Pages

Friday, December 28, 2012

Saturday, November 10, 2012

jangan dah tak ada baru nak nyesal..




aku memang suka lagu ni
baru ni gigih cari official video dia
nangis ok tengok jalan cerita dia

moral dia.. jangan orang tu dah tak ada baru nak nangis/menyesal tercari-cari


"Hurt"

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you

Monday, October 22, 2012

pre-convocation

bukan wedding je ada pre-wedding photoshoot
convocation pun ada  :)

tahniah untuk diri sendiri dan kawan-kawan :) 




rama-rama dalam perut
Esok . 2PM . 23 10 2012 . Sidang 8 . STM (SK) . FTSM . UKM

Saturday, October 20, 2012

Lets Win 2 Tickets To Japan

Ini entry melekat, nak baca yang baru sila scroll ke bawah ^__^



siapa-siapa nak 2 tiket ke jepang, boleh lah klik pada gambar
cepat, this promo only valid from 1Oct - 20Oct sahaja. 
Sapo rajin vote dia dapat.. 
Jom pakat-pakat vote pelayan restoran kegemaran demi tiket ke jepang :D

Note: entry ni aku tolong kawan aku, disebabkan aku tolong beliau.. dia kasik aku sebiji mug comel bertajuk GOMAKAN.. mentang-mentang aku suka makan. sila rajin-rajin lawat web GOMAKAN, banyak restoran menarik yang tak pernah aku tahu kewujudan ada disana .. lets GO MAKANGGGGGG... ^_^

Thursday, October 18, 2012

You Lost Me


I am done, smoking gun
We've lost it all, the love is gone
She has won, now it's no fun
We've lost it all, the love is gone

And we had magic
And this is tragic
You couldn't keep your hands to yourself

I feel like our world's been infected
And somehow you left me neglected
We've found our lives been changed
Babe, you lost me

And we tried, oh how we cried
We lost ourselves, the love has died
And though we tried you can't deny
We're left as shells, we lost the fight

And we had magic
And this is tragic
You couldn't keep your hands to yourself

I feel like our world's been infected
And somehow you left me neglected
We've found our lives been changed
Babe, you lost me

Now I know you're sorry and we were sweet
But you chose lust when you deceived me
And you'll regret it, but it's too late
How can I ever trust you again?

I feel like our world's been infected
And somehow you left me neglected
We've found our lives been changed
Babe, you lost me

Friday, September 28, 2012

Surat jemputan konvokesyen

Benda-benda rare dalam kehidupan macam ni haruslah diabadikan dalam blog tersayang
tahniah untuk diri sendiri
lepas dah berpenat lelah menempuhi pelbagai dugaan
suka duka pahit masin manis masam semua ada
bergaduh pun ada - kes esaimen data mining... siap hentak meja kot masa tu, aku ni baran sangat..hahaha
semuanya kenangan terindah yang InsyaAllah akan tersemat diingatan selagi nyawa dikandung badan 

k lah, ada banyak kerja hari ni.. bye XO

Wednesday, September 19, 2012

orang negeri mana suka makan daging biri-biri



agak-agak orang negeri mana yang minat makan biri-biri? aku pun teringin nak tahu.. :D

Thursday, September 13, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Janda Baik #1

8 & 9 September lepas aku dengan kawan-kawan MIT pergi bercuti kat janda baik
kami memilih untuk stay kat Saujana Janda Baik.

purpose percutian kali ni adalah semata-mata untuk reward diri kami sambil bergosip pasal our long journey to finish our study..eceh, tiba-tiba kecek omputih.. kehkeh

 seawal 6 pagi dah keluar ke pasar membeli barang-barang untuk bbq
ikan-ikan memang segar
bersinar-sinar bak kata kawan aku ◠‿◠
lokasi pasar: pasar borong selangor 


kami sama-sama student executive untuk course STM(SK) atau nama panjang dia Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Komputer)
InsyaAllah kalau tiada aral, 23 Oktober nanti kami akan sama-sama konvo
kami semua ni dari batch ke 14 untuk student eksekutif Pusat Kembangan Pendidikan UKM
asalnya ada 9 orang semuanya untuk batch 14 ni
lepas tu masa 1st sem, ada sorang tu dapat tawaran untuk buat master fulltime kat UKM
then she quit from this program
maka tinggal 8 orang je
then tiba-tiba masa sem 4, ada seorang lagi kawan kami ni tiba-tiba MIA
sedih juga la.. dari 9 orang tinggal 7, sebab kami ni semuanya perempuan
penyelaras pun kagum, sebab 1st time 1batch semuanya pelajar perempuan
kemudian masuk je sem 5 - semester paling mencabar kerana perlu menyiapkan tesis
walaupun jumlah kredit hour dia 9 jam je
tapi dia punya cabaran hebat juga
mungkin sebab kami semua ni bekerja sambil belajar
ada yang terpaksa bekerja lebih masa
ada yang kena attend kursus
ada yang kena outstation
ada yang dah bersuami dan beranak
macam-macam cabaran
ada juga yang putus cinta... ini cabaran juga tau, cabaran mental .. heheh

then, tengah semua duk kalut dengan tesis ni
tiba-tiba dikejutkan seorang lagi member quit terus
tak nak teruskan
macam-macam cara pujuk suruh dia habiskan
tapi dah orang kata tak nak
pujuk lah macam mana pun
tak jadi juga kan
agak ralat
sebab she's one of my best friend actually
dia ada sebab tersendiri
hanya Allah yang tahu

dan akhirnya
Alhamdulillah
dari 9 tinggal 6
kami ber6 akan berkonvo tak lama lagi
InsyaAllah


 ini je gambar yang tak ada muka kawan-kawan aku (mereka tak nak dieksposekan ) yang aku rasa view dia cantik dan boleh share dengan korang semua
cantik kan view dia
sungai ni betul-betul depan chalet yang kami sewa  ◕‿◕


demi meraikan kejayaan kami
kami plan bercuti di Janda Baik
sambil makan sambil gosip (ini gosip hal masing-masing je ^__^)
sambil bercerita pasal pengalaman masing-masing waktu viva, waktu menyiapkan tesis, waktu buat pembetulan tesis.. macam-macam cerita ada
yang pasti kami puas hati dengan percutian kali ni...

eh, ni tak ada review pasal Saujana Janda Baik pun kan.. semua pasal kami-kami je.. next part lah noh
tak ada modal nak cerita sebenarnya... till next entry yaww


