Pages

Monday, March 20, 2023

Tips untuk kali pertama ke Jepun

Pergi ke Jepun ni macam pergi ke alam lain sebab Jepun memang lain dari Korea, China dan lain-lain.

Kalau first time pergi Jepun, memang banyak benda kita akan terkejut.

Ini adalah tips untuk travel kali pertama ke Jepun:

Perkongsian ini ialah dari Encik Yamin yang telah ke Jepun sebanyak 5-6 kali.

1- Visa

Tak perlu. Korang boleh stay di Jepun sampai 90 hari.

2- Duit Yen

Tukar siap-siap di Malaysia sebab kadar tukaran di Malaysia lebih baik. Boleh je tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.


3- Talian internet

Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

4- Pengangkutan

Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.


5- Makanan halal

Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.

6- Kalau lapar sangat

Masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

7- Penginapan

Bergantung kepada bajet korang. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses & dengan stesen bas atau stesen keretapi.

8- Berjalan Kaki
Korang kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau korang sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. 

Kalau korang baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up had laju jalan kaki mereka.

9- Tempat menarik kat Jepun?

Boleh cuba Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, Gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.

70 peratus muka bumi Jepun adalah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. 

Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

10- Bahasa Jepun

Elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. 

Contoh: Selamat pagi – Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.


11- Vending machine

Teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. Ia ada di mana-mana. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.



Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la adakan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. 

Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12- Tandas

Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.



Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan korang akan ada pilihan water pressure, suhu air, & cara pancuran pembersihan. 

When in Japan, do as the Japanese do.


13- Surau

Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau.

Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang.

Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

14- Makan ramen

Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi.



Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi pelanggan yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. 

Only in Japan.

15- Duit syiling Jepun

Ada banyak dominasi seperti 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) kecuali kalau korang takn nak simpan sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun.

Credit: Facebook Yamin Ismail

12 Hard Truths of Psychology and Life


But i'm not patient.


I do agree with this, the smaller your circle the better for mental health.



True indeed


Yes, definitely!


Oh, I can't be alone. 

Yes and no, depends on situation and who.


For some problems, I can deal with patientce. But for some other, I dont have any.


Someday, they will get it back.


Yep, everything and everyhuman has a limit.


Denial, right?


Why bother?























Saturday, March 18, 2023

Cara terbaik memasak jagung

6 TIPs MEREBUS JAGUNG: 1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya. 4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk Perkongsian: Facebook / Pertanian Satu Perniagaan

Saturday, March 11, 2023

How to complete the Quran during Ramadan

 Since Ramadan is approaching it is extremely important for us to understand that Quran holds alot of importance specially in Ramadan. The sahabas used to finish the Quran in Ramadan for so many times! Prophet ï·º used to study the Qur'an with Jibrael (als) every night in Ramadan 

The Quran has 600 pages approximately. If you divide it on 30 days, that's 20 pages a day. That may be difficult to do right? But, if you divide it in on the 5 daily prayers a day. It gets easier.

If you read 4 pages after every salah in Ramadan, then you've completed the Quran.

Other ways you can divide reading the pages during Ramadan due to school, work or anything else is...

• Read 4 pages after every obligatory prayer

• Read 2 pages before each obligatory prayer, and 2 pages after

• Read 5 pages in the morning, noon, afternoon, and night

• Read 10 pages in the morning, and 10 in the evening

And the rewards of reading only a letter from the Qur'an are immense! So, focus on Qur'an this Ramadan. Read it with beautiful voice, read it slowly, and ponder upon its meanings as well.



Friday, March 10, 2023

Tempat Makan Best Penang

1. Kapitan
2. Kopa Arena
3. Rojak tonggek dan popia basah Butterworth
4. Medan Selera Padang Brown. Dia punya makanan, mee udang, char kuey tiaw, pasemboq & laksa.
5. Kampung Agong
6. Jawi House Cafe Gallery. Makanan style Jawi peranakan.
7. Pasemboq Baru Feringghi . Berdesup dia punya pasemboq. Better than food court Padang Kota.
8. Makan ikan bawal goreng panas kedai kelapa sawit dekat Juru.
9. Sarapan kat Bee Hwa. Char Kuey Teow and White curry mee is must try.