Pages

Monday, February 22, 2010

Apa yang patut dilakukan jika enjin kereta mati secara tiba-tiba




Panduan ini saya salin dari keratan akhbar yang emak saya beri untuk saya, gara-gara kereta saya mati secara tiba-tiba ditengah-tengah lebuhraya awal tahun 2010. Saya harap, dapat membantu anda sekiranya anda juga turut menghadapi hal yang sama.


Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh dilakukan ketika berhadapan dengan masalah ini. Lakukan pemeriksaan berikut menurut turutan.

  1. Periksa air bateri. Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri



  2. Periksa kepala bateri, pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih (mungkin juga berbentuk serbuk putih) dan ketat. Jika berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru, selepas itu pasang sehingga ketat
  3. Periksa air radiator. Jika kering tambahkan.
  4. Periksa palam pencucuh, jika terdapat kesan minyak sila bersihkan. Tukar palam pencucuh jika ia terlalu kotor atau sudah lama tidak tukar. Dinasihatkan sentiasa menukar palam pencucuh setiap 40,000 KM


  5. Periksa "coil". Biasanya apabila terlampau panas, ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan. Puncanya dalam keadaan normal "coil" mestilah sejuk.
  6. Jika "coil" panas. Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta. Jika dapat dihidupkan, terus ke bengkel yang berhampiran.
  7. Jika selepas menukar "coil" dan masih juga sukar dihidupkan, ini bermakna kondenser kereta anda bermasalah
  8. Jika ketika kenderaan dihidupkan dan ia tersengguk-sengguk, kemungkinan besar masalah berpunca dari penapis minyak yang tersumbat.
  9. Ini adalah untuk langkah pencegahan, sila servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan. Sekuran-kurangnya 3 bulan sekali.
Pandu selamat, jiwa selamat.

No comments: