Pages

Thursday, May 13, 2010

Peringatan dan teguran untuk saya!!



AMARAN, entry kali ni agak kasar ayat dia! Peringatan untuk diri saya yang mudah lalai dan tak reti nak bersyukur. Nauzubillahi min zalik. Astaghfirullah al 'azim.


Kenapa suka persoalkan apa yang Allah dah suruh? Allah dah suruh tu buat jelah. Jangan nak soal-soal dan bagi alasan itu ini begitu begini.


Cuba kau fikir, Allah suruh kau buat sikit sahaja. Antaranya:


1. Solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Sekejap saje solat, bukan lama pun kalau nak banding dengan tempoh masa yang kau spent tengok AF. (tak tengok AF, sebab TV pun tak ada)
2. Puasa wajib bulan ramadhan dan ganti semula yang dah tinggal (ganti dengan segera, jangan berangan ada orang akan tolong ganti if tiba-tiba kau tiada nyawa!)
3. Tutup aurat kepada ajnabi!
4. Bayar zakat kalau dah mampu. Incometax tu kau bayar selepas kau campur tolak darab bahagi bayaran zakat. (selalu berat hati nak bayar zakat konon-konon takut tak cukup duit, padahal shopping sakan offline dan online tu tak kira pula duit cukup ke tidak!!)
5. Hormati dan taati mak ayah kamu (if dah ada suami nanti, sila hormati dan taati suami) selagi tak langgar hukum Allah
6. Kalau dah mampu sila buat haji di Mekah, bukan main dam haji! (saat entry di post saya belum mampu, insyaAllah sooner or later i'll be there, ameeen)


Yang disenaraikan di atas adalah antara (tak semua disenaraikan, nak senarai semua kena buat sequel entry pula, selepas sequel triquel eh?) task yang paling memang paling kena buat tanpa excuse atau dolak dalik. Cuba kau fikir, rahmat yang Allah dah beri pada kau? Think! Think! Think! (sangat tegas) Allah tak dalih-dalih pun nak beri pada kamu. Antaranya:


1. Sepasang mata yang cantik dan tidak rabun
-cuba Allah tarik sedikit nikmat mata kamu ni, tiba-tiba jadi rabun. Tak ke susah payah kamu kena spent duit untuk beli cermin mata. Mahal tau cermin mata ni, dulu pernah rasa rabun. Sungguh tidak nikmat, macam tak puas nak pandang dunia indah ciptaan Allah ni kerana terhalang dek cermin mata. Alhamdulillah dah tak rabun. (tapi sekarang kadang-kadang terasa rabun, Oh No!)


2. 10 jari jemari yang runcing (sebenarnya jari saya gemuk) yang kau guna untuk:
-makan
-korek hidung
-picit jerawat
-taip komen kat Facebook
-pegang stereng waktu drive
-nak pakai cincin berlian waktu menikah nanti (insyaAllah)
-untuk urut-urut dan picit-picit badan mak yang lenguh-lenguh (nanti dah ada suami, guna untuk urut dan picit suami pula)
-jangan lupa, kamu guna waktu nak cebok!
-guna masa nak kopek durian, sungguh tak feel makan durian orang yang kopekkan kecuali dalam mood nak mengada-ngada.
-dan lain-lain

3. Nikmat rasa kat lidah
-cuba kau order mi goreng mamak, tiba-tiba bila kau makan fuh tak da rasa! Tasteless! Tawor hebey kata orang negeri Penyu. Mesti kau maki-maki tukang masak kat kedai tu kan? "Oi tukang masak, kedai kau tak de garam ke???" Sebab kau mesti nak makan makanan yang ada rasa. Itu lah salah satu nikmat yang Allah dah beri kat kau, nikmat rasa! Ada rasa masam, manis, pahit, kelat, sedap, masin dan lain-lain rasa. Cuba kau tak dapat rasa semua tu? Tak nikmat hidup kau beb! Bersyukur lah!!

4. Membuang air kecil mahupun besar
-Cuba tiba-tiba kau tak dapat buang air kecil mahupun besar? Seksa! Kembung perut. Sakit senggugut lagi bes dari sakit perut tak dapat berak 7 hari! Pernah masuk dalam paper, ada PATI (tak tahu apa PATI sila tanya prof Google) mati sebab tak berak tau! 
-Pernah kau bersyukur selepas kau membuang??? 

5. Nikmat kenal dan boleh nampak spectrum of colours (mentang-mentang tajuk esaimen pasal radio spectrum)
-Cuba mata kau tak kenal warna? Boleh ke kau buat design cantik-cantik kat website? (eh, aku ni pengaturcara, bukan pereka web) Mr. Supervisor (SV) suruh buat warna hijau kau letak warna biji kundang. Tak ke haru dunia kau. Mesti nanti waktu kau nak shopping baju raya, kau jadi tak teruja nak pilih baju warna apa. Sebab kau tak kenal warna pun. Nak matching tudung atau shawl dengan inner Syria pun kau dah terkedu macam cicak telan kapor! So kesian lah geng!!

6. Ada telinga
-Telinga bukan untuk dengar je tau, untuk di pulas-pulas atau ditarik jika kau degil! Cuba kau tak ada telinga? Macam mana rupa kau? (Ayah cakap orang tak ada telinga ni macam biawak. Macam tu lah agaknya.) Walaupun telinga kau capang (telinga saya tak capang), kau tetap kena bersyukur kerana ianya adalah telinga!

7. Banyak lagi rahmat yang Allah dah beri pada kau, tak tersenarai dah sebab terlampau super duper banyak!! Jadi tolong lah bersyukur dan buat apa yang Allah suruh.



Sekian luahan rasa dari sudut rohani yang agak sihat kepada mental yang tak sihat.



P/S: Kepada yang tidak gemar pada entry ni, kamu duduk diam-diam kerana entry ni adalah peringatan untuk SAYA! Kepada yang gemar, renung-renungkan dan selamat beramal (Prof Izi Haji Ali punye tagline)


4 comments:

Eda Latiff said...

huhu...thanks post entry ni...peringatan utk saya juga..;)

Amak Kongsi said...

sama2, saling memperingati tanda sayang. saling puji memuji belum tentu sayang, malah mungkin undang kebencian, riak, ujub, takabbur. nauzubillah

Aku Anak Pahang said...

Salam terkadang mmg perlu ada ketegasannya utk sebuah kehidupan ini TQ.

Amak Kongsi said...

yep, if asyik berlembutan org boleh pandang remeh sahaja.