Breakfast Di Medan Selera Dato' Sagor
hari tu ada janji nak cerita pasal jalan-jalan cari makan di ipoh kan. entry ni saya nak share tempat breakfast yang best korang patut pergi.
nama tempatnya, Medan Selera Dato' Sagor.
kat sini, menu yang best & maybe sukar nak dapat ditempat lain (kalau ada tempat lain, korang sila beritahu ye) ialah roti telur goyang.
roti yang dia guna, roti yang tebal, ala-ala roti yang zaman dulu-dulu punye.
telurnya pulak cantik bergoyang dangdut atas roti
dia punya isi putih menyaluti telur kuning
rasa dia memang sangat .... hmmmppppppp dan nak lagi lagi dan lagi
lokasi dia mudah je, korang cari masjid negeri iaitu Masjid Sultan Idris Shah II Perak. lokasi dia kat pintu masuk masjid.
menu lain yang kelihatan sedap tapi kami tak try, bihun sup. sebab ramai customer lain order.. kami memang dah kemaruk nak roti goyang tu. sebab tu tak order yang lain. lagi pun next destination nak pergi makan mi rebus ramlee pulak. next entry saya cerita eh.. jom layan gambar yang melaparkan perut dulu.. heheh
kak dhila disebelah kiri, a.k.a pemandu pelancong yang turut sama melancong ^_^
No comments:
Post a Comment