Sumber: Internet
Sama-sama kita tingkatkan amal dan ibadah di bulan yang mulia ni.
Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)
Jangan ada yang lupa niat ya (peringatan untuk saya juga). Mesti bangun sahur walaupun hanya seteguk air, kerana amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
Sumber: www.muftiselangor.gov.my
Sahaja aku berpuasa untuk sebulan, bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
Sumber: www.muftiselangor.gov.my
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Doa buka puasa:
Sumber: www.muftiselangor.gov.my
“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha mengasihani”
No comments:
Post a Comment