Bahan-bahan:
1. Tomato puree 1 tin
2. lobak 1 batang
3. celery 1 pokok (macam tu ke panggil dia)
4. tomato 4 biji
5. Cili kering secukup rasa (nak pedas sila lebihkan)
6. bawang besar yang putih (kulit dia kaler oren, bukan merah)
7. spaghetti 1 paket
8. daging cincang
7. meatball(kat hypermarket seperti giant, tesco, carrefour banyak jual)
8. cendawan butang (yang dalam tin)
9. minyak untuk digaul dengan spaghetti serta untuk menumis
10. daun ketumbar sedikit (optional)
11. keju yang diparut ( saya guna keju serbuk sebab malas nak parut)
Cara-cara:
1. Celurkan spaghetti, apabila dah lembut gaulkan dengan 1 sudu besar minyak (kalau ada minyak zaitun/bijan lagi bagus) serta daun ketumbar yang dicincang halus
2. bahan 2-6 dikisar bersama-sama
3. selesai mengisar, masukkan dalam kuali masak sampai mendidih, masukkan daging cincang, tomato puree biar sampai kuah nampak agak likat, lepas tu masukkan bahan perasa seperti garam, ajinomoto (saya tak guna tok aji)
4. Masukkan meatball dan cendawan butang. bila meatball dah masak dah sedia untuk dimakan
Cadangan hidangan:
Masukkan spaghetti dalam pinggan, letak kuah, tabur keju. Sedia untuk dimakan..
No comments:
Post a Comment