Pages

Thursday, July 22, 2010

Malaikat Kecil




Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”




Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"



Wednesday, July 21, 2010

Sambungan telur dalam bakul

Ha, ni sambungan entry Makanan Orang Bujang. Cara-cara nak buat eggie in the basket seperti dalam gambar-gambar yang berikut.

Bahan:

roti
cheese
telur
black pepper / white pepper
marjerin / mentega

Dan cara-caranya:

Pertama: Tebuk tengah roti seperti gambar kat bawah. Kemudian sapu marjerin / metega pada setiap kepingan roti. 1 set telur dalam bakul mestilah menggunakan 2 keping roti. Untuk setiap set, hanya sekeping ditebuk, kerana yang lagi satu akan jadi dasar bakul.. 



Kedua:  Letak cheese di setiap penjuru roti yang tidak ditebuk

Cheese diletakkan di setiap penjuru

Bahagian yang ditebuk akan jadi cover kat atas

dah bercantum


Ketiga: Bakar roti untuk seketika, sekadar untuk cairkan cheese supaya gabungan roti dah melekat

sebelum bakar

dah bakar


Keempat: Masukkan telur kedalam bakul, kemudian bakar di dalam oven. Kadar masak ikut selera korang lah. Saya suka yang kuning dia half-cook.

pandangan atas; letak cheese sikit, nak banyak pon boleh. ikut selera masing.

pandangan sisi: sebelum masuk telur, saya ada tabur black pepper atas roti tu


Kelima: Tadaaaaaa...telur dalam bakul now ready for serve




Tak berapa cantik sebab roti wholemeal berlubang dan bocor, jadi sebahagian telur putih dah meresap ke dalam roti. Selamat mencuba. 


Note: telur dalam bakul ni ada versi goreng, tapi yang tu kena guna kuali canggih yang tidak lekat. saya belum ada kuali macam tu. so tak dapat try lagi.. balik kampung nak serve kat mak ayah. Mesti mereka kagum (dah boleh kawen anak aku ni...awww~~~~~)





Tompok hitam



tiba-tiba jadi busuk hati dan buruk perangai kerana tidak semena-mena meluat pada makhluk.. ohh, sungguh berdosa dan tidak baik..

Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim....


Makanan orang bujang - Telur di dalam bakul




Semalam kat office awal-awal dah siap cakap balik rumah tak mau masak serta malas masak. Tapi perut ??? Mak aih, degilnya beliau.. nyanyi-nyanyi hip hop lak dia.. Masa balik kerja tu duk berangan-angan lah nak masak apa. Bila hampir sampai rumah tu sempat lagi mengarahkan cik driver (semalam jadi mem besar..kekeke) singgah ke giant. Turun dengan pantas mencari black pepper, sebab stock black pepper dah habis.

Selesai je bayar black pepper, cepat-cepat balik sebab nak mandi & solat pastu nak cepat-cepat masak. Kerana dengan terujanya untuk kali pertama saya nak masak telur di dalam bakul atau nama orang putih dia, eggie in the basket. Haaa, korang pernah makan tak? Mesti ada yang pernah, saya je agak kemunduran tak pernah makan. Terliur tengok kat satu blog mana entah, dah lupa link dia. Lepas tu kawan saya pun dah try buat siap letak dalam facebook gambar telur dalam bakul versi dia. 

Saya nak share cara buat this eggie in the basket dengan korang, tapi memandangkan kat office ni saya tak bawa gambar dia, so korang kena lah tunggu saya sambung entry ni malam karang... hehehe

Rasa telur dalam bakul ni memang tak mengecewakan bagi peminat telur separuh masak/ telur goyang / sun rise fried egg. Cik driver saya pun suka. Actually she's a bit off memilih bab-bab makan. Alhamdulillah dia suka..✿◠‿◠

Nanti saya sambung eh.. (sedang bosan menunggu task, sebab tu boleh sambung taip entry ◕‿-)


Note: Sebenarnya entry nih taip semalam, tapi tak habis karang sebab dah ngantuk. So pagi ni taip semula versi past tense.. hehehehe



Friday, July 16, 2010

Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


P/S: Saya rindu sangat pada mak ayah kat kampung, sabar lah wahai diri. InsyaAllah waktu itu akan tiba.

Saturday, July 10, 2010

Udang Masak Lemak Cili Api

Kali ni i mengidam udang / ketam masak lemak cili api. Tapi since ketam nampak tak fresh kat giant tadi, i beli udang. Maka jadilah udang masak lemak cili api. Kuah dia i hirup srupppp srupppp... sodap wehh..(puji diri sendiri ◠‿◠ )



Bahan:

Udang ½ kg
Santan - ½ kelapa
Tomato 1 biji
Kacang panjang 3 urat potong 1- 1 ½ inci
Daun kesum secukup rasa
Serai 1 batang dititik
Asam keping / gelugur

Untuk kisar:

Bawang merah 6-7 ulas
Bawang putih 2 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Halia ½ inci
Cili Api / Padi mengikut tahap pedas yang anda mahu


Cara:

1. Kisar semua bahan untuk dikisar
2. Masukkan kedalam periuk
3. Masukkan santan, serai, asam keping / gelugur, dan kacau hingga merenih
4. Masukkan tomato dan kacau hingga mendidih
5. Masukkan udang, kacau hingga masak kemudian masukkan bahan perasa secukupnya
6. Masukkan daun kesum
7. Tutup api dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas 




Thursday, July 8, 2010

Selera India dan Barat

Dah berapa hari mengidam mashed potato yang buat sendiri walaupun tak pernah buat, dengan terung goreng rangup yang selalu ada jual dia kedai mamak tu. Seriously teringin.. Mashed potato tu i google je the recipe, si terung rangup tu tak ada pula. Google je, mesti keluar kari terung, terung masak balado, terung bakar... Nyaris kecewa dah. 

Nasib la kat office i ada kakak manis berbangsa India. I ngecek la resepi dengan dia. Balik rumah dengan tidak sabar i terus masak benda alah ni (actually i pergi mandi & solat dulu kemudian baru masak). Tapi instead of 2 menu ni ada la i tambah side dishes, which is udang celup tepung dengan sayur campur black pepper. Actually sayur campur black pepper tu, kuahnya i nak buat untuk gravy mashed potato, tapi instead of plain aje i campur la sayur kacang panjang, carot n mushroom. Lagipun i dah lama tak makan sayur (tipu, malam tadi sup sayur ~~)

i masak semua ni tak sampai 30 minit

menyelerakan tak? (dah lulus jadi isteri tak?)

Note: My housemate tak makan sayur, jadi i memang lama dah tak masak sayur. Boring meh masak n makan sorang je walaupun ianya sekadar sayur. Tapi sejak dia tak ada kat rumah kerana bercuti konvo, hari-hari pun i makan sayur. Heaven!! 




Tuesday, July 6, 2010

30 hari membilang ...





I'm 25 years & 11 months today, have 1 months to go. Then i'm turn to 26! I pray to Allah, my life will full bless from HIM.