Pages

Tuesday, January 3, 2012

nur amalina che bakri pelajar yang dapat SPM 17A

ok
sana-sini
rata-riti
duk cerita pasal amalina nih
mula-mula aku ingat amalina rindu ah ah tu
rupa-rupanya amalina si bijak pandai yang dapat straight A berberlas-belas bijik masa SPM dulu
ramai duk cakap dia culture shocked
aku tengok ok je
tak ada shocked mana pun

ya, dulu mungkin dia pakai tudung
tapi kan masa tu dia baru lepas sekolah
ramai je free-hair kal luar sekolah
apa kau orang ingat kalau kat sekolah bertudung litup, diluar sekolah pun bertudung kah?

kau orang yang duk bising-bising tu..
pergi angkat kain kat jemuran pakai tudung tak??
dengan ipar-ipar, dengan sepupu sepapat, dengan jiran-jiran kau orang ada jaga aurat kah??
jangan-jangan nak keluar jalan-jalan baru nak sarung tudung / tutup aurat

awat la korang nak bising-bising
biar la dia
janji dia still belajar betul-betul
tak sia-siakan duit tajaan bank negara malaysia
yang kau orang nak bising-bising hina dina kat dia tu pasal apa?
korang tahu tak? sekarang ni mungkin bahu kanan si amalina che bakri tuh dah berat
kes korang duk ngumpat-ngumpat
caci-caci kat dia
korang dapat apa?
buat berat bahu kiri je..
jangan la terlalu nak tunjuk yang kau orang ni meleis sangat

ye, aku memang bertudung
dan aku ada macam-macam jenis kawan
yang free-hair tetapi tak lagi mengunjungi club malam ada
yang free-hair tapi tak suka cakap hal orang pun ada - gila sexy kawan ni.. tapi baik ati wooo
yang bertudung segi bidang 45" ada
yang bertudung bidang 55", bidang 60" pun ada
yang bertudung bidang 60" tapi pernah fitnah aku macam-macam dan suka mengumpat serta busuk hati diiringi hasad dengki yang super tinggi pun ada - aku still kawan dengan dia sebab aku pemaaf orangnya *heh*
yang bertudung labuh pakai purdah pun ada
pendek kata semua pun aku berkawan...sebab aku tak judge orang by appearance
mungkin kawan tu free-hair sekarang, manatahu masa-masa depan Allah bagi hidayah kat dia dan dia lebih ustaz/ustazah dari kau orang yang perasan ustaz/ustazah...

perangai orang, syurga neraka, dosa pahala bukan terletak pada luaran sahaja
yang penting hati
hati kau orang putih ka, kelabu ka, hitam legam ka?

Allah je layak nak judge hamba-hamba Nya
kau orang tak ada hak
if nampak benda-benda tak elok
diam-diam sudah lah.. kalau tak puas hati sangat, email je kat dia senyap-senyap
siapa-siapa pun tak aib...
aku paling benci orang yang konon nak menegur tapi dalam masa yang sama dah aib kan orang yang nak ditegur...
kau orang tahu tak dosa mengaibkan orang tu macam mana?
kalau dia tak maafkan kau orang... kau orang tak takut ke?
ingat senang ke nak cari nur amalina che bakri kat padang mahsyar nanti?
sebelum nak kutuk dan mengata tu...fikir dulu
cermin diri dulu

note: tak baik cakap orang hodoh, kau tahu tak siapa cipta orang yang kau orang cakap hodoh tu?

entry ni memang winrar >> klik kalau mau baca

No comments: