Pages

Thursday, November 12, 2009

Kari Sardin Nenas

Bahan utama mestilah:
  • Sardin (cap ape suke hati kamu lah. Saya guna Ayam Brand™ Chili Mackerel)
  • Buah nenas
Lain-lain bahan:
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang besar I : potong bulat atau potong 6 (suka hati kamu nak potong berapa)
  • A.Bawang besar II: dicincang - untuk menumis
  • B.Bawang putih dicincang - untuk menumis
  • C.Serbuk kari 1 sudu (Kalau tak ada yang ni, resepi ni bukan Kari Sardin Nenas ^_~)
  • D.Serbuk cili 1 sudu
  • E.Cili kering ditumbuk/mesin 1 sudu
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
Note: Bahan C,D,E disatukan
Cara menyediakan:
  1. Buka tin sardin, untuk mengeluarkan isi dia. Tak buka macam mana nak masak kan?
  2. Nenas sila dibuang kulitnya dahulu. Saya guna separuh sahaja, lagi separuh dah makan dengan kuah rojak..~_^
  3. Kemudian kamu potong ikut citarasa kamu. Ada yang suka dadu, ada yang suka bulat-bulat.
  4. Kemudian celur dengan air panas yang dicampur sedikit garam. Purpose celur ni nanti tanye mak. Tak tahu kenapa, kerana masa mak masak saya setia menunggu di sisi tunggu mak siap masak kerana tidak sabar nak lahap makan
  5. Setelah semua bahan siap sedia. Tumiskan A & B. Agak-agak dah bau (bukan hangit), tumis campuran C,D,E , tumis sampai naik minyak (garing).
  6. Kemudian masuk santan, air, sos sardin. Bila start menggelegak masukkan lobak, tomato, & bawang besar yang dipotong tadi.
  7. Akhirnya baru masuk ikan sardin tu. Kamu rasa lah dulu, dah cukup rasa, sila tutup api dapur.
  8. Kemudian boleh lah dimakan.
Note: Saya suka masukkan sedikit serbuk lada hitam (habit memasak saya, kamu tak nak letak pun tak apa)
Ini adalah gambar Kari Sardin Nenas yang dah siap masak. Maaf le, saya tak pandai nak ambil gambar cantik, wap bau kari telah melaparkan perut mengaburkan mata
--Selamat mencuba...~_^--

No comments: