

So samalah macam waktu kita puasa. Walau kita berjaya je puasa 30 hari, qiam hari2, masjid hopping 10-20 buah masjid, khatam berkali-kali, tapi sejauh mana keimanan kita pada Allah tu memang betul-betul benar dan ikhlas sehinggakan kita dapat keluar dari ramadan ni sebagai orang yang menang jiwanya."

Huu.

.

29 ramadan.
Sebab peperangan paling besar adalah peperangan antara kita dengan diri kita sendiri.

Sumber: FB Nina Mazlan

Sunday, March 24, 2024

Beg sekolah ergonomik

1.3.2024

Rasanya macam baru lagi sambut tahun baru. Dah masuk bukan ke tiga dah.

Kurang dari dua minggu, sekolah dah nak bermula. Pasti mak dan ayah dah prepare kelengkapan persekolahan anak-anak.


Issue beg berat seringkali diutarakan dalam mesyuarat PIBG. 

Sebenarnya jadual yang diberikan telahpun menitik berat soal masalah beg berat.

Mengikut pengamatan Kak Kay, kalau betul mengikut jadual beg anak-anak dah tak terlalu berat. Yang jadi berat, kalau anak jenis aci sumbat je buku tanpa merujuk jadual.

Lagi satu, jenis beg sekolah yang digunakan. Beg sekolah sahaja dah berat. Belum tambah buku, kotak pensil, pensil warna dan lain-lain.

Setiap kali beli beg sekolah, apa ciri-ciri yang dititikberatkan? Design? Warna? Corak? Harga?

Mungkin lepas ni perlu tambah ciri-ciri ergonomik dalam pembelian beg sekolah. Haaa, kat sini lah Kak Kay nak share link shopee 😜

Korean style beg sekolah ergonomik:




Spine protection schoolbag:




Side note: Kak Kay beli bag ikut harga dan keselesaan anak, serta ketahanan.

#celotehKakKay
#begsekolahergonomik

Sunday, March 3, 2024

Milk Booster

3.3.24

Milk Booster

Susu badan adalah rezeki. Bukan semua orang senang-senang nak produce susu badan. Jadi, jangan lah kecam ibu-ibu yang bagi anak dia minum formula milk. 

Ada sesetengah ibu, walau tak dibantu milk booster tetapi diberi rezeki susu badan yang banyak.

Bagi pengalaman Kak Kay, kedua-dua anak diberi kadar susu mengikut keperluan masing-masing. 

Milk produce sedikit terganggu sewaktu bulan puasa. Jadi Kak Kay amalkan puasa selang seli. Nanti boleh ganti dan bayar fidyah. Apa-apa Kak Kay dahulukan keperluan anak. Allah dah beri jalan dan kemudahan. Kenapa nak buat susah?

Antara milk booster yang paling Kak Kay suka adalah minuman kurma merah 

(👉https://shope.ee/maFA0KX8). Sangat sedap.



Resepi sup milk booster:

Ayam bahagian bertulang (sebab nak essence ayam)
Lobak putih
Lobak merah
Bawang putih
Sawi
Daun sup
Daun bawang

Renih ayam bersama bawang putih api perlahan
Apabila dah mendidih boleh masukkan lobak putih dan merah
Tutup api
Masukkan sawi
Daun sup

Side note: Sup milk booster ni sesuai untuk anak yang ada jaundice. 

#celotehkakkay 
#kakkayjadiCL
#resepilaukpantang 
#menuberpantang