Pages

Saturday, July 23, 2011

My Girlfriend is a Gumiho #7 - Miho main masak-masak

habit miho yang saya perasan setakat ni
dia suka ikut saya
kalau saya ke dapur, dia mesti duduk tergolek kat dapur
kalau saya nak mandi, dia tergolek atau tercongok depan pintu bilik air sampai saya keluar
kalau saya jemur baju pun dia ikut sama
mula-mula fikir dia lapar nak makan
bagi makan dia buat tak tahu je
pendek kata memang dia suka mengekor saya

macam gambar kat bawah ni
saya sibuk potong sayur & kupas bawang pun cantik je dia tercongok kat depan
mata pun terkelip-kelip je
pedih sebab bawang kot...heheh

lagi satu dia ni tak banyak bunyi
macam mak dia si bebe
agaknya memang kucing spesis ni tak berbunyi kot
kalau saya nak bagi dia berbunyi 
saya peluk dia kuat-kuat sampai dia rimas dan menggelupur dalam pelukan saya
mesti dia cakap..."jangan peluk, jangan peluk..."





sebab tu bila kat office saya boleh jadi rindu kat miho
comel sangat perangai dia..
ini baru kucing
kalau anak tak tahu le macam mana..hahha

No comments: