* amaran: entry ni panjang *
weekend baru-baru aku jalan-jalan lagi
kiranya bulan february ni kerja aku berjalan je on weekend
dari awal bulan aku ke negeri sembilan dan
melaka , lepas tu balik kampung kat terengganu, lepas tu ke
kedah pulak, now ke kampar, perak dan sekitar negeri selangor dan juga wilayah persekutuan kuala lumpur..
lengkap selatan-timur-utara-barat-tengah
nasib baik aku tak terbang ke nun sarawak atau sabah (tak sampai lagi negeri sabah nih)
kiranya bulan february 2012 ni bulan cuti-cuti semenanjung malaysia untuk aku lah (
walaupun tesis tak siap lagi Y_____Y , berjalan tak ingat dunia)
journey aku lebih kurang macam ni
1. puchong - bandar baru sentul - kampar
dari puchong iaitu rumah sewa aku
aku ke bandar baru sentul which is rumah kawan aku iaitu kak dhila, dah mention dalam entry previous
kes nak ke kampar ni sebab nak attend wedding ex-colleague kak dhila
aku ni kira peneman kak dhila lah
aku on aja
pantang orang ajak berjalan
dah hobi dari lahir.. hewhewhew
aku pernah menggelupur nak ikut pakcik aku balik kampung sebab dia ajak tapi ayah aku tak izin
korang rasa hasil penggelupuran tu aku dapat ikut pakcik aku tak??
dari bandar baru sentul tu gerak lah ke kampar
mula-mula aku ingat ipoh
rupa-rupanya kampar
pekan dia macam pekan koboi bagi aku
aku suka suasana macam tu
nampak tradisional
tak terlalu moden macam KL dan Puchong (aku cakap puchong pasal now aku stay kat puchong)
udara pun bersih je aku rasa (rasa je lah, sebab dalam kereta pasang aircond je)
kenduri kawan kak dhila tu kat kampung kuala dipang
tak banyak gambar pun aku ambil
pasal perut aku seronok berkeroncong (
errr..negeri perak nak letak apa ye, melaka tahu la dondang sayang)
kak dhila lak dia jumpa kawan-kawan dia
mesti la bersembang-sembang
aku lak asyik pandang meja tempat letak nasi dan lauk je
dia buat style buffet
menu dia nasi minyak lauk dalca, ayam masak merah sedap nyam nyam, daging masak hitam sedap juga
minuman dia air hijau, tak tahu la air perasa apa
aku minum je
untuk desert pulak pihak pengantin dah letak booth (
consider booth lah, ke nak letak gerai?) cendol dan gerai ais krim
aku ambil cendol je
tak larat nak beratur kat booth ais krim
nanti aku sorang je dewasa
lain-lain semua kanak-kanak
chendor, bukan cendol.. heheh
terliur pulak tengok gambar cendol ni
tapi kan, lepas makan cendol ni aku dengan kak dhila jadi pening-pening lalat
aku tak syak apa-apa.. betul ni, tak syak apa-apa (hewhewhew)
lepas dah siap semua
kak dhila dah siap bergambar dengan kawan-kawan dia
dah dapat goodie bag cantik yang ada buku surah amalan - i like, saya punya dulu dah tinggal kat surau matrix
lepas tu kak dhila tanya nak pergi mana?
