Pages

Friday, December 31, 2010

Resepi Kek Lobak Merah Yang Mudah

Kek lobak lembab atau nama orang putih dia moist carrot cake ni sangat mudah nak buat. saya ambil resepi dari beberapa sumber. seperti biasa saya suka modified resepi orang. hehehe.. nak yang original resepi boleh ke Perut Kenyang, My Resepi, Sleepless in KL. kek ni hasilnya sedap, tapi bagi yang tak gemar makan sayur atau lobak mungkin akan menolak untuk makan kek ni (◠‿◠)




jom tengok resepi nya


1 cawan (100 g) pecan/walnut  dibakar & dicincang kasar
½ cawan (340 g) carrot mentah  diparut halus
*2 cawan (280 g) tepung serbaguna - saya guna tepung kek blue key
*1 sudu teh baking soda - tak guna pun
*½ sudu teh baking powder - tak guna pun
*½ sudu teh garam
*½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 biji telur gred A
½ cawan (300 g) gula halus - saya guna 1 cawan brown sugar
1 cawan (240 ml) minyak sayur - saya guna minyak masak
2 sudu teh esen vanilla - tak letak pun
1 sudu teh ovalette
1 sudu besar susu pekat manis


panaskan oven dan sapu butter/marjerin/mentega pada loyang

cara-cara
1. ayak bahan-bahan bertanda (*)
2. pukul telur hingga kembang
3. masukkan gula, pukul lagi. kemudian masukkan susu pekat manis, esen vanilla, ovalette. pukul hingga adunan kembang
4. masukkan minyak, pukul lagi
5. masukkan bahan-bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit, pukul rata/sebati
6. masukkan parutan lobak dan walnut. kacau sebati dengan menggunakan spatula
7. bakar selama 45 minit pada suhu 180°C - saya guna microwave-oven dan hanya bakar selama 8 minit







Wednesday, December 29, 2010

Good Luck Malaysia

ucapan goodluck dari saya sebagai rakyat Malaysia kepada pasukan malaysia untuk piala AFF...
abaikan cahaya-cahaya laser merah seperti yang diwarwarkan tu.. hekhekhek
jangan risau nanti ada altrowoman datang tolong laser depa..tak percaya??? nah lihat dibawah ni



siap ada pedang color biru hokey.... nanti kakak altroman ni tolong laser depa... kuikuikui 



kalau ada penonton tiba-tiba pakai bikini hatta berbogel terus, hangpa jangan duk nak terdistract nah
main betul-betul...


1Malaysia = Malaysia#1

akhir kata, selamat maju jaya skuad harimau... Malaysiaku Cemerlang Gemilang Terbilang


layan goreng








Tuesday, December 28, 2010

allergy

banyak kategori makanan yang saya tak boleh makan. jika makan, maka saya akan gatal..hehehe, bukan gatal gediks awww awwww yawww tu.. gatal-gatal yang ala-ala gores dan menang.. tergaru-garu sana sini. lepas tu jerawat kecil-kecil naik kat muka.. hohhhh..mencik tau..
antara makanan yang saya alah :


1. spesis burung seperti ayam, itik, angsa, puyuh dan seangkatan dengannya
2. telur dari spesis burung sperti telur ayam, telur itik, telur puyuh dan seangkatan dengannya
3. makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ketam.. ketam akan buat saya jadi pening-pening mabuk
4. sesetengah ikan seperti ikan tongkol, ikan kerisi, ikan bilis.. ikan yang orang-orang bersalin tak leh makan tuuu.. hehe




kesimpulannya:
saya layak untuk menjadi seorang vegetarian tegar T___T. makan sayur saja lehhh


mari belajar loghat negeri penyu #1

dulu aku nakal
suka-suka aku je tiba-tiba hilang dari rumah
kesian mak aku tercari-cari sebab nak suruh jaga kedai
bila balik rumah, mak mesti leter
antara perkataan wajib yang mak suka sebut:
mu gi mano? hilang sapatak peghahh (gh tu baca seperti huruf ghain , bukan ro  ye adik2..)

hilang sapatak peghah = hilang ghaib tak dapat dikesan


haa, lepas ni kalau siapa-siapa terdengar ayat camni dah tahu lah maksud dia yek. mana lah tahu tiba-tiba kena kerja kat negeri penyu. terkahwin dengan orang negeri penyu ke... eheheheh


