Pages

Sunday, March 24, 2024

Beg sekolah ergonomik

1.3.2024

Rasanya macam baru lagi sambut tahun baru. Dah masuk bukan ke tiga dah.

Kurang dari dua minggu, sekolah dah nak bermula. Pasti mak dan ayah dah prepare kelengkapan persekolahan anak-anak.


Issue beg berat seringkali diutarakan dalam mesyuarat PIBG. 

Sebenarnya jadual yang diberikan telahpun menitik berat soal masalah beg berat.

Mengikut pengamatan Kak Kay, kalau betul mengikut jadual beg anak-anak dah tak terlalu berat. Yang jadi berat, kalau anak jenis aci sumbat je buku tanpa merujuk jadual.

Lagi satu, jenis beg sekolah yang digunakan. Beg sekolah sahaja dah berat. Belum tambah buku, kotak pensil, pensil warna dan lain-lain.

Setiap kali beli beg sekolah, apa ciri-ciri yang dititikberatkan? Design? Warna? Corak? Harga?

Mungkin lepas ni perlu tambah ciri-ciri ergonomik dalam pembelian beg sekolah. Haaa, kat sini lah Kak Kay nak share link shopee 😜

Korean style beg sekolah ergonomik:




Spine protection schoolbag:




Side note: Kak Kay beli bag ikut harga dan keselesaan anak, serta ketahanan.

#celotehKakKay
#begsekolahergonomik

Sunday, March 3, 2024

Milk Booster

3.3.24

Milk Booster

Susu badan adalah rezeki. Bukan semua orang senang-senang nak produce susu badan. Jadi, jangan lah kecam ibu-ibu yang bagi anak dia minum formula milk. 

Ada sesetengah ibu, walau tak dibantu milk booster tetapi diberi rezeki susu badan yang banyak.

Bagi pengalaman Kak Kay, kedua-dua anak diberi kadar susu mengikut keperluan masing-masing. 

Milk produce sedikit terganggu sewaktu bulan puasa. Jadi Kak Kay amalkan puasa selang seli. Nanti boleh ganti dan bayar fidyah. Apa-apa Kak Kay dahulukan keperluan anak. Allah dah beri jalan dan kemudahan. Kenapa nak buat susah?

Antara milk booster yang paling Kak Kay suka adalah minuman kurma merah 

(👉https://shope.ee/maFA0KX8). Sangat sedap.



Resepi sup milk booster:

Ayam bahagian bertulang (sebab nak essence ayam)
Lobak putih
Lobak merah
Bawang putih
Sawi
Daun sup
Daun bawang

Renih ayam bersama bawang putih api perlahan
Apabila dah mendidih boleh masukkan lobak putih dan merah
Tutup api
Masukkan sawi
Daun sup

Side note: Sup milk booster ni sesuai untuk anak yang ada jaundice. 

#celotehkakkay 
#kakkayjadiCL
#resepilaukpantang 
#menuberpantang