saya memang tak tahu nak pergi mana
mulut asyik sebut cameron highland
tapi tak pergi pun pasal dua-dua belum gaji dan hujung bulan - thehehehe
last-last kami decide balik je
2. kampar - rawang
masa on the way ke kampar tu
kak dhila ada mention pasal kedai makan kat rawang sentral yang masuk jjcm
kami pun decide nak try makan kat situ
walaupun perut saya dah penuh
perut kak dhila belum penuh pasal kat kenduri tadi dia makan sikit
singgah kat hentian rehat rawang
tukar pakaian - sebab dah rimas dari pagi pakai baju sama je
kak dhila cakap dia pernah tengok dalam JJCM ada kedai sup tulang merah sedap kat rawang sentral
aku pulak memang lama dah teringin nak makan sup tulang merah since pernah tengok kat blog linda onn
merah menyala kot kuah sup dia
kami pun ke rawang
ni 1st time aku sampai kat rawang
kak dhila tak ingat nama kedai tu
google lah dengan keyword sup tulang merah rawang sentral
terus keluar jam's kitchen dan antara search result memang ada mention pernah masuk JJCM pun
teruslah bukak google map
serius google map bawa kami ke kawasan kedai yang teramat lah sunyi
apa la google map
search lagi sekali
nasib baik ada 1
bloggers tu mention kedudukan jam's kitchen
selepas giant baru kat rawang central tu
berhampiran petronas
berhadapan bengkel hankook tire, tak la depan sangat.. sebab yang betul-betul depan tu salon rambut
sign board jam's kitchen
nah, siap ada logo halal seketul kat situ kepada siapa-siapa yang nak tahu halal ke tak
dalam kedai dia pun ada gantung sijil halal
beserta gred kebersihan kedai iaitu gred A
hiasan dalaman kedai dia ok
cantik dan santai
ni alamat dia, sori dah tertepek cicak atas alamat pulak
waktu kami sampai tu dah pukul 5 suku petang
dah la hujan
usha-usha tak ada orang (pelanggan) pun dalam kedai
tiba-tiba nampak ada perempuan jalan-jalan dalam kedai
aku bukak tingkap lambai-lambai
then dia keluar dengan muka penuh tanda soal - pandai je reka
aku tanya dia kedai buka tak
dia cakap still buka, aku tanya sebab nampak kat notice board kedai tutup pukul 6 petang
aku tanya lagi kami nak masuk makan boleh tak?
dia cakap boleh.. yelah, kedai dah nak tutup
kot kot dia malas dah ke ape ke kan
nama tokey dia hajah jam*** , aku lupa jamaliah or jamilah
kami pun masuk dalam kedai
pilih meja kecil je
yelah berdua je
tak kan tamak nak meja besar
waitress kasi menu
kami pun belek menu
kedai ni buka dari 8am-6pm je, dalam buku tu sampai 11pm..
kedai dibuka setiap hari kecuali hari ahad
disebabkan dah terpengaruh dengan bloggers yang kasi direction yang tepat tu
aku pun order kacang pool dan mi goreng special
sup tulang merah tu wajib order
kak dhila pulak order nasi goreng seafood
untuk minuman aku ambil hot lemon tea sebab aku dah kesejukan sampai tulang hitam
kak dhila pulak ice lemon tea
manis tahap mengundang diabetes, tapi aroma dia sedap
mungkin kalau kurangkan manis akan rasa lebih sedap..bagi tekak aku la
rasa dia sedap, walaupun manis tapi sebab ada ais so tak la rasa manis sangat
kacang pool / kacang pol - tak tahu mana satu nak eja
puree kacang yang pedas, rasa dia macam acar timun masak mak aku
memang pedas
tapi lebih sedap selepas ditabur dengan bawang besar cincang dan perah asam limau sikit
mi goreng special, sedap..tapi tak habis makan maka aku tapau buat breakfast
nasi goreng seafood - sedap jugak
sup tulang merah singapura - dia punya signature menu, sedap walaupun warna tak merah pun
seronok aku hirup pakai straw.. hehehe
yang putih-putih atas tulang tu kobis
ini mangkuk yang paling small
memang boleh makan untuk 2-3 orang
tak sangka pulak besar betul saiz dia
makan tinggal tulang.. kuah dia tak ada la licin
serius perut aku dah penuh gila
nak solat asar pun dah seksa
mulai dari hari ni, aku dah faham macam mana seksa orang mengandung cukup bulan nak solat
seksa woooo... aku makan macam naga
lepas dah makan singgah sat solat kat surau majlis perbandaran
surau bersih
telekung pun cantik
3. rawang - bandar baru sentul - sri rampai - setapak dan sekitarnya
lepas dah bagi lega sikit saluran pernafasan dek terlampau banyak makan
kami pun gerak pulang