Note: loghat mak saya agak campur sebab dia dibesarkan di jerteh daerah besut. korang mesti tahu kan? besut tu dah hampir dengan kelantan.. so loghat mak saya agak bercampur.. hehhee

p/s: kena kasik tutorial kat encik bakal somi lah nampak gaya ek.. ekekekeke. sebab aku kalo dah jejak je bumi penyu tuh, otomatik tak reti kecek luii doh.. duk makang ikang sapa jatuh tungging tepi lokang dok starang doh la... hehehe

Monday, December 27, 2010

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

artikel ni saya ambil dari web UZAR


Soalan:

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan  sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

Jawapan:
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:- 
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219) 
Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.
Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1-   Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2-   Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3-   Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.
Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.
Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.
KESIMPULAN
Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.
Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan.  Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam
Sekian


Hantu Kak Limah Balik Rumah

semalam aku ada presentation untuk pre-proposal thesis aku. alhamdulillah ok. still ada penambahbaikan. maklum lah aku tak pernah tulis thesis nye proposal. dulu waktu degree, memang totally diberi format untuk siapkan dissertation.content pun biasa lah, cilok sana sini... sekarang dah matang, mana boleh main cilok-cilok. karang kantoi plagiat artikel orang tak pasal-pasal kena reject proposal.. ye dak?

selepas aku berhempas pulas menyiapkan slide untuk presentation,, aku nak release tension lah kira nya. 1 sem ni aku tak enjoy mana. berhempas pulas menuntut ilmu, esaimen bertimbun-timbun. kalu yang subjek automata tu kebanyakannya aku kopi pes. serius aku kurang pandai subjek tu. hope final exam aku boleh jawab. ada 19 hari lagi nak seat paper tu. risau..risau..

sebelum aku start pulun membaca buku untuk final exam revision, aku nak pergi lapang kan otak aku yang sarat ni dengan menonton wayang. adik manja aku asyik ajak tengok hantu kak limah.. susah siot nak dapat tiket kak limah nih. bukak web wayang semua fully booked. damn!! kami pun try & error redah jugak pergi one utama. sampai sana, tengok-tengok hanya ada beberapa seat yang terpisah jauh-jauh. tak mau aku. nanti kalau ada babak seram kak limah, aku nak peluk siapa? i penakut hokeyyyy!

aku pun ajak adik aku blah dari one utama. kitorang try e@curve / cineleisure. pergi sana alhamdulillah ada gak seat paling depan tayangan 9.40 pm. ambil je, sebab jarak screen dengan seat sejauh 10meter. so tak de lah mendongak sangat kan. hehehehe

sebelum tayangan bermula, ada lah 2 trailer cerita seram iaitu khurafat by skop production dengan damping malam by metrowealth... perghhhh... citer khurafat serius seram waktu hantu tu tunjuk muka dari celah lobang keranda... dah la aku penakut ya rabbi. memang terjerit-jerit ayu sekejap aku masa tu... siapa-siapa minat cerita seram. nanti pergilah tengok khurafat jan 2011 nanti. damping malam, bagi aku biasa je kot. kalau dah ahmad idham dan metrowealth.. kite dah boleh agak macam mana style dia kan??

sumber: google

balik pada cerita kak limah, part aku rasa seram masa kak imah tidur sebelah usin. walaupun aku dah tengok babak tu dalam trailer, tapi aku still rasa takut...babak paling lawak lak masa dorang pakat lari selepas terjumpa rangka mayat dalam rumah kak limah. si usop yang lumpuh pun boleh lari.. memang hampeh. heheh

siapa-siapa yang minat tengok wayang, p lah tengok. karya mamat khalid memang best. dari rock ke man laksa, kemudian keluar pulak zombie kampung pisang di kala malam bulan mengambang, sekarang keluar pulak hantu kak limah balik rumah...memang aku suka!! hehehe..


Sunday, December 26, 2010

Piala AFF-Suzuki 2010

semua duk bercerita pasal piala suzuki aff sekarang. malam ni penentu segalanya. hope harimau malaya berjaya menumpaskan garuda (betul ke ni maskot indon???) Malaysia Boleh!! Malaysia Ku Gemilang!!!

