Pages

Wednesday, October 19, 2011

Senyumlah-senyumlah ahaiii cek mek molek

lama dah tak makan dan buat kuih cekmek molek
teringin lak...ada sapa-sapa nak?
hehe.. yang ni recycle gamba lama je
buat masa ramadhan tahun 2010

bahan nak buat pun senang je
perlukan kerajinan je

bahan:
1. ubi keledek, mak pesan jangan pakai keledek kaler oren
sebabnya isi dia terlalu lembik
nanti berkati-kati lak tepung nak kena guna
dah tak ada rasa ubi
2. tepung secukupnya
3. gula pasir / gula merah / gula perang
4. minyak untuk menggoreng

cara-cara:
1. rebus keledek sampai empuk, bila dah empuk toskan hingga sejuk
tapi kalau anda memiliki kulit yang tahan panas, tak perlu tunggu sejuk ^_^
2. lecek ubi hingga hancur/halus
3. gaul dengan tepung sedikit demi sedikit hingga doh tak lekat kat jari
4. bila doh dah cantik, ambil sikit-sikit buat leper-leper then letak gula kat tengah-tengah kemudian gulung
5. makesure lubang tertutup rapat or else nanti masa goreng gula meleleh-leleh keluar masuk minyak
goreng hingga perang dan siap untuk di makan...
6. hati-hati masa nak makan, gula kat dalam cair dan panas.. boleh menyebabkan kecedaraan pada lidah anda.

Tuesday, October 18, 2011

Oven Baked Chicken

potluck 2 minggu lepas
selain moist carrot cake
saya ada buat ayam bakar jugak
bakar dalam oven sahaja
bahan-bahan dia pun senang
campak-campak
gaul-gaul sebati
then masuk oven
bakar sampai air nampak kering
atau kalau nak ayam tu moist.. bakar jangan sampai terlalu kering
resepi sila cekidaud di sini



gambar masa baru letak dalam oven je ada
gambar yang dah masak tak ada
sudah di ngap baru ingat nak ambil gambar...


Monday, October 17, 2011

Kelebihan Membaca Surah Yasin

Saya copy paste dari web di sini

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
tak sure ni dari hadis sahih atau tidak.. kena google atau tanya pada ustaz-ustazah yang lebih alim lah.
saya cuma nak share & untuk rujukan saya di kemudian hari.. insyaAllah.

The Secret Life of Nora

dah lama tak pergi tengok teater
last teater yang saya tengok LAT Kampung Boy The Musical


kali ni saya pergi tengok teater The Secret Life of Nora
lakonan mantap Datin Seri Tiara Jacquelina, Ryan Silverman,
Aznil Hj Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusoff serta dibantu
Aaron Khaled dan Stephanie van Driesen.



cerita dia menghiburkan
ada babak sedih (i nangis tau..ehem)
babak lawak tu banyak lah...

teater dwi bahasa pertama yang saya tonton

saya ada 1 komen aja, watak Mr.J untuk Pak Nil tu macam dah biasa sangat
macam watak Prof Klon dalam Cicakman pun ada


teater ni tiket dia agak mahal
so, saya and the gang decide amik yang paling murah = RM 53
seat kat upper circle
sumpah nenek tak nak duk situ dah
gayat ya rabbi


tapikan, kami bernasib baik
sebab pihak IB transfer kami ke seat Stalls,  Seat S bahagian tepi kiri
seat ni suppose beharga RM 240
tapi dah pihak IB yang kasik.. kami duduk aje lah


lepas intermission break
saya dan kawan saya transfer tempat duduk lagi sekali
kali ni ke Seat M.. which is depan and area tengah-tengah..
kalau tengok wayang kan.. duk tengah-tengah paling best..
boleh nampak lagi jelas dan dekat
best!
nak tahu seat ni harga dia berapa?
RM350 kau... sebab untuk sesi siang
kalau untuk sesi malam.. seat M beharga RM 400
mahal kan? hehehe.. tapi dah rezeki..

tayangan mula pukul 3 pm - 6 pm
intermission break 4.30 pm, so sempat lah nak solat asar

next teater yang bakal ditengok Teater Badai Semalam


pelakon kelas A berlakon >> Erra Fazira (sumpah nenek nak tengok sangat Erra nih), Umie Aida, Ziela Jalil

Tuesday, October 4, 2011

Pineapple and Celery Juice

[nampak macam air tebu]

