nak dikisahkannya, hari tu saya buat muffin. jadi tu memang la jadi. tapi dengan bijak saya lupa letak gula. pahit le muffin tu. mak siap cakap, itulah duk kacau kek berangan ingat boyboy.. ehehehehe, malunya saya mak. jangan la cakap macam tu..
jadi, muffin tu dari terbiar dan terbuang, saya pun teringatlah pernah terlompat kat blog mana entah, orang tu ada buat chocolate ball. jadi saya pun godek lah resepi dalam pakcik google tu. akhirnya jumpa recipe yang mudah dan senang. anak-anak umur tadika pun bole buat (dengan bantuan orang dewasa lah kan).
sumber gambar : foodnetwork.com
rupa chocolate ball tu seperti gambar di atas. tapi yang ni versi orang lain punya. versi saya tak lah se'cute' ini. sebab ada certain bahan tu saya tak ada stock.
tak nak bebel panjang jom saya translate recipe tu untuk kamu. yelah, saya pun kalau nak masak tak berapa gemar dengan recipe berbahasa asing. tapi kadang-kadang terpaksa juga. resepi asal boleh klik di sini. di bawah ini resepi yang dah di alih bahasa serta diubah suai oleh saya.
*1/4 cawan (50g) kismis/kurma cincang
*1/4 cawan (50g) serbuk koko
*
*2 cawan (lebih kurang 300g) kek coklat crumbs (yang telah dihancurkan dengan tangan)
*1/4 cawan (60ml) susu pekat manis
coklat yang dicairkan secukupnya untuk membalut bola-bola
1. campurkan semua bahan yang bertanda (*) keadalam mangkuk dan gaulkan sehingga bergaul mesra
2. bentuk bulat-bulat dan susun di atas dulang
3. celupkan ke dalam coklat cair
4. golek-golek kan di atas coklat rice / badam hancur
5. masukkan ke dalam peti ais
6. agak-agak dah sejuk, dipersilakan makan..
ini lah hasil yang saya buat, agak comot sebab buat cepat-cepat sambil kejar waktu berbuka...
Note: yang dipotong tu saya tak letak sebab tak ada bahan. benda ni saya buat semalam iaitu hari ahad, lagi pun nak kasik kat adik bawa balik asrama.
No comments:
Post a Comment