1Malaysia =  Malaysia#1

sahih jalan seremban-kl jem esok. aku tak mau guna jalan tu balik dari kelas esok. serik dah terkena waktu N9 lawan Kelantan tahun lepas. jem berapa kilometer aku pun tak tahu. 



proposal

pukul 2pm nanti aku ade presentation. sekarang aku tak tido lagi sebab aku tak tahu kenapa slide presentation aku kelihatan pelik. aku ada miss some point ke?? duuhhhhh, takut pulak. tak tahu ape nak letak. reference pun tak membantu. betul-betul buat ikut kepala aku je ni. hope tak kena tembak dengan meriam buluh le esok. ameen.. serius semester ni aku stress berganda. every week ada esaimen. sampai esaimen untuk lagi 1 subjek aku tak sempat tengok. asyik tengok esaimen dari prof tu aje... tak pe... dont worry.. bak kate prof. it is very simple..

wish me goodluck eh.. thanks 

Wednesday, December 22, 2010

Kebaikan Berbengkung

disebabkan sekarang musim orang berkahwin, tak lama lagi mesti akan ada musim orang beranak pula bagi yang murah rezeki tu. saja nak share artikel bagus pasal pantang 44 hari. banyak info berguna boleh di ambil.


Boleh beli bengkung bertali dan berzip disini: https://shope.ee/8UmF0dmgRc


MEMPEROLEH badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan.
Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.


Menurut Pengasas Produk Warisan Mama, Amrah Idris, amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan.
Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.
Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas.
Menurut Amrah, bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.
Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.
sumber: google

"Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
"Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung," katanya yang mengeluarkan produk kelengkapan selepas bersalin ibu dan anak.


Tambah Amrah, bengkung yang baik mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan anda.
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.


"Pakai bermula hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung.


"Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. Sebaik-baiknya anda mempunyai dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya," katanya.
sumber: google

Boleh beli batu tungku sungai di sini: https://shope.ee/3VNZ3nRpL6

Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram.
Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.
Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.



Menurut Amrah, sebelum bertungku besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana.
Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas.
Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.


"Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku," jelasnya.


Tambahnya, bertungku penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.


Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.


"Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi menggunakan minyak angin seperti serai wangi atau kayu putih selama satu jam atau lebih.
"Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran. Berurut juga membantu membanyakkan susu ibu dalam tempoh berpantang," katanya.


Setelah selesai bertungku dan berurut, wanita bersalin digalakkan mandi menggunakan air rebusan daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, capa, inai, bebuas, mengkudu dan rempah halba untuk membuang angin, menyegarkan urat, memulihkan tenaga, menghilangkan bau badan, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu serta mengatasi masalah kebas dan sengal tulang.
Selain amalan di atas, pemakanan juga harus dijaga dengan mengamalkan makanan kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Elakkan minum air batu kerana akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.


"Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
"Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah-ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.


"Ibu harus tahu makanan apa yang boleh dimakan atau tidak kerana ibu yang menyusukan anak harus menitikberatkan makanan berkhasiat dan mengelak makanan berangin supaya bayi tidak kembung selepas disusukan," ujarnya.


Selain amalan berpantang untuk ibu, bayi juga harus dijaga sebaiknya. Amalan memakaikan barut (binder) untuk bayi memberi banyak manfaat antaranya mengelak bayi kembung, perutnya tidak mudah dimasuki angin, sekali gus memberi keselesaan kepada bayi.
Namun, pastikan ikatan barut tidak terlalu ketat. Minyak bayi juga boleh digunakan bersama barut untuk memberi keselesaan dan membuang angin dalam badan.


Bayi juga perlu dibedung supaya sentiasa tidur lena dan dan tidak mudah terkejut. Pemakaian bedung memberi keselesaan kepada bayi seakan seperti berada di dalam perut ibu mengandung.


Menurut Amrah, Warisan Mama adalah produk turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang digunakan untuk ibu dan anak selepas bersalin.
Antaranya bengkung, barut bayi, krim panas yang dipakai bersama bengkung, minyak tradisional yang selamat digunakan untuk bayi, tungku dan mandian herba.
Ia juga didatangkan dalam pakej bersalin dan pakej bayi (bengkung, krim dan tungku di dalam satu set untuk ibu bersalin) serta bedung, barut dan minyak (untuk pakej bayi). Untuk maklumat lanjut, layari www.sarakids.com.


Sumber: Harian Metro

#bertungku
#batutunggku
#batutungkusungai
#berbengkung
#berpantang
#pantangbersalin
#confinementtips