Pages

Saturday, April 21, 2012

Seafood Braided Pizza a.k.a Pizza Jalinan Makanan Laut


jom kite ber-pizza-an lagi
tapi kali ni ala-ala jalinan kasih sayang gitew.. hehe
tiba-tiba nak buat style jalinan ni sebab tertengok gambar braided spaghetti bread kat pinterest
untuk braided spaghetti bread, kena letak spaghetti sebagai inti
saya tak nak lah macam tu
macam terlampau terlampau je
spaghetti lagi, roti lagi... ayarkkk
tapi mana tahu esok-esok nak try kan...^^

disebabkan saya taknak makan spaghetti bread
kite tukar ke braided pizza ...maka saya pun google-la macam mana cara-cara nak menjalin dengan penuh kasih sayang
dalam pukul 10:10 tu dah start memproses
sambil-sambil tu boleh cuci kain (mesin yang cuci)
sapu-sapu rumah
berfacebook
berwhatsapp
beralgorithm Y__Y (mudah-mudahan dipermudahkan)

sambil-sambil je dah boleh jadi seketul pizza yang yummy
by pukul 1pm tu dah boleh nom nom nom... hehheh
housemate cakap: sedapnyo kak kay, lain kali nok wat tu ajar ore deh.. (beliau orang kelantan) ^_^

untuk penyediaan bahan-bahan tu sama macam entry pizza yang lepas
cuma teknik nak menjalin dan nak bakar tu ada sedikit lain lah

let me show how to do the braided thing and how to bake...

1. dari pada doh yang dah naik tu, rollkan kat atas pizza pan atau dulang atau kat mana yang anda suka. saya terus uli atas pan pizza sebab tak yah susah-susah nak pakai banyak bekas. rollkan sampai rata macam kat bawah ni. agak-agak kalau rasa melekat..tabur sedikit tepung


2. lepas dah siap roll, potong-potong bahagian tepi dengan pizza cutter atau pisau atau gunting, gunakan apa sahaja method yang anda suka. janji sukses!


3. kemudian letak kan sos pizza (boleh refer kat sini untuk sos)


4. letakkan inti ikut selera masing-masing


5. taburkan cheese


6. mulakan jalinan, buat sampai siap. makesure semasa menjalin tu oven dah dipanas kan kesuhu 200°C


7. tak lawa sangat jalinan ni.. kurang kasih sayang kot.. haha


8. sapukan olive oil, taburkan rosemary dan oregano.rehatkan dalam 15 minit


9. kemudian barulah bakar selama 20-25 minit atau hingga kat bahagian atas tu dah nampak perang macam gambar kat bawah


10. Keratan rentas


11. dah boleh ngap... bismillah dulu eh ^^








Tuesday, April 17, 2012

Express dinner with pasta

let me share with you all how I make an express dinner with pasta
in this case i use spaghetti

this recipe only serve for 1, 15 minutes of preparation

ingredients
spaghetti
2 sausages
ready made pasta sauce, you can check the recipe here
water to boil spaghetti
olive oil
dry oregano

preparation
broke each spaghetti into 2
cut each sausages into 5
prick the spaghetti into the sausages like picture below, i use 4 pcs spaghetti then i broke into 2, make it 8 pcs of shorter spaghetti


bring the spaghetti to boil

when the spaghetti is ready,  put it into serve bowl / plate


put a table spoon of olive oil and a tea spoon of oregano


if you want to eat without pasta sauce, u can add a little salt to taste and ready to eat
but if you want serve it with sauce, just put a table spoon or two of pasta sauce and ready for serve


when i eat, i just prick the sausage with fork and aummm into my mouth...


p/s: you can add with parmesan cheese or any cheese
p/s II: saje nak test bahasa inggeris.. tunggang langgang... T___T

Saturday, April 14, 2012

resepi pizza yang mudah dengan kos bahan yang murah, lebih murah dari harga commercial pizza

sumber resepi
resepi ni boleh dapat 2 keping pizza bersaiz besar sikit dari saiz regular pizza yg dekat pizza hut.
saya pakai pan pizza berbentuk segi empat, nak bakar atas dulang oven terus pun boleh.. tak ada masalah

hot n spicy seafood pizza

previously saya pernah buat pizza dan share resepi dia kat dalam blog ni kan?
tapi yang tu, saya buat pakai tepung pizza cap nago!

kali ni saya nak share resepi yang super mudah! kos pun murah.
buat from basic, dari dough pizza ke sos pizza dan penyediaan topping


membuat doh pizza

bahan-bahan
1 sudu teh gula
1 peket yis kering (cth: brand mauripan)
2 sudu teh extra-virgin olive oil
sedikit garam dan lada sulah
 2 ¼ cawan tepung roti (juga dikenali sebagai tepung high protein)
 1 cawan air suam (½  cawan air panas + ½ air suhu bilik)
sedikit gula

note: extra olive oil untuk disapu pada mangkuk dan extra tepung untuk digunakan sewaktu proses menguli dan mencanai


cara-cara

1. masukkan air suam ke dalam mangkuk, masukkan sedikit gula kemudian taburkan yis kering. kacau rata dan biar hingga naik buih macam gambar dibawah (dalam 5-10 minit) . kalau tak berbuih sampai sudah, tu tandanya yis kamu dah tamat riwayat. sila beli yis baru ^_^


