Happy full moon
tiba-tiba kawan saya tanye, kak nisa ada dapat pulut kuning tak? saya pun, hoh??? pulut kuning? bukan kuih bulan ka? sebab pada kotak tu ada tulis happy full moon. time rehat baru saya tengok isi dalam kotak tu, betul lah pulut kuning. ada 2 bijik kuih, pulit kuning, kari ayam, telur rebus berkulit warna pink 2 biji, 1 kad terima kasih, dan jeruk halia.
nampak tak telur pink, ingatkan telur pindang. bukan rupa-rupanya
kawan-kawan lain duk makan pulut kuning tu time rehat, bau kari mak aih semerbaknya. tergugat juga lah iman nih.. ehehe tapi masih meneruskan dengan gigih untuk berpuasa. syawal bukan lama. kalau boleh nak habiskan puasa 6, dan puasa ganti dalam bulan syawal ni juga. tak mau la hutang lama-lama. kalau hutang lama-lama dengan orang pun dah rasa segan, ini pula hutang puasa dengan MAHA ESA.
ok, balik pada box makanan full moon tadi tu, tujuan kakak tu bagi sebab dia baru sahaja melahirkan anak lelaki yang comel. Jadi, sebagai tanda kesyukuran dia nak jamu kawan-kawan office dengan makanan yang sedap. ini tradisi orang cina. tak percaya tanya kawan-kawan kamu yang berbangsa cina. saya tahu pun sebab encik supervisor saya yang beritahu.
apa-apahal pun, salam 1 malaysia (16 september) dari saya walaupun dah terlambat 1 hari nak wish.
Note: Office tempat saya mencari rezeki terdiri dari kaum Cina, India, dan Melayu.
1Malaysia! ◠‿◠
1Malaysia! ◠‿◠
No comments:
Post a Comment