XO

Tuesday, September 11, 2012

Sotong Goreng Tepung a.k.a Sotong Celup Tepung

masa pergi janda baik hari tu
selain BBQ
ada menu sotong celup tepung juga
memang sedap resepi yang aku belajar dengan kawan aku ni
aku belajar 4 resepi rahsia dari kawan aku masa kat janda baik, kini tidak lagi menjadi rahsia..hoho
later aku share resepi lain pulak (modal untuk blogging..hehehe)

mudah je resepi dia
korang pun boleh try
aku letak resepi ni kat sini supaya in future aku yang cepat lupa ni leh refer kat sini



bahan-bahan
sotong jenis besar panjang bulat-bulat - segar
telur
*tepung gandum
*tepung jagung
*tepung beras
*garam
*lada sulah
minyak untuk menggoreng


cara-cara
1. potong sotong bulat-bulat
2. pukul sebiji telur / ikut kuantiti sotong, letak sedikit garam dan lada sulah
3. campurkan bahan kering bertanda *, gaul bagi rata
ni ada tips, untuk tepung gunakan ratio / nisbah 1:1:1, contohnya, 1 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, 1 sudu tepung jagung, kalau nak letak 2 sudu, semuanya jadi 2 sudu.
4. celup sotong dalam telur, kemudian gaul dalam tepung, masukkan dalam minyak yang panas
5. goreng hingga kekuningan atau masak atau garing
6. sedap dimakan panas-panas, cicah sambal kicap.. perghh, kecur lak tiba-tiba ^__~

Friday, September 7, 2012

Lempeng Ikan

ha, pernah makan lempeng ikan tak?
raya hari tu
mak aku ada buat lempeng ikan
mula-mula dengar tu aku pelik la jugak
macam mana la rupa si lempeng ikan ni
bila dah buat, dah siap.. baru la..
ooooo, benda ni namanya lempeng ikan rupanya
selama ni tahu makan je
hehehe

kalau dah orang terengganu kan
semua benda pun mesti nak ikan / berasaskan ikan
keropok lekor
sorok lada
satar
otak-otak
bebola ikan - sedap ni, masak tumis pedas dengan sayur sawi letak suun
kuah rojak betik pun guna kuah ikan tau...sedapppp
kuah jeruk buah star pun kami guna ikan ... pun sedap juga
agaknya sebab terengganu ni negeri pesisir laut
jadi, most of our food mesti guna ikan
mudah diperolehi lah kot

bahan-bahan untuk buat lempeng ikan ni tak susah pun
cara nak buat pun senang
hari tu aku tak join pun buat
sebab aku busy buat benda lain
tapi sempat la usha cara-cara mak aku buat

yang ni belum goreng / mentah

bahan-bahan
ikan selayang / ikan sadin - ambil isi, buang tulang
kelapa parut - kelapa yang tak berapa tua
cili kering tumbuk
cili padi tumbuk
bawang merah
lengkuas
halia
gula dan garam secukup rasa

yang ni dah digoreng

cara-cara
tumbuk semua bahan
gaul sebati
bentuk-bentuk kan seperti begedil (maybe boleh panggil begedil ikan juga kot)
lepas dah bentuk boleh lah digoreng / kukus / bakar
tapi yang paling sedap yang goreng punya
sebab dia rasa crunchy sikit


note: bahan-bahan tak ada measurement sebab main letak ikut kuantiti ikan. agak-agak je.

boleh diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi, selamat mencuba :)

Thursday, August 30, 2012

Oppa Gangnam Style....hahaha


GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE, ORANG KAMPUNG MESTI LA SUKA YANG KAMPUNG STYLE... ^____^

Wednesday, August 15, 2012

Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw

[lihatlah kegebuan kepak ayam itewwwww]

semalam walaupun ala-ala terkejut sebab tetamu tak diundang datang melawat
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto


ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil

ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis

1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)


mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy


coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati

kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)

Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung

note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.



lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll

Monday, August 13, 2012

Pavlova lova lova

weekend baru-baru ni otak aku agak keserabutan
banyak gangguan mental lately
bila aku stress
aku suka makan dessert
maka aku buat pavlova
lagipun housemate aku beria-ria suruh aku buat banyak kali dah
since belum puasa lagi..
maka terjadilah pavlova lova lova .. hehehe

pavlova ni banyak kali dah aku buat
tapi kali ni baru terasa nak snap gambar
baru terasa nak letak resepi dalam blog
sebab kali ni baru aku rasa rajin nak snap gambar
yang dulu-dulu tu tak sempat snap dah ngap makan
lepas makan semulut dua..baru cakap..alaaa, lupa ambil gambar.. hehehe

pertama kali aku tengok pavlova is dari blog kak LG nun di OZ
senior aku kat matrix kulim nih... super duper senior dah.. hehehe
resepi pun aku ambil dari blog dia
tapi aku combine dengan resepi dari blog pokcik mat gebu



bahan-bahan base
3 biji putih telur - pastikan putih telur aje, tak ada benda-benda lain, or else meringue tak akan menjadi
1/2 cawan gula kastor
2 sudu tepung jagung
2 sudu cuka makan yang warna putih macam air tu
1 sudu teh esen vanilla

bahan-bahan whip cream
1 kotak kecil - anggaran 250ml-300ml whip cream yang khas untuk topping, jangan tersilap ambil or else dia tak akan mengembang macam krim, tetap jadi cair :)
gula kastor 1/4 cawan
* pastikan whip cream duduk dalam peti ais paling kurang 24 jam :)

buah-buahan masam seperti strawbery, adik beradik berry, anggur, kiwi dan lain-lain

cara-cara buat base
1.bersihkan mixbowl dari sebarang bendasing seperti air / minyak, make sure betul-betul kering
2.pukul telur putih  dengan gula sehingga kembang, ada orang cakap sampai bertanduk.. stail aku, terbalikkan mangkuk, kalau tak tumpah tu dah siap lah tu :p
3. masukkan tepung jagung, cuka, dan esen vanilla. kaup balik dengan spatula je.
4. ambil baking paper, alas atas dulang pembakar.. lletakkan meringue tadi atas baking paper, rata kan
pastikan kat tepi-tepi tu ada tebing sebab nanti nak letak whip cream.
5. cara bakar ada dua cara:
a.bakar pada suhu 140-150 darjah selama 50 minit, 
b.atau panaskan oven pada suhu 150 darjah, bila nak masukkan pavlova turunkan suhu ke 120 darjah, bakar selama 1jam 20 minit
6. apabila dah masak, sejukkan dalam oven. jangan bawa keluar terus.. bagi dia duduk diam-diam dalam oven

cara-cara topping
pukul whip cream dan gula hingga kembang
ratakan atas base
aturkan buah-buahan

dah boleh ngap :)


Tuesday, August 7, 2012

antara moment indah aku bersama mak

lokasi: surau al falah depan rumah
waktu: tengah tunggu waktu subuh masuk
tarikh: 6-ogos-2012 / 17 ramadhan 1433

saya: mok, hari ni bday kak. (sambil tersengih)
mok: ye ke? (terus menadah tangan berdoa utk saya)
saya: amin kan doa mak Y____Y

hadiah bithday yg tak terbanding selepas kurniaan Ilahi untuk terus hidup dimuka bumiNya. Syukur Ya Allah :)


antara doa mak, supaya aku mendapat jodoh yang soleh, yang boleh bimbing aku ke syurga Allah :)
InsyaAllah mak.