2. whisk olive oil dan garam ke dalam campuran yis (saya kacau dengan sudu garfu je, kacau sederhana laju)
3. kemudian masukkan tepung dan kacau dengan sudip kayu, masukkan tepung sikit2 sehingga tepung tu habis.
4. once tepung tu dah habis, now masa untuk menguli. uli doh hingga adunan tidak melekat di jari. jika masih melekat tambah tepung sikit2. uli hingga doh jadi until comes together in an elastic ball.
5. sapu mangkuk lain dengan olive oil dan letakkan doh yang telah dibulatkan kedalam oiled bowl tu. brush lightly the dough with olive oil. cover the bowl with plastic wrap / dengan kain tuala yang lembab. set the dough at the warm place, later i'll give the tips how to set a warm place for your dough. rehatkan selama 45 minit hingga doh menjadi 1 kali ganda saiz asal. 

6. setelah 45 minit, tumbuk doh untuk keluarkan angin.. dan rehatkan lagi selama 30 minit (lama betul proses doh ni, kalau betul2 tengah lapar sila give up dan call je dominos / phd / canadian pizza)
7. selepas 30 minit, bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki.. I just divide into 2 pieces. just nice with my square pizza pan ^_^

sambil-sambil tunggu doh pizza mengembang semangkuk tu jom buat sos dia pulak. sos ni guna tomato dan sedikit bahan tambahan lain. simple sangat. sos ni juga sesuai untuk buat sos pasta. 

how to prepare a simple tomato sauce
bahan-bahan
 3 sudu besar minyak zaitun
3-4 ulas bawang putih dicincang
3 biji tomato di kisar dengan air yang sedikit
1 biji tomato di dadu
1-2 sudu teh oregano
1 sudu besar cili kisar / cili boh
1 sudu teh chili flake (optional)
4 biji cili padi - tak letak pun tak apa, resepi asal tak ada
cara-cara
1. masukkan minyak zaitun dan bawang putih, tumis hingga naik bau - tak perlu panaskan minyak terlebih dahulu.
2. masukkan cili kisar... tumis hingga naik bau juga
3. masukkan tomato yang di dadu, biar hingga layu 
4. masukkan oregano
5. masukkan tomato kisar, perasakan dengan garam dan lada sulah. renihkan hingga air kering.  

mari membuat pizza!
 

1. uli doh yang telah dibahagikan di atas kawasan yang telah ditabur dengan tepung. ratakan.. sapu pan pizza dengan olive oil. pindahkan doh yang telah leper ke atas pan pizza / dulang / what so ever you call it and set aside about 15 minutes before you can bake it. 

2. cucuk-cucuk doh pizza tadi dengan garfu supaya dia tak menggelembung sewaktu pembakaran . sapu dengan olive oil. tabur rosemary / oregano kalau suka.
3. bakar didalam oven di rak paling tengah dengan api atas bawah pada suhu 200°C (seperti biasa, panaskan oven terlebih dahulu). bakar selama 10-15 minit atau hingga ada kawasan yang kelihatan perang / coklat. 

 menggelembung sebab terlupa nak cucuk..perut dah lapar masa ni, semua buat laju-laju...

 4. keluarkan base pizza yang telah dibakar, sapu sos pizza. letak topping yang di gemari. taburkan cheese. masukkan kedalam oven 1-2 minit atau hingga cheese completely melt! saya guna mozarela cheese dengan shredded cheese (kat packaging tulis shredded cheese)



5. lepas cheese dah elok cair tu, apa lagi. keluar kan dari oven n tadddaaaaa... pizza yang sedap dah siap. serious lebih sedap dari yang iklan kat tv. maybe sebab cheese bubuh lebih. inti untuk topping pun banyak...

chicken sausage pizza


tips I: untuk topping, masak inti terlebih dahulu. sebagai contoh, kalau guna udang, masak udang tu dahulu. cara saya, just simple saute dengan olive oil. sebab kita tak masak inti ni dalam oven. sebab nanti lepas letak inti dengan cheese, kita just bakar sebab nak make sure the cheese completely melt. tu aje. 

tips II: kalau ditakdirkan musim-musim hujan nak makan pizza, mesti lah risau doh tak naik kan? ni saya bagi tips. sebab tadi saya buat pun dalam keadaan suhu yang sejuk. cara saya, panas kan oven 150°C selama 10 minit. selepas dah cukup 10 minit (atau loceng oven dah bunyi) biarkan dalam 2-5 minit. kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah dicover dengan plastik wrap tadi. biarkan hingga doh kembang setaman ^_^

xoxo selamat mencuba...