kak dhila try highway baru - LATAR Expressway (KL-Kuala Selangor Expressway)
kalau malam-malam sumpah aku tak nak lalu
serius aku rasa seram
dari rawang kami ke bandar baru sentul
kat sana tiba-tiba terasa nak berkenalan dengan mall baru kat area sana - KL Festival City Mall Setapak
pusing-pusing kat sana
singgah masuk popular bookstore
tapi tak ada buku yang menarik
kak dhila je beli 1 novel
sempat lagi bersembang dengan kakak rock tapi minat baca novel
tengah pusing-pusing kat mall,
cik puan nurul azwa pulak ajak lepak kat oldtown white coffee
lepak lah kat situ sampai kena halau dek tomboy - kami syak dia kekasih pekerja kat situ. kekasih dia tak dapat balik sebab kami ni tak blah-blah lagi
syok sangat bersembang...haha
tu cik puan nurul azwa dan suami beliau
lepas dah kena halau we ols decide nak ke uptown danau kota
sebab aku tak pernah pergi
jalan-jalan lepak sana sampai pukul 2 lebih atau 3 lebih
entah lah dah lupa
balik tidur kat rumah kak dhila
pasal dah tak larat nak pulang
kalau pulang gak harus aku sampai negeri lain
esok nya iaitu hari ahad, aku breakfast dengan mee goreng special yang aku tapau tu
lepas tu keluar brunch kat de asian cafe
kat sini suasana dia macam kopitiam pun ada
lokasi tak sure pulak
pasal aku bukan kakak kawasan area ni
kena tanya kak dhila, beliau kakak kawasan
aku order char koay teow, dalam gambar dia nampak menarik je hiasan dia
yang aku dapat macam ni je hiasan dia
tapi rasa dia still sedap
cuma agak kering
sebab biasanya aku makan char kuay teow mesti basah
tapi tak apa lah
sebab rasa dia sedap
sekrang pun aku duk teringin nak pergi makan ni
tapi jauh sungguh kedai dia
aku kan kat puchong
jauh tau puchong - setapak
macam nak balik kuantan jauh dia....hahahahahahaha
kak dhila pulak order dry kuay teow foo chook
sedap rasa dia
aku cakap patutnya wet kuay teow foo chook
pasal kuah kicap dia banjir betul
tapi dah dia cakap dalam menu tu dry, aku terima je lah dengan hati yang rela
paling sedap foo chook dia, foo chook membaluti isi ikan kot, digoreng garing
memang sedap
steam homemade fish otak-otak dia pun sedap
serius sedap
dalam dia ada something yang chunky
aku syak tu isi udang
sedap bila kunyah-kunyah ada something yang chunky
untuk desert kak dhila order american cheesecake sebab tiramisu cake dah habis
kesian beliau kempunan
yang ni aku tak ingat aku rasa ke tak
aku pulak order sago gula melaka
bagi aku tak sedap
sebab dia guna susu cair
aku prefer santan
boleh lah untuk tekak orang KL - istilah kak dhila bagi
aku order soya cincau with cendol untuk minuman
rasa dia sedapppppppp
macam nak lagi je
hehe
lepas dah kekenyangan makan kat de asian cafe
kami ke rumah puan azwa
beliau jemput makan nasi ayam resepi baru
perut dah penuh ni
tapi tak nak hampakan jemputan orang
mesti lah memenuhi kan?
gambar nasi ayam tak ada pulak
puan azwa serve dengan air jus timun batang - sedap, boleh la mintak resepi
ayam goreng dia pun sedap - boleh lah mintak resepi juga
lepas tu lepak-lepak bersembang kay rumah puan azwa
hujan pun turun
kak dhila pun teringin nak makan cendol
aku follow je
dorang decide nak makan cendol wahab yang popular masuk surat khabar tu
ini lah cendolnya
aku ambil cendol pulut
rasa dia ok la untuk tekak orang KL - again
lepas dan puas makan cendol kami pun pulang
hantar puan azwa ke rumah beliau
ambil kereta aku kat rumah kak dhila
then aku pulang ke miho's territory which is kat puchong nan indah ni
sekian journey aku kali ni....
p/s: tak ada idea sangat nak bercerita sebab post entry kat office kes tak ada idea untuk settle bugs kat programming aku, pendek kata hari ni hari tak ada idea. anyway selamat 29 february . 4 tahun sekali je weh.. hehe. ade sapa-sapa kawen tak tarikh ni??
p/s II: aku re-read balik entry ni... lucu betul, kejap saya kejap aku.. conflict identity jap, korang perasan tak berapa kali aku makan cendol dalam entry nih.. betapa suka benar aku kat cendol.. hewhewhew , korang boleh tengok entry
ini, tu cendol yang memang tak pernah tak sedap..sebab cendol tu mak aku yang buat. aku pun terel buat cendol tau... tak caya?? percaya lah.. hehehe