Monday, July 30, 2012

Puding Roti Buah Prune dan Nasi Goreng Tuna

dulu pernah ada entry puding roti ni
tapi versi masak pakai microwave
kali ni aku masak pakai oven pulak

ada roti cap masimo tak terusik atas rak pinggan
aku yang beli
pastu tak makan

daripada duk membazir berkulat
baik aku buat puding roti
sebab aku suka sangat makan puding roti ni
samada makan dengan sos kastard
atau makan dengan ais krim vanilla... memang syok la
tapi awas, puding roti sangat high calorie.. hehehe


puding roti

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius

*250ml susu cair
*1 biji telur
*1 sudu butter dicairkan
*esen vanila 1 sudu teh
*1/8 cawan gula - aku kurangkan gula sebab sos dh manis, prune pun manis
pukul hingga sebati bahan (*), pukul pakai garfu je

carikkan / gunting roti kecil-kecil, ikut banyak mana korang suka. aku buat cukup-cukup dengan adunan bahan (*). sebab resepi asal pakai 4 keping roti je.

buah prune kering digunting/hiris halus, nak guna buah kering lain pun boleh

gaulkan roti bersama separuh buah prune, dan bahan (*) hingga rata
kemudian taburkan lebihan buah prune di atas sebatian tadi

bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit atau hingga nampak keperangan

dah siap

sos kastard
bahan untuk sos kastard
3 sudu besar susu pekat manis
500ml air
2 1/2 sudu besar tepung kastard

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. masak hingga nak pekat, tak ada la pekat sangat. kalau terlampau pekat dia jadi koleh kastard pulak
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p
4. makan masa sejuk-sejuk peti ais bes! ;)




nasi goreng tuna

*5 tangkai cili kering
*bawang putih
*bawang besar
tumbuk bahan (*)

1 tin ikan tuna cap ayam, aku guna Tuna Chunks in Olive Oil light
3 ekor sotong dipotong bulat-bulat
nasi putih secukup rasa
garam secukup rasa
carrot dipotong halus
sedikit kobis dipotong halus

tumis bahan tumbuk hingga naik bau wangi
masukkan tuna & sotong, kacau rata hingga sotong masak
masukkan garam, kacau rata
masukkan nasi dan sayur
boleh letak kicap kalau tak nak nasi tu nampak pucat
kacau rata
dah siap!

Thursday, July 26, 2012

Resepi Nasi Carrot Mudah

petang semalam sembang dengan member dalam skype
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#

lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..




nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan

butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.

panaskan butter, tumis  (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan

ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak

bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti

1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam

panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap


acar timun / jelatah

*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih

potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)


semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)

miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Romadhon Yang Mulia Lagi Barokah, marilah kita penuhinya dengan amalan dan ibadat yang lebih berlipat ganda. insyaAllah.. moga kita semua sempat merasa sinar mulia Romadhon kali ini.. aminnn ^_^

memandangkan aku dah hantar tesis yang spesis hardcover seperti gambar kat bawah






maka dengan ini aku dengan hati girang mo pulang ke kampung halaman untuk membuat persiapan

andai ada tutur kata dalam entry-entry aku yang lepas bisa mengguris hati engkorang, mahapkan saya ye. seikhlas hati saya mohon maaf.. pada kawan-kawan, selamat berpuasa. jangan pose yang yuk eh ^__^

Saturday, July 7, 2012

ayam masak sos plum

lama tak buat entry resepi
aku ada beli beberapa ketul ayam
rasanya dah seminggu ayam tu bertapa dalam peti ais
tiap kali balik kerja aku bukak peti ais
pandang ayam yang beku kejung macam batu
pastu aku tutup peti
amik biskut
buat oligo koko
om nom nom nom
tu je dinner aku
tak pun aku makan yogurt
tak pun aku makan anggur - sentiasa ada dalam peti ais, beli sebab kat mydin murah, seedles dan manis pulak tu
mesti ada orang syak aku diet
tak lah
aku malas masak!
tu je alasan - makcik-makcik yang ada anak teruna kalau tahu, soheh tak berminat ambil aku buat menantu. jangan begitu makcik, saya rajin masak kalau ada orang tolong makan sama, tapi sorang-sorang ni.. berat jiwa sikit nak pegang sudip pisau kuali nih..
hahaha .. dan-dan promote diri ^__^

dihari minggu yang heaven ni aku teringin nak makan nasi
lama dah tak makan nasi masakan sendiri
asyik beli tapau je untuk lunch kat office tu
alang-alang hari tu masa shoping makanan miho dengan pasir tempat beliau beristinjak ;p
aku ada sambar sebotol sos plum cap life - main ambil je, tak tahu pun nak masak apa dengan sos tu
maka hari ni setelah aku berhempas pulas berfikir nak masak lauk apa (fikir dari pagi, tapi masak pukul 6) akhirnya aku decide nak masak ayam masak sos plum

google resepi dapatlah resepi - semuanya pakai resepi dari sumber yang sama iaitu blog Sky Blue's Kitchen
resepi asal guna nenas, ada orang lain olah resepi guna mangga muda / mangga masak, ada yang guna kentang, basic yang lain semua sama
aku pulak oter lagi resepi ni letak anggur dan cili kering
hasil dia yummmmehhhhhh
sebab buah anggur tu rasa macam makan acar buah - kalau kenduri kawin ada serve acar ni.. konfem aku ambil.. sedap!

hoi mana resepinya...bercerita cerekarama pulak dah..
jangan marah noh... aku memang suka bercerita baru lah share resepi
insyaAllah bulan romadhon nanti boleh try buat lauk sahur
sebab penyediaan dia pantas, mudah dan lazat

nampak memang macam buruk rupa, tapi sila rasa dahulu ye baru komen, hehe

bahan-bahan:
A
ayam potong kecil - kalau part peha tu potong dua, saiz ala-ala macam tu lah
tepung beras - resepi asal pakai tepung jagung
serbuk lada hitam - ada yang guna sos lada hitam, bergantung pada cita rasa

B
*3 ulas bawang putih
*5 biji lada kering digunting dan dibuang biji
*1 inci halia
1 biji bawang besar - dimayang / potong bulat
tumbuk yang bertanda *

C
6 sudu besar sos plum - aku tak sukat pun, main tuang ikut sedap rasa
2 sudu sos tomato - aku bubuh sos tomato kfc 2 peket
1 sudu sos cili - aku bubuh sos cili McD 1 peket
1 sudu sos tiram, jangan lebih-lebih nanti masin
air untuk kuah
garam secukup rasa

D
buah anggur


cara-cara
1. ayam yang dah cuci bersih masuk dalam 1 bekas
2. tepung beras dalam 2 sudu tabur atas ayam
3. masukkan serbuk lada hitam sebanyak mana yang anda suka
4. gaul sebati bahan A, kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan / ayam masak
5. ambil sedikit minyak goreng ayam untuk tumis bahan B
6. tumis bahan B hingga naik bau wangi
7. masukkan air - kalau nak kuah cair banyakkan air, kalau nak kuah pekat bubuh sedikit je
8. masukkan bahan C, garam secukup rasa, kacau rata hingga mendidih atau kuah jadi pekat
9. masukkan ayam dan buah anggur
10. kacau rata dan siap boleh di makan

note: rasa dia macam kuah sweet sour, jadi boleh guna resepi ni untuk masak ikan sweet sour. orang yang tak suka manis akan cakap lauk ni tak sedap. sebab dah rasa dia SWEET sour..

