Nota Pesanan Untuk Ke MAHA
Kalau nak pergi:
1. Sediakan payung sebelum panas. Serius panas, memang bermandi peluh. Sebab aku tak guna sangat perkhidmatan tram. Berebut-rebut sampai kena gesel-gesel ur ass with others asses , tak mahu lah aku weh. I rela berjalan kaki (exercise & bakar lemak sambil bersiar-siar di MAHA, bak kata pepatah: kill 2 with one shot). Payung juga berguna sewaktu hujan, sekarang ni musim hujan petang.
2. Tak perlu lah nak bercantik-cantik make up (simple make-up tak apa. jangan sampai bila mandi hujan mascara dah cair, kamu dah jadi serupa momok. mak takut nyah..awww~~~)
3. Aku prefer kasut yang tidak menyeksakan kaki. Aku pakai sport shoe. Serius senang aku nak langkah becak, longkang luas, berjalan pantas seperti kilat..huheh. Nak berjalan laju-laju menuju tandas kerana isi perut nyaris terburai pun mudah. If pakai heels tak kan lah nak jalan laju-laju kot. buatnya terpelecok sakit nyah.. bukannya nak jalan atas runaway, cuma jalan atas tar / rumput berbecak je weh. Patah kot heels tu nanti kalau kamu jalan laju-laju. huheh
4. Seksa aku tengok kakak-kakak yang berkebaya nyonya ke tempat super panas & basah ketiak macam tuh.
5. Ni penting, kaum perempuan yang boleh solat sila bawa telekung. Susah nak dapat telekung kat situ. Orang ramai macam ulat. Aku kesal sebab tak bawa telekung, menagih simpati bertanya setiap orang sebab nak tahu tu telekung surau atau dia punya. huhuh.. syukur dapat jugak aku solat. Alhamdulillah..
6. Pergi awal kalau tak nak sesak, aku yang gerak pukul 8 lebih pun still bersesak sejauh beberapa KM. letih tau, cik kebal i bukan auto. huhuk..
FYI, ada dua pintu tau nak masuk ke MAHA ni, Pintu 1 & Pintu 2. Aku masuk from pintu 1. Tahap kesesakan sama je. OK, ini je kot pesanan penaja dari aku.
Jom kita layan gambar, tak larat nak bercerita. From 9.45 am - 5.30 pm aku berkeliaran kat sana. ∩_∩
Nak naik tram from parking lot to 1st site (FAMA: Gerai Buah & Pasar Tani)
Sila beratur ye, hang potong Q i ketuk dengan payung sakti i nih..
bila mau sampai turn nih..
sampah sarap!! rakyat Malaysia memang baik hati. Suka susah kan makcik-pakcik tukang sapu p kutip sampah sarap yang mereka sepah kan. Come on lah, tong sampah ada. if tak ada, apa salah kalau pegang sekejap, letak dalam plastik bag / apa-apa bag yang kamu pegang..nanti dah jumpa tong sampah kamu buang lah.
Ini lah dia rupa Tram-Traktor tu. Syok naik, macam nak pergi kerja ladang...huheh
berhati-hati naik tangga tram, kalau gelojoh boleh jatuh. Muatan 14 berdiri 26 duduk. tapi lebih sebenarnya ∩_∩
mereka yang berjaya dapat seat
nak amik gambar kepala traktor, tapi abang baju putih lindung pulak..
mereka yang gojes serta berdiri.. ahaks (✿◠‿◠)
kagum tengok lori KFC & PIZZA.. hehehe
continue gambar-gambar lain esok lak ye. Letih dah menaip.. heheh
No comments:
Post a Comment