Pages
Thursday, May 27, 2010
Tak jadi post certain entry
Saya ada beberapa entry yang saya taip panjang-panjang (pendek pun ada), tetapi tak jadi publish. Kenapa? Sebab entry tersebut benar-benar dari isi hati saya dan jika saya publish entry tersebut saya risau dan bimbang ada yang terguris. Saya tak pandai nak luahkan rasa tidak puas hati saya pada orang tersebut jika orang tersebut adalah kawan baik saya, kawan tersayang saya, ahli keluarga juga mungkin.
Blog saya ni kadang-kadang jadi medium untuk saya lepaskan segala yang terbuku di hati. Tetapi kadang-kadang saya masih terpaksa menahan diri untuk tidak publish entry2 tertentu. Kerana terlalu risau dan ingin menjaga hati certain 'orang'. Takut ada yang terasa dan selepas ini jika bertemu jadi kekok.
Tetapi hati saya certain 'orang' jarang nak jaga. Kenapa? Adakah kerana sifat saya yang tak pandai nak marah depan-depan. Terima sahaja apa certain 'orang' nak buat. Saya hanya menurut jika disuruh itu dan ini sedangkan saya bukan begitu. Saya pantang diarah itu dan ini. Kecuali jika ada perkataan minta tolong dan memang certain 'orang'itu benar-benar tak mampu nak buat/laksanakan perkara tersebut. Saya seolah-olah telah didominasi oleh certain 'orang' sehinggakan saya tidak pandai berkata tidak. Walaupun dalam hati nak kata tidak.
Saya benci orang hipokrit, tetapi saya pun hipokrit juga. Kerana saya pura-pura senyum dan gembira walaupun hati saya pedih terhiris. Orang kata hati menangis tak siapa pun tahu.
Saya juga mudah sangat nak maafkan kesalahan certain 'orang', padahal kesalahan tersebut memang tidak layak untuk dimaafkan. Mungkin juga saya hanya maafkan separuh saja, sebab saya masih teringat-ingat perbuatan certain 'orang' tersebut. Kalau saya benar-benar maafkan saya mesti sudah lupakan kesalahan dia kan?
Kadang-kadang melalui entry saya juga, ada selitkan sedikit kiasan untuk sedarkan certain 'orang' tersebut. Tetapi saya tak tahulah certain 'orang' tu faham ke tidak. Malah saya pun tak pasti certain 'orang' tersebut baca ke tidak blog saya ni.
Saya ni seorang yang sensitif dan cepat terasa, juga terlalu ikut emosi kadang-kadang. Alhamdulillah saya masih ada sense untuk mengawal emosi dan termometer sensitif saya. Agaknya sebab itulah ada certain entry saya tak dapat publish. Sekian.
Nota kaki: Saat saya tulis entry ni, saya baru sahaja tak jadi nak publish entry yang saya taip malam tadi, terpublish entry copacabana pula ◠‿◠. Bila lah nak sambung kisah rumah sewa dan kisah dongeng si jaja ni. Betul-betul kering idea.
P/S: Pagi-pagi dah start merepek dengan jiwa yang lara bercampur baur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kita serupa...
suka sgt jaga hati org len walopun pd hakikatnya hati kite terluka..
letih kan?
Nisa, kite rasa terluka sbb kite syg org tu..sapa2 je..hatta bf,kwn,family..kite jg ati dgn hrpn dia jga mcm kite..tp ish2,trluka sndirik..anyway i'm waiting ur kisah rumah sewa. kisah si jaja pun leh thn..btul2 cam prngai jaja..:-)
itulah, nak jaga hati orang je. hati kite orang tak kisah pun. Lepas nih kena buat konsep ade aku kisah jugak lah..hehe,
Kisah jaja tu diinspirasikan oleh jaja lah, sbb tu mcm dia. hehehe
kisah umah sewa tu blum ada idea.. insyaAllah sambung
oic..ok2.."ada aku kisah"..gud..
hem si jaja bab merepek no 1..
ok..nt smbung lg e kisah umah
tu..xcited nk tau..
Post a Comment