Wednesday, July 4, 2012

dari sembilan tinggal enam je

hari ni 2 orang lagi member aku viva
seronok dia memang umppppphhhh...
tak boleh cakap
memang hepi...
saja nak blog kan
ni antara moment-moment indah kami ber 6 ^___^
nanti ada umur, bila baca balik hope aku masih tersenyum bahagia...

[12:31:25 PM] Liza: Tgh drive ni wei..taip 1 huruf kena benti..fedap btol la..Jom jommmm... Tgh bhagia ni.. Baru pas viva.. Yahuuuuu

[12:31:32 PM] Kak Jijah: wakakaka
[12:31:36 PM] Kak Jijah: finally ada kuar ayat

[12:31:45 PM] kayNisa: drive sambil senyum meleret kannnnn?
[12:31:47 PM] kayNisa: kah3
[12:31:56 PM] kayNisa: kan dh ckp dia ol kt henpon tu

[12:32:02 PM] Kak Jijah: rasa x dunia ni lg lawa??? nampak x warna warni hidup?

[12:32:10 PM] Liza: Dr rozi sgt baik arini..baru la pdn dgn muka cun dia..syg dr rozi lah.. Hihi

[12:32:16 PM] kayNisa: kan????????

[12:32:21 PM] Kak Jem: hahahaaha

[12:32:22 PM] kayNisa: dia sgt mesra dan ramah

[12:32:31 PM] Kak Jijah: waahh puja puji dr roziii

[12:32:34 PM] Kak Jem: kata dah...dr.rozi tiba2 bertukar jd baik masa viva

[12:32:36 PM] Kak Jijah: tebiaaaaat ke
[12:32:51 PM] Kak Jijah: dia mesti garang sbb nk suruh kita siapkan

[12:32:53 PM] Liza: Hahh bkn takat warna warni, terasa mcm baru dpt jodoh je punya bahagia ni

[12:32:53 PM] Kak Jijah: kann


baca kat tempat aku highlight tu
betapa hepinya perasaan lepas viva..
stress sebelum viva tu semua hilang terbang melayang-layang
ape-ape pun Alhamdulillah syukur...
tunggu lah bila hantar buku hardcover merah cili tulisan emas nanti
masa tu hepi berganda lagi..
masa konvo lagi hepi.. insyaAllah
moga-moga ada peluang nak konvo lagi sekali ^__^

Tuesday, July 3, 2012

Dae Jang Geum Episod 39

tengok citer jang geum ni kan
stress pulak aku
dah gaya tengok sinetron
kalau dah baik tu, nak cakap untuk pertahankan diri pun tak sempat
kalau jahat tu, pegang jawatan tinggi-tinggi je
ikut suka dia je nak kick siapa-siapa yang leh block cita-cita dia
corrupt sungguh

Thursday, June 28, 2012

Suki Low - Terlalu Mencintaimu

mula-mula ingatkan Alyah yang nyanyi lagu ni






Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu

Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…

Wednesday, June 27, 2012

hahahha...topic berita ukm ari nie..."kedua2 pelajar sarjana IT diminta menarik napas dulu sebelum present"

tajuk entry hari ni aku petik dari kata-kata kawan aku yang aku anggap serupa kakak diarena pembelajaran demi mendapatkan mastarji..hahaha

kesnya sebab aku dengan member aku sama-sama masuk bilik pembentangan
cucuk pendrive buka slide terus bagi salam nak present
tak sempat puan penyelaras nak bagi ucapan kata dua..beliau siap cakap,
amboi tak sabarnya dia nak present,
aku ingat aku je tak sabar..
rupa-rupanya kawan aku yang present sebelum aku pun sama
cuak beb!
aku sengih sambil tercungap-cungap - kes jalan laju-laju lepas tu naik 4 tingkat tangga, pelik sungguh..
alamat dalam email bilik mesyuarat blok H aras bawah..
tapi perlu naik tangga sampai 4 tingkat..
kurus seketika peha ayam aku nih.. hohoh
penyelaras siap suruh aku duduk berehat seketika..
tapi aku kan seorang tidak penyabar..
haruslah present cepat-cepat.. lajuuuuuu macam naik jet
ingatkan mengaji quran je laju macam naik keretapi bullet..presentation pun sama.. hahaha


kalutnye aku hari ni - aku dan kekalutan xleh berpisah, cemerkap pun satu hal
aku sepatutnya present pukul 10.30 am
aku gerak dari rumah pukul 9.00am
suppose aku sampai kat bangi dalam 9.20 / 9.30 camtu la.. baru sampai bangi
belum sampai ukm.. hoho
kiranya duk berangan busuk-busuk pukul 10 dah ada kat perkarangan bilik mesyuarat blok H aras bawah kena naik tangga 4 tingkat tu..;p

tapiiiiiii... disebabkan kejadian seperti gambar kat bawah


jalan dia sikit punya jem dari sebelum simpang ke hospital serdang sampai ke susur ke UPM
aku ni punya la terkumat-kamit berdoa ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan urusan aku hari ni
takut wei
dalam email penyelaras siap mention anda akan gagal jika gagal hadir pada waktu yang ditetapkan!
masa aku snap gambar ni jam dah pukul 9.50am
tangan aku menggigil-gigil ketakutan
punya la berdebar
2-3 hari ni memang dah dapat signal dari yang Esa
signal dia aku duk berdebar-debar je
rupa-rupanya ada eksideng blanggor waktu aku on the way nak ke ukm di pagi mulia yang bersejarah ni

alang-alang jem tak bergerak tu aku baca-baca sambil prektis prensent
sambil duk ingat-ingat point penting yang perlu aku jawab sekiranya disoal kelak

duk tengok-tengok slide, tengok-tengok macam ada slide kena buang sebab ulang benda sama
sempat lagi aku on laptop edit-edit slide
bayangkan betapa teruknya kesesakkan lalu lintas pagi tadi sampai aku boleh edit slide sambil memandu..
kalau orang jpj / polis trepik baca soheh beliau mau menyaman aku..
mintak mahap ye encik jpj / polis trepik ^__^

aku anggap..ini lah hikmah misteri yang tersembunyi yang Allah nak bagi kat aku
dia bagi ujian kat aku sebab nak kasik pelangi kemudiannya..
antara sinaran pelangi yang aku dapat hari ni adalah ucapan tahniah kerana lulus
lepas tu dapat makan 2 bijik sandwich subway buy 1 free 1
walaupun kena beratur macam kat bawah ni, aku rela.. ^__^



dapat redeem chatime free, sebab kupon aku dah chop 10 kali
lepas tu elok je aku masuk opis
hujan turun selebat-lebatnya
now hujan dah berenti
menara klcc dan kl tower dah boleh nampak dari opis aku..

hari ni banyak betul pelangi yang Allah nak bagi.. syukur Alhamdulillah
dari UKM hingga USJ, aku memandu sambil tersengih kegembiraan..

