Pages

Wednesday, March 24, 2010

Pencerobohan & Kecurian


Hari ni saya digemparkan kisah rumah kawan saya dimasuki orang. Walaupun tiada barang-barang yang dicuri (setakat ini dikhabarkan belum ada barang yang hilang, diharap begtulah). Waktu kejadian: pagi. Waktu tu kawan saya sedang memasak di dapur, manakala pintu depan terbuka. Mungkin kerana sewaktu emaknya keluar ke tempat kerja, emaknya terlupa nak tutup. Memang kita nampak situasi ni boleh diklasifikasikan sebagai kes cuai, tetapi pada hemat saya perkara ini dah nak terjadi dan setiapnya ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin dari kes ini di masa depan akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.

Bila tahu kes ni, saya segera teringat ibu dan ayah di kampung. Mereka tinggal berdua sahaja. Seemenjak dua mejak ni, banyak kes kecurian berlaku dikampung. Saya memohon supaya kedua ibu bapa saya mendapat perlindungan dari yang Maha Esa. Ameen

Saya sendiri pernah mengalami orang masuk rumah ni ( sebenarnya asrama). Sewaktu si petualang tu masuk, waktu dah subuh. Sebelum si petualang masuk. Saya dah terjaga dalam jam 6.15; tetapi dek kepenatan belajar dan kerja sambilan. Saya nak sambung tidur dalam 15 minit lagi, dalam keadaan mamai saya ternampak kelibat bewarna hitam berambut pendek menyelinap dan seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Saya sangka kawan saya. Kerana dia juga berambut pendek. Apabila kelibat tersebut nampak saya bergerak-gerak mahu bangkit solat subuh, dia segera lari. Saya meraba-raba celah bantal saya. Mencari-cari telefon bimbit saya. Tiada! Hairan bin ajaib. 10 minit yang lalu saya masih memegangnya untuk melihat waktu.

Nokia 6030i yang dicuri

Saya bingkas bangun dan melihat dua kawan saya masih lena tidur, dan dua-dua tak pakai hitam. Siapa pula yang masuk tadi? Pintu bilik pun terbuka. Walhal sebelum tidur saya dah mengunci pintu bilik. Confirm memang kunci. Cuma tak selak. Hanya kunci tombol sahaja.

Cepat-cepat saya kejutkan kawn-kawan saya. Gempar satu rumah (asrama berbentuk rumah kedai). Ramai-ramai panggil Pak Guard, rupa-rupanya dah banyak kes pencuri masuk waktu subuh. Entah ilmu apa dia pakai, senang sahaja dia bolos. Maklum lah, asrama kami waktu itu berada dikawasan yang terdedah. Cuma dilindungi pagar yang tak berkunci. Silapnya, ada pelajar yang keluar malam tak kunci pintu bawah. Jika salah satu pintu tak dikunci. Berdendang la si pencuri nak menceroboh. Dan kebetulan pintu bilik kami tu rosak rupa-rupanya. walaupun dikunci tetap masih boleh dibuka. Selama ni tiada siapa yang perasan. Haru biru betul.

Itulah, benda dah nak jadi. Sedih pun sedih. Yelah, bukannya keturunan yang dilahirkan dalam dulang duit atau emas. Hilang telefon bimbit, kenalah beli baru. Kebetulan saya kerja sambilan di 7E. Jadi duit gaji itulah saya buat beli telefon bimbit dan membayar yuran (waktu ni saya extend semester kerana saya drop PSM; gara-gara nak focus PSM sahaja dalam 1 sem). Marah memang lah marah kat si pencuri tu. Tapi redha jelah.


Bila teringat hal ni, saya sedar. Sebenarnya banyak kali Allah menduga saya dengan pelbagai ujian. Jika dulu cepat benar iman saya lumpuh. Sekarang Alhamdulillah, jika ditimpa ujian saya cepat-cepat ingat pada Allah. Terima kasih pada Kak Haiza kerana mengenalkan buku La Tahzann pada saya. (◑‿◐)


No comments: