Hari ini adalah harinya umat Islam melihat anak bulan untuk menentukan ketibaan bulan Syawal.
Masyarakat Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi sudah menyukat masa mengikut kitaran bulan & tradisi itu diteruskan apabila Islam mula menyinari bumi disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Di tahun ke-2 selepas Baginda & umat Islam berhijrah ke Madinah dari Mekah, Rasulullah SAW mendapat perintah supaya umatnya berpuasa di bulan Ramadan. Bulan itu juga, umat Islam diheret ke Perang Badar pada 17 Ramadan.
Menurut hadis riwayat Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW mendapat tahu bahawa rakyat Madinah menyambut hari Nowruz & Mahrajan, 2 perayaan tradisi yang diterap daripada amalan penganut Majusi/Zoroastrian.
Maka sejak itu, aktiviti menanti ketibaan anak bulan baharu selepas berlalunya bulan Ramadan menjadi sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam untuk menyambut perayaan Aidilfitri.
Pada asalnya penentuan ketibaan Syawal dibuat secara rukhyah, iaitu melihat anak bulan dengan mata. Apabila zaman berganti & berkembangnya teknologi, ia dipermudahkan dengan penggunaan teleskop.
Kemudian apabila berkembang ilmu hisab, ia ditentukan dengan perkiraan matematik & astronomi. Di Malaysia, kita menerapkan kedua-dua cara sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh sambutan Aidilfitri.
Sumber: Tzkrh, Fountain Mag, Nusa Daily