note i: aku present tak sampai 10 minit, laju macam naik jet...hahaha
note ii: supervisor aku cakap aku dapat 5star waktu viva tadi, sebab aku jawab dengan penuh kompideng!! banggo smetaaa.. pastu cepat-cepat mengucap syukur.
note iii: aku kena buat pembetulan minimum je, sebab ada ayat aku tergantung. almaklum lah..bahasa melayu dulu dapat B3 je.. woha!!
note iv: ye, thesis untuk UKM ditulis dalam bahasa melayu, korang cuba bayangkan aku mentranslate bahasa sains kompiter kedalam bahasa melayu..seksaaaaaaaa

tu je la nak cerita.. esok-esok aku ada umur bila baca balik insyaAllah aku menggelakkan diri sendiri.. hehehe

Edit on 6.9.2023: yes dah baca balik, you did a good job back then. Now we just sit at home taking care sick mom and two child. And one more thing, now we are single parent. Everything happen for a reason. And I never regret for the journey we had during UKM time.
-love 
Your self from future. 

XOXO

Tuesday, June 26, 2012

rama-rama dalam perut

esok aku ada pembentangan penyelidikan aku
pukul 1030-1130
inilah yang dikatakan penantian suatu penyeksaan
aku hantar draf awal mei hari tu
tapi disebabkan pemeriksa aku nak menikah dulu
maka tarikh pembentangan aku ditunda-tunda-tunda-tunda
sampai lah ke esok iaitu 27 June 2012
tarikh keramat kot dalam hidup aku
tarikh penentu
kalau aku sukses
nanti pokcik-pokcik dalam mesyuarat senat insyaAllah menganugerahi aku gelaran mastarji.. hahaha
mastarji lah sangatttttttt

berdebar ala-ala oohh ayam jiwaku dak dik duk (nama menu inche double A, siapa tengok mastarchef selebriti tau la..hohoh)

k lah, aku nak sambung baca slide
babai.. semoga esok aku tak nangis dibaham pemeriksa T___________T

Thursday, June 21, 2012

berkereta ke hulu, berenang-renang di tepian

setiap hari selasa lepas solat maghrib aku mesti ke pusat akuatik uniten
padahal baru 3 minggu je pun
hehehe

kolam dia besar!
keluasan dia pulak 50M x 25M (10 lane)
kedalaman dia yang paling cetek aku rasa 1.5M kot
sebab tinggi aku 1.6M
bila aku masuk dalam kolam, kepala aku je kat permukaan air
kiranya paras leher la
kawasan paling dalam is 3M, sumpah aku tak nak ke situ selagi aku tak terel berenang
kawan aku yang terel berenang tu pergi gak area 3M, tu pun sambil-sambil pegang dinding kolam..
kalau tengok kat website dia
kolam ni kononnya bersaiz olimpik

jenuh jugak la nak habiskan 1 lap (25M) - lap lahh sangattt.. haha
dalam gambar kolam kat bawah ni, aku cuma berenang kat kawasan garisan putih tu je
yang kuning tu tangga
kawasan 3M start kat tangga tengah
macam tu lah gambaran kolam uniten... gigih sungguh siap p lukis kat ms paint.. haha
macam konsep LadyRara, esok-esok kalau ada umur bila tengok balik entry ni mesti teringat balik... ooo time ni la nenek belajar berenang dulu... hewhewhew


aku ni memang tak pandai berenang
cuma tahu floating terlentang dan meniarap - belajar masa picnic kat PD tahun 2009

minggu pertama aku pergi
air kolam tu dah jadi minuman pula
uwek uwek aku termuntah... hahaha
uhuk uhuk aku terbatuk
gigih belajar berenang, kawan aku ajar, kawan pada kawan aku ajar
mereka yang expert ajar macam mana nak kayuh kaki
macam mana nak kuak tangan
siang-siang tu time rehat kat office siap tengok youtube swimming for beginner..;p
gigih la sangat-sangat
masa kat kolam siap belajar tahan nafas, tarik nafas panjang-panjang lepas tu selam kepala dalam air
habis je sesi belajar berenang terus balik rumah, solat isyak lepas tu terus lena, penat!
esok pagi timbang turun 1KG!
bertambah berkobar-kobar nak belajar berenang..haha

minggu kedua aku dah terel berenang di dalam air, maksud aku tanpa timbul untuk ambil nafas (nanti ada pulak orang salah faham, kena explen siap-siap..hoho)
aku cakap kat kawan aku, aku ni berenang gaya nak pergi menyelam
tak timbul-timbul...
memang memerlukan tong gas oksigen kot kalau tengok gaya aku berenang tu
memang aku fail nak angkat kepala untuk ambil nafas
bila angkat je terus tenggelam terkapai-kapai...

minggu ketiga aku dah mula terel angkat kepala untuk ambil nafas
tapi setakat 2 kali ambil nafas je
kali ketiga angkat kepala aku start minum air dah... kahkah
minggu ni aku berenang sampai kaki aku cramp
minggu ni juga ramai betul orang tiba-tiba
tengah syok-syok berenang tiba-tiba terpaksa kona (tukar haluan) sebab tiba-tiba nampak kaki orang yang berdiri dalam kolam
tak kan aku nak langgar....mesti lah kona..
kau pernah berenang sambil kona-kona? hahaha

disebabkan aku nak belajar berenang
gigih aku beli cap
beli goggle-boleh tengok pemandangan dalam air..teheheheh
beli seluar renang - bff aku cakap legging,
orang pakai legging untuk pergi jalan-jalan, aku pakai legging (seluar renang) dalam kolam renang..kehkehkeh
penyepit hidung je aku belum beli lagi,
sebab tak jumpa kat jusco..
kalau ada penyepit hidung, nanti boleh la koya renang berirama..hewhewhew
sekarang ni aku berani berenang kat tepi-tepi je
agak-agak nak tenggelam cepat-cepat aku pergi capai birai dinding kolam..
tak ada la terkapai-kapai sangat..hehehe

yuran nak masuk kolam uniten rm5 untuk orang luar
kalau staf tnb, staf uniten, pelajar, anak-anak mereka aku tak tahu pulak
kepada yang tak ada cap, sewa cap 50sen je
yang aku pergi ni selasa malam dibuka untuk perempuan sahaja dari 7.30-930
hari lain ada juga, tapi siang..aku kurang periksa pulak jadual dia

nanti lepas raya kalau ada umur aku dengan kawan aku plan nak join kelas renang
nak belajar basic je
water threading dan breaststroke style
nanti boleh lah aku berenang-berenang kat kawasan 3m tu... cita-cita ok! ^____^
tak ada la asyik nak berenang-renang di tepian je..

macam tu je la kisah aku pergi belajar berenang-renang ditepian kat kolam uniten.. (fail buat ending cerita...kahkah)

Edit on 6.9.2023
Kita dah pandai berenang, belajar tahun 2018 kat kolam wisma belia kuantan.
Boleh lah breaststroke, freestyle sikit-sikit, butterfly sikit2 sebab stamina tak kuat, backstroke xmahir sangat sebab asyik takut tenggelam.

