gambar dicari dalam google
ni kisah lama
dah berlalu 9 hari yang lepas
konon nak puasa sunat arafah
biasanya aku akan set alarm untuk bangun sahur
pasal perut aku sedikit ngade-ngade kalau tak sahur
janji minum air masak seteguk pun jadi dah
tak perlu nak susah-susah nak bangkit masak nasi lauk telur mata buh kicap bagai
sebab konsep aku
beza puasa orang islam dengan non-islam adalah sahur (ye tak?)
lagi satu
aku terbaca 1 hadis mana ntah
aku dah lupa
malaikat akan doakan orang-orang yang bangun sahur
jadi, aku mesti sahur
kalau tak sahur
puasa aku seolah-olah kurang bererti...heheh
tapi kan, malam sebelum tu aku tak set alarm
sebab menjadi tabiat buruk aku
kalau balik kampung dan adik bongsu comel aku ada
aku mesti arahkan dia pasang alarm kat henpon dia
sebab alarm dia sangat annoying ko tahu!
tapi kan, apa masalah entah.. henpon dia tak berbunyik
pastu jam kat bilik aku tu pulak asik tunjuk pukul 3.45
aku tak tahu jam tu kehabisan bateri
aku peram la sampai aku rasa macam
apasal dah cerah ni?
aku bangun capai henset.. rupa-rupanya dah 6.20 am
kat kampung aku sekarang ni 6.15 pun dah terang benderang kot
apa lagi, aku membebel-bebel la kat adik aku
sebab alarm dia tak bunyik (suka jiwa nak salahkan orang..hahah)
pastu aku teruskan lah jugak berpuasa
aktiviti wajib aku kalau balik kampung
harus lah pergi melepak 7-8 kali kat umah abang ngah aku
sebelah rumah mak aku je
tak sampai 4 langkah dah sampai (langkah aku besar)
kak ngah aku (kak ipar) pakar membuat kerepek pisang
kerepek pisang dia perhghhh.. sedapppp
sampai tak sedar aku leh habiskan sebalang
aku p mengendeng kat tempat kak ngah aku menjahit (dia juga seorang tukang jahit)
sembang-sembang ngan dia
pasal dah lama tak bergosip - aktiviti wajib (tak ngumpat ehhh, gosip je ^___^)
pastu tiba-tiba datang anak buah aku - along, sua kat aku sebalang kerepek pisang
aku pun syok la ngap ngap ngap
pastu dah macam kenyang kot aku makan
nak amik lagi kerepek tu
pastu baru aku teringat...
ehhhh... cek de pose laaa (anak-anak buah panggil aku cek de)
cepat-cepat aku lari ke toilet kumur-kumur
memang rezeki sungguh.. hahaha
tu je lah nak cerita pun ... keh3
No comments:
Post a Comment