Sesuai untuk hadiah kepada yang tersayang
Sebenarnya NisaShoppe dah lama wujud. Awal tahun 2009 kalau tak silap, masa tu saya dalam keadaan kecewa dengan pekerjaan saya yang entah apa-apa. Kerja penat-penat tak dapat gaji. Sampai fikir nak buat kerja berniaga online & buat freelance sahaja. Tetapi tak jadi nak teruskan niat murni sebab dapat offer kerja dari kampeni yang lebih bagus.
Awal April 2010 hari tu, kawan saya Cik Nadhilah ajak saya join kelas membuat homeMade chocolate.
Mula-mula berat hati juga memandangkan kos yang perlu dikeluarkan agak tinggi pada saya. Saya pula agak kesuntukan duit sejak sambung belajar. Maklumlah, 2 semester pertama saya tanggung sendiri perbelanjaan. Tak minta mak ayah pun (ohh bangganya... hehehe). Lepas saya attend kelas tu, agak lama juga saya nak mula buat coklat ni. Memandangkan saya terlalu sibuk dengan kerja dan pelajaran memang tak ada masa pun nak praktis ilmu yang dipelajari tu.
Untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan
Entah macam mana mungkin rezeki Allah nak bagi, saya bagi tuan rumah saya rasa coklat buatan saya dan dia cakap sedap. Dia tempah 2 kotak. Alhamdulillah. Syukur. Lepas tu hasil berchating dengan niat asal nak tanya khabar ex-colleague yang baru sahaja habis pantang melahirkan anak, rezeki datang lagi. Dia menempah untuk majlis pertunangan adik ipar dia. Mula dari itu baru lah saya berani nak expose pada kawan-kawan lain mengenai perniagaan coklat saya ni.
Kak Ila dah banyak kali tempah untuk majlis pertunangan adik ipar dan kawan-kawan dia.
Saya ni agak low self esteem sebenarnya, malu dan segan nak expose dengan sesuatu yang saya buat. Sekarang pun masih berani-berani takut nak promo pada kawan-kawan pasal bisnes saya ni.
pakej doorgift pun ada
InsyaAllah, jika rezeki itu milik saya, Allah akan berinya pada saya. Yang penting usaha tangga kejayaan. Kawan-kawan yang sedang baca ni, rajin-rajin lah jenguk NisaShoppe. Amacam? (◕‿-)
Note: Dulu saya tak suka HomeMade chocolate selepas terkena dengan yang sangat-sangat tak sedap. Saya beli pada kawan masa tu. Tetapi selepas cikgu coklat saya beri rasa coklat yang dia nak ajar saya buat, huuuuuu... saya memang sukakannya. Saya memang choc lover, kalau saya sedih, choc lah yang saya makan untuk beri rasa sedikit ketenangan. Sebab itu saya panggil Chocolate Gembira.
3 comments:
nak berbisness nie msti brani.. jgn tAKUT2.. confident jer apa kita buat adalah yang terbaik tuk kita n family.. Jtuh bangun dalam dunia nie adalah perkara biasa.. wish u gd luck.. n 4low u too..
Lizzie Yasmin: Thanks mberi sokongan, insyaAllah sy buat yg terbaik utk ms dpn yg lebih terjamin. yep, dlm pniagaan tu asam garam kalau adah jatuh n bangun... mak saya pun berniaga, sy jadikan mak sy sbgai contoh. Berani!
LY: i follow u too.. ;p
Post a Comment