Tuesday, June 19, 2012

Review K-Drama: Tree with deep roots / deep rooted tree



[gambor search pakai pokcik google]

tiba-tiba je rasa nak review citer korea yang aku baru je habis tengok
kiranya ni citer korea pertama yang aku tengok selepas hampir setahun aku stop download citer korea
kesnya sebab aku dah tak tahu nak tengok cerita apa
semuanya dah habis marathon
house season 8 dah habis
vampire diaries season 3 pun dah habis
modern family season 3 dah habis
gossip girl season 5 dah habis
everybody loves raymond season 1 dah habis, season 2 kualiti gamba tak lawa..putus angin nak tengok..haha
2 and half man baru episod 17 season 1, tak dapat teruskan sebab malas nak on laptop
tv tak support pulak video format dia..
bones season 7 dah habis
new girls sampai episod 17 je tengok - macam boring lama-lama tengok series ni
the voice season 2 dah habis tengok
naruto pulak minggu lepas tak keluar last episod, ditangguh katanya
once upon a time season 1 dah habis
secret circle season 1 pun dah habis
semua stock series yang aku download dah habis aku tengok
aku ni jenis tak  berapa layan tengok movie

maka untuk tak bagi aku boring,
terpaksa lah aku cari series lain ataupun tengok siaran tv je la
dalam duk search channel kat astro tu
terbukak channel one hd
masa tu tengah tayang series deep rooted tree
episod ke dua kalau tak silap
aku pun layan je la..
habis satu episod dia tayang lagi sambungan episod seterusnya
memang boleh layan la
sebab cerita dia buat aku asyik tertanya-tanya dan berteka-teki
esoknya kat office
apa lagi kan
dengan gigih menggoogle torrent untuk download citer ni
sehari je dah habis download...hehehehe
hari-hari, lepas bali kerja aku akan tengok 2 episode
weekend hari tu tengok sampai citer tu yang tengok aku..hahaha
memang tak boleh nak tinggal
asyik tertanya-tanya dan berteka-teki
ada yang betul tekaan
ada gak yang salah..hihi

meh aku bagi sinopsis sikit
kisah dia macam ni
ada pun king sejong the great ni nak cipta huruf baru untuk kegunaan rakyat joseon
sebab, tulisan yang dorang guna zaman tu semuanya menggunakan huruf-huruf cina
jadi, hanya geng-geng noble je la mampu belajar
sebab huruf-huruf cina tu mengandungi sebanyak lebih dari 2ribu huruf
kau mampu nak belajar huruf sampai 2ribu?
mujur la huruf jawi kita ada 37 huruf je
antara kata-kata yang sangat menginsofkan aku,
seorang pakcik marhaen cakap... kami mana mampu belajar membaca dan menulis yang memerlukan masa yang panjang. nanti siapa yang nak bagi makan? kami perlu bekerja untuk mencari rezeki daripada menghadap buku membaca dan menulis

tujuan king sejong nak cipta tulisan ni sebab dia tak nak rakyat dia buta huruf
sampaikan wabak penyakit menular pun rakyat tak tahu nak baca preskripsi ubat yang ditulis oleh ahli perubatan
disebabkan nak cipta huruf-huruf baru ni,
ramai scholar dan orang-orang yang terlibat dalam penciptaan huruf baru mati dibunuh
sebab ada gerakan rahsia iaitu hidden root (milbon) berusaha gigih tak nak bagi huruf baru dilancarkan / diperkenalkan
timbalan menteri pendidikan dorang pun menentang keras usaha penciptaan huruf-huruf baru
orang-orang noble dan ahli scholar memang menentang
alasan dorang, nanti kalau rakyat biasa pun pandai menulis dan membaca
senang lah rakyat nak memberontak kata nya... ada lah lagi reason-reason lain

tapi king sejong the great ni tetap nak publish huruf-huruf ni
elemen cinta cintun memang tak ada
kalau ada pun seciput je
sebab tu kot aku suka

sebab kalau cerita korea yang normal
jalan cerita dia mesti macam ni
2 lelaki suka 1 perempuan baik
lepas tu mesti ada seorang lagi perempuan yang jahat benci kat perempuan baik tu

actually kan
citer deep rooted tree ni memang diadaptasi dari sejarah korea
memang betul king sejong the great tu yang cipta huruf hangul yang rakyat korea duk pakai sekarang
asalnya terdapat 28 huruf
tapi setelah berevolusi, tinggal 24 huruf sahaja yang digunakan sampai sekarang
katanya, huruf baru ni boleh dipelajari dalam masa 10 hari je paling maximum untuk foreigner
(mengikut dalam cerita tu lah)

lagi kan, aku suka cerita ni sebab kebanyakan watak dan plot adalah benar-benar dari kisah sejarah dorang, antaranya:
- king sejong the great
- king taejong - ayah king sejong
- Hall of worthies - king sejong yang tubuhkan, scholar yang terpilih sahaja boleh jadi ahli hall of worthies ni.
- kumpulan hidden root benar-benar wujud menurut sejarah korea
- choe manri - timbalan menteri pendidikan yang menentang penciptaan huruf baru
- ada lagi beberapa watak, malas pulak nak search..hehe

apa-apa pun cerita ni memang dari kisah sebenar yang ada sedikit tokok tambah untuk menyedapkan lagi cerita..
sumber pembacaan mestilah wikipedia..hahaha
tak kan aku nak bukak buku sejarah korea ye tak?

eh lupa nak cakap, masa episod hujung-hujung tu aku nangis
sedih tak terkata...T___T

lepas ni aku nak layan cerita Jewel in the palace, ini pun dari kisah sejarah joseon jugak. dimana watak Dae Jang Gum adalah watak sebenar dari zaman joseon. cerita ni tengah tayang kat tv alhijarah setiap hari pukul 3.30. tapi aku kan kerja, mana sempat nak tengok.. harus lah dimuat turunkan.. ^___^

Tuesday, June 12, 2012

ketupat sotong terengganu


aku letak nama terengganu sebab
kalau ketupat sotong kelantan lain kaedah pembuatan dia
rasa pun lain
versi kelantan manis yawwwww

aku kan orang terengganu
mesti la suka resepi terengganu kan
hehe

actually senang je nak buat ketupat sotong ni
bahan-bahan dia pun senang
meh aku tunjuk resepi
nanti buat lah
serius sedap!

bahan-bahan
1. sotong bulat, bukan yang runcing tajam dan panjang tu..antara may-ogos sotong macam ni banyak
sebab tu belah-belah terengganu kalau time macam ni orang giat mencandat sotong, tips pilih sotong pulak, pilih yang gemuk-gemuk sebab kat dalam dia mesti ada telur.. ^__^
2. santan kelapa 1 biji
3. beras pulut yang dicuci bersih dan toskan
4. halia di hiris halus
5. bawang merah / bawang besar di hiris halus
6. halba
7. garam secukup rasa
8. lidi untuk mencucuk


cara-cara
1. bersihkan sotong, buang tulang, buang dakwat, buang kotoran, buang gigi sotong, buang kulit dia. basuh bersih
2. masukkan beras pulut memenuhi separuh badan sotong, kalau sotong dah ada telur, pulut tu sikit je lah, kemudian masukkan kepala sotong, cucuk dengan lidi supaya tak tertanggal
3. buat sampai habis sotong
4. masukkan santan dalam periuk, bawang, halia, halba, garam secukup rasa dan sotong
5. sentiasa kacau supaya santan tak berketul
6. api mesti perlahan
7. walaupun santan dah mendidih, pulut dalam sotong belum masak. mesti make sure pulut dalam sotong benar-benar masak. agak-agak dalam 15-20 minit tu boleh test makan sekor. tengok pulut kat dalam dah masak ke tak. kalau dah yakin masak.. tutup api dan sila lah makan.