3 potong nenas
3 batang celery, daun tak perlu ambil

masukkan dalam juice maker
juice dicampurkan dengan sedikit madu, tak nak campur pun tak apa
sedia untuk diminum

khasiat buah nanas/nenas
  1. mengandungi bromelain - enzim penghadaman yang kuat yang boleh memusnahkan bakteria dan parasit yang tak elok untuk badan.
  2. membantu protein dihadamdan boleh menghalangpembentukan darah beku.
  3. bromelain adalah anti-radang semula jadi mengurangkan pembengkakan dan keradangan di dalam badan. Bermanfaat untuk pesakit arthritis, menggalakkan penyembuhan selepas kecederaan.
  4. Satu sumber terbaik antioksidan semula jadi vitamin C, membantu menyembuh selsemadan bromelain mengurangkan mukus, membantu menyembuhkan batuk dan jangkitan tekak.
  5. baik untuk tulang kerana nenas adalah sumber mangan yang baik iaitu mineral yang diperlukan untuk tulang yang sihat.
  6. Jus nanas mentah adalah penawar untuk rasa loyadan mungkin berguna semasa mengandung (i wonder sket yang ni, orang selalu cakap makan nanas tu boleh gugurkan kandungan ???????).
  7. Makan nanas adalah ubat untuk sembelit!!!!

khasiat celery
  1. kaya dengan natrium dan kalium
  2. jus daripada celery boleh dijadikan minuman elektrolit (contoh minuman elektrolit:100+)  sesuai untuk  rehydrate badan selepas kerja keras (ex: bersenam)
  3. Menenangkan dan melepaskan tekanan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah, sesuai untuk pesakit darah tinggi
  4. Mengandungi sebatian coumarin yang dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-kanser, dan boleh membantu mengurangkan migrain.
  5. a natural diuretik, which can help flush out the toxin from your body (melawaskan kencing)

Monday, October 3, 2011

Broccoli dengan Sos Keju

nama orang putih dia broccoli with cheese sauce

bahan-bahan:
1 ketul broccoli (tak tahu nak panggil apa, ketul, kuntum..apa-apa je)
saya guna macam dalam gambar kat atas ni, kat pasaraya biasanya dia jual saiz macam ni
potong broccoli kecik-kecik macam gambar kat bawah
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
1 cawan susu (saya substitute ke 4 sudu susu tepung+1 cawan air )
1/4 sudu garam
1/8 serbuk lada putih
cheese 2 keping

cara memasak:
rebus air hingga mendidih
masukkan broccoli
rebus dalam 2-5 minit sampai dia jadi tender-crisp, bila kunyah tu dia lembut tapi rangup
angkat dan tos, cepat-cepat siram dengan air sejuk untuk hentikan proses memasak
siram sampai wap berkurangan
letak dalam pinggan atau mangkuk hidangan

sauce preparation:
cairkan butter
masukkan tepung
masukkan susu, garam, dan serbuk lada putih
kacau hingga nampak merenih/berbuih dan sedikit likat
masukkan cheese
kacau hingga sebati
tutup api dan tuangkan ke atas broccoli tadi
sedia untuk dimakan.. 


broccoli ni sangat berkhasiat, saya share kat sini ye..

You’ll find it difficult to locate another single food source with as much naturally occurring health-promoting properties as broccoli. A single cup of steamed broccoli provides more than 200 percent of the RDA for vitamin C (again, more than oranges), nearly as much of vitamin K, and about half of the daily allowance for vitamin A, along with plentiful folate, fiber, sulfur, iron, B vitamins, and a whole host of other important nutrients. Calorie for calorie, broccoli contains about twice the amount of protein as steak — and a lot more protective phytonutrients (A substance found in certain plants which is believed to be beneficial to human health and help prevent various diseases).

Broccoli’s phytochemicals fight cancer by neutralizing carcinogens and accelerating their elimination from the body, in addition to inhibiting tumors caused by chemical carcinogens. Studies show evidence that these substances help prevent lung and esophageal cancers and may play a role in lowering the risk of other cancers, including gastrointestinal cancer.
Phytonutrients called indoles found in broccoli help protect against prostate, gastric, skin, breast, and cervical cancers. Extensive studies have linked broccoli to a 20 percent reduction in heart disease risk. In Chinese medicine, broccoli is used to treat eye inflammation.
If you can eat a little broccoli every day, your body will thank you for it. If you can’t swing it, aim for eating it as regularly as possible. Like many other vegetables, broccoli provides fantastic nutrition both in its raw form and when it’s properly cooked. Cooking reduces some of broccoli’s anticancer components, but lightly steaming it will preserve most of the nutrients. Broccoli is available fresh year-round in most areas, but if you can’t find it where you live, frozen broccoli is a good substitute. 
source: Power-food 
lepas ni tiap kali nak shopping barang dapur, jangan lupa masukkan broccoli dalam list ye ^_^