Friday, May 25, 2012

Cermin retak seribu boleh jumpa Dr Cermin, hati retak seribu boleh mintak doa pada Allah je laaa *sobs*

tajuk tak agak-agak
kontrolbersi sungguh (tangan ke bahu mata ke atas rolling rolling..hohoh)

alkisahnya macam ni
semalam aku balik kerja agak lewat
lepas dah solat maghrib baru aku keluar dari office
tak berani lah nak jalan-jalan time senjakala
baik aku solat dulu
papehal berlaku atleast aku dah solat maghrib
dah la maghrib tu waktu dia pendek seciput je

nak diceritakan lah
aku ni seorang yang berkira bab belanja ni
nak saving lebih sikit
maklum lah ada misi utama tahun 2013 ni kan..hoho
jadi, aku rela park kereta aku kat kawasan parking mydin nun instead of parking kat summit usj yang berbayar tu
aku tak sure berapa pulak kos parking untuk menara heitech ni
masa hari aku dapat offer letter dulu pun boss aku cakap pekerja kat bangunan ni rata-rata park kat mydin
jadi aku ikut je la majority kan

since ahad hari tu aku ada letak beg telekung dalam kereta
aku bajet mat pet atau penyamun pencuri perompak tak terhingin la nak pecahkan cermin kereta aku
dah la kereta kancil je
semak bersepah pulak tu
tiba-tiba ada satu beg telekung
takkan la kan pecahkan jugak kot noh -- fikirku dengan brilliant sekali (brilliant la sangattt)

semalam dalam gelap malam disinari lampu jalan warna oren yang samar-samar
aku berjalan selamba pergi ke kawasan parking tu
dalam 15-20 langkah ke kereta aku dah nampak cermin kereta aku berkaca-kaca ala-ala bling bling gitew
bila dah sampai dekat
lahhhh... dah retak seribu rupanya
aku usha-usha la kot kot ada kesan terkopek ke apa
syukur tak ada
aku tengok kat cermin tu memang dia pecah bermula dari satu kawasan dan merebak ke tempat lain
mula-mula aku nak syak macam ni, mesti batu terpercik masa orang mesin rumput
tapi cepat-cepat aku sangkal
tak kan pakcik mesin rumput cerdik benor nak mesin rumput kat kawasan parking ber tar
lepas tu aku  syak pula kat pencuri,mat pet, penyamun, perompak yang ketuk
tempat yang pecah tu pun dekat pintu depan bahagian penumpang
atas seat penumpang depan ada beg telekung yang aku cakap tu
sebab tu aku syak kat golongan pencuri,mat pet, penyamun, perompak yang pecahkan
tapi mereka bernasib malang sebab tak berjaya bagi pecah habis
sebab tinted cap cool world sangat kukuh untuk ditembusi
jadi aku bersyukur je la
tak ada apa barang yang kena curi
cermin je la yang pecah

serious aku hairan bin ajaib dengan diri sendiri malam tadi
cool je
tak melatah
tak terkejut
normally aku akan jadi kalut semacam kalau jadi benda-benda macam ni
malam tadi aku cuma pergi tepi cermin tingkap kereta tu
aku cuma tolak-tolak dengan tangan aku sambil berfikir-fikir dan membuat observation
tak ada nak nangis teresak-esak atau terus call mak ayah bagi tahu cermin kereta dah kena pecah
relaks je
yang aku aku buat
masuk kereta dan call kawan aku cik biskut oren cakap tak dapat nak jumpa beliau kat rasta ttdi
sebab tak berani nak drive dengan kereta bercermin macam tu
susah ok, sebab aku tak nampak cermin side mirror belah kiri

aku whatsapp gambar ni kat supervisor aku supaya beliau percaya cermin kereta aku pecah, boleh lah aku masuk lewat sikit dengan alasan nak tukar cermin kereta

memang bawa kereta pun santai je
siap call supervisor aku tanya kat mana kedai yang boleh tukar cermin pecah area puchong sebab beliau pun duduk kat puchong
supervisor aku cadangkan pergi ke dr cermin
thanks for the tips ye inche supervisor

sampai rumah aku park cantik-cantik
aku pergi lagi kat cermin yang bahagian retak seribu tu
aku baca ayat qursi
mana belajar entah baca ayat qursi kat cermin pecah .. haha, lucu kat diri sendiri
sambil dalam hati mintak Allah lindungkan harta aku yang satu tu, tawakkal je

lepas tu naik kat rumah aku rehat rehat main dengan miho
makan creampuff sedap
tu je lah..
tak fikir mana pun pasal cermin yang retak
tak ada rasa sedih
aku memang hairan dengan diri aku
biasanya aku akan sedih dan stress
yelah... asyik macam-macam ujian je berlaku kat aku
lepas satu per satu
maybe sebab aku dah jadi kuat kot
tak fragile macam dulu dah
Allah dah train aku cukup-cukup
aku memang syukur je

kes cermin pecah ni pun aku cuma fikir
ada lah tu yang tak kena dengan aku
Allah terus bayar cash...^__^

bak kata seorang kenalan aku
dia siap tanya ostat, apesal aku ni asyik diuji je...
sedangkan dia tak pernah dapat rasa ujian macam aku...
ostat cuma mampu tersenyum sambil memandang kat mana aku pun tak tahu pasal aku tak pandang muka dia
apa tak malu ke tiba-tiba kenalan aku tanya camtu kat ostat
siap mention aku ni asyik diuji je.. hoh!

aku cuma mampu kata im no stranger to controversy trials and im ok with that..^___^


aku snap sebelum ke bengkel dr cermin di pagi jumaat yang indah permai

 3 orang pekerja sedang gigih memasang cermin baru

papehal pun
aku nak recommend dr cermin ni
servis ok
rajin jawab soalan aku yang macam-macam soalan (aku suka tanya, tak tanya tak tahu ye x?)
servis pun cepat
aku hantar pukul 9.35am
pukul 9.55 am dah siap...
pantas kan?
harga pun ok la kalau dah terdesak , rm150. walaupun ada tempat yang menawarkan harga yang lebih rendah. tapi kalau dah urgent..dan tak tahu tempat lain dah. lagi pun dr cermin ni banyak cawangan.. tu je lah aku nak share je pun... haha

Friday, May 4, 2012

Alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat...yeay dah hantar

sebulan lebih aku hidup terumbang ambing
tidur tak cukup
makan pun merepek je
bayang nasi memang lama dah aku tak nampak
aku makan yang cepat dan pantas nak buat je
kecuali time aku gedik nak masak pizza...hehe

aku boleh terlupa nak lunch
sedar-sedar perut dah pedih
gastrik jadi kawan baik aku dalam masa sebulan lebih ni
nasib baik aku memang tak pernah lupa breakfast
dinner pulak ala kadar je

roti dengan jem
roti dengan penut butter
tutti frutti
kalau rajin baru aku drive thru mcD

semua ni bahana aku nak siapkan thesis

aku last jumpa mak ayah aku pun awal bulan feb hari tu
now dah mei
sumpah aku rindu sampai menangis
memang aku anak manja
semuanya sebab...

nak siapkan thesis
aku tak kira
aku kena siapkan juga

kau orang tahu
total yuran sahaja dah boleh buat downpayment 20% untuk sebiji grand livina xgear
kau orang kira sendiri lah
sebab tu sampai sekarang aku duk pakai lagi cik kebal tu
tak pe tak pe

now aku dah boleh kumpul duit untuk beli kereta baru
cik kebal dah nak let go kat adik bongsu aku... hehehe

sepanjang aku study ni
banyak keseronokan dunia terpaksa aku lupa
banyak undangan majlis kahwin kawan-kawan dan BFF aku terpaksa aku skip
memang betul-betul tak dapat datang

ni lah hasil usaha tangga kejayaan.. hahaha


papepun aku nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang tak putus memberi kata-kata semangat 

sekalung ucapan terima kasih sifu ah meng sebab tolong ajar aku guna eclipse dan java - sangat (ulang lah sejuta kali) membantu, tanpa pertolongan beliau.. aku memang tak dapat nak siapkan research aku ni.

penghargaan pada isteri sifu, sebab izinkan aku tumpang belajar... yelah, kalau isteri sifu xbagi.. xkan aku suka jiwa nak p menuntut kat rumah beliau kat nun di pinggiran cyberjaya

kepada mak ayah, terutamanya mak. kata-kata hikmat dari mak aku, kawan2 kakak boleh buat. tak kan kakak tak boleh buat. insyaAllah.. yang penting usaha, doa, dan tawakkal. jangan lupa solat hajat minta pada Allah..tu pesanan mak.

penghargaan juga pada kawan-kawan usrah wasap-wasap yaw ^___^ kata-kata semangat korang sangat memberangsangkan... kahkahkah.. yeay, leh makan burger bakar banyak-banyak

penghargaan dan seribu terima kasih kepada supervisor kat office sebab sangat memahami di saat aku nak hantar draf

kepada supervisor untuk research ni, banyak-banyak terima kasih..maaf sangat, disebabkan saya Dr terpaksa berjaga hingga lewat malam/pagi untuk mereview tesis saya untuk memastikan saya hantar sesuatu yang bukan sampah. 

dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tak langsung...terima kasih uols..iols sangat menghargai jasa mu itew...

k lah..panjang berjela pula.. iols nak pergi lunch..(sekali lagi aku lupa nak lunch, gara-gara pulun hantar tesis di waktu orang tengah sibuk solat jumaat...heheheh)

Saturday, April 21, 2012

Seafood Braided Pizza a.k.a Pizza Jalinan Makanan Laut


jom kite ber-pizza-an lagi
tapi kali ni ala-ala jalinan kasih sayang gitew.. hehe
tiba-tiba nak buat style jalinan ni sebab tertengok gambar braided spaghetti bread kat pinterest
untuk braided spaghetti bread, kena letak spaghetti sebagai inti
saya tak nak lah macam tu
macam terlampau terlampau je
spaghetti lagi, roti lagi... ayarkkk
tapi mana tahu esok-esok nak try kan...^^

disebabkan saya taknak makan spaghetti bread
kite tukar ke braided pizza ...maka saya pun google-la macam mana cara-cara nak menjalin dengan penuh kasih sayang
dalam pukul 10:10 tu dah start memproses
sambil-sambil tu boleh cuci kain (mesin yang cuci)
sapu-sapu rumah
berfacebook
berwhatsapp
beralgorithm Y__Y (mudah-mudahan dipermudahkan)

sambil-sambil je dah boleh jadi seketul pizza yang yummy
by pukul 1pm tu dah boleh nom nom nom... hehheh
housemate cakap: sedapnyo kak kay, lain kali nok wat tu ajar ore deh.. (beliau orang kelantan) ^_^

untuk penyediaan bahan-bahan tu sama macam entry pizza yang lepas
cuma teknik nak menjalin dan nak bakar tu ada sedikit lain lah

let me show how to do the braided thing and how to bake...

1. dari pada doh yang dah naik tu, rollkan kat atas pizza pan atau dulang atau kat mana yang anda suka. saya terus uli atas pan pizza sebab tak yah susah-susah nak pakai banyak bekas. rollkan sampai rata macam kat bawah ni. agak-agak kalau rasa melekat..tabur sedikit tepung


2. lepas dah siap roll, potong-potong bahagian tepi dengan pizza cutter atau pisau atau gunting, gunakan apa sahaja method yang anda suka. janji sukses!


3. kemudian letak kan sos pizza (boleh refer kat sini untuk sos)


4. letakkan inti ikut selera masing-masing


5. taburkan cheese


6. mulakan jalinan, buat sampai siap. makesure semasa menjalin tu oven dah dipanas kan kesuhu 200°C


7. tak lawa sangat jalinan ni.. kurang kasih sayang kot.. haha


8. sapukan olive oil, taburkan rosemary dan oregano.rehatkan dalam 15 minit


9. kemudian barulah bakar selama 20-25 minit atau hingga kat bahagian atas tu dah nampak perang macam gambar kat bawah


10. Keratan rentas


11. dah boleh ngap... bismillah dulu eh ^^








Tuesday, April 17, 2012

Express dinner with pasta

let me share with you all how I make an express dinner with pasta
in this case i use spaghetti

this recipe only serve for 1, 15 minutes of preparation

ingredients
spaghetti
2 sausages
ready made pasta sauce, you can check the recipe here
water to boil spaghetti
olive oil
dry oregano

preparation
broke each spaghetti into 2
cut each sausages into 5
prick the spaghetti into the sausages like picture below, i use 4 pcs spaghetti then i broke into 2, make it 8 pcs of shorter spaghetti


bring the spaghetti to boil

when the spaghetti is ready,  put it into serve bowl / plate


put a table spoon of olive oil and a tea spoon of oregano


if you want to eat without pasta sauce, u can add a little salt to taste and ready to eat
but if you want serve it with sauce, just put a table spoon or two of pasta sauce and ready for serve


when i eat, i just prick the sausage with fork and aummm into my mouth...


p/s: you can add with parmesan cheese or any cheese
p/s II: saje nak test bahasa inggeris.. tunggang langgang... T___T