[gambar dari google: nah, siap dengan bendera sweden ok!]
tapi belum ada masa nak ke sana
aku ni dah la jenis malas nak berjalan kalau tak ada hal penting
bagi aku
kalau hari cuti harus lah duduk memerap kat rumah terbaring depan tv sambil berpelukan dengan kucing
...apa? fikir bukan bukan lah tewwww
actually kan, miho tu tak adanya suka di peluk-peluk
time dia high ni aje dia suka aku peluk
gedik sungguh..
tiba-tiba je datang angin gersang dia
jenuh aku duk tanya kawan-kawan yang ada bela kucing jantan
nak kasik kawin dengan miho
elok lepas dia matting
ada rezeki si miho tu pregnant laa
dapat anak buah baru la aku.. kah kah
lepas dia dah beranak sekali aku mahu zass dia punya tut...
sekali je miho ek...kakak say sorry again ok! - sumpah aku nangis sambil say sorry kat miho sebab sedih tengok dia ke-high-an terlampau tu - jiwa yang tulus murni serta lembut gemalai kan aku ni...haha
eh, tadi cerita pasal swedish meatballss...
tiba-tiba cerita pasal kucing gersang...
sorry ye adik adik kakak kakak abang abang yek
ok, resepi Swedish meatballs ni aku cilok kat web ikea-friends , dan web ni
resepi asal dia pakai pork ok!
aku sebenarnya tak ada la gigih nak buat meatballs sendiri
aku gigih google sebab nak resepi sauce dia aje
banyak version aku jumpa
jadi aku main combine recipe dan alter-alter ikut sedap rasa tekak aku
[ni gambar bento aku... rajin kan bawak bento pergi kerja..ada orang nak amik buat menantewww tak??]
- meat balls - boleh beli kat pasaraya di seluruh malaysia, pastikan halal tau. tapi kalau nak pure, boleh beli meatballs dari pakcik penjual daging lembu kat pasar tani / malam.. kalau nak buat bakso aku prefer yang ni. dia lebih rasa daging dan manis daging tu masih ada
- olive oil untuk saute the meatballs
- black pepper, white pepper, oregano - optional, aku je pandai-pandai tambah
- kentang di potong kecil-kecil dan direbus
- tepung jagung 2 sudu besar
- kicap 2 sudu besar
- 100 ml susu - boleh guna full cream milk / bancuh susu tepung penuh berkrim, aku pakai anlene creamy
- 200 ml stock lembu - aku rebus meatball, air rebusan tu aku jadikan stock lembu, pandai kan sayeeee ^.^
- serbuk lada hitam, serbuk lada putih
cara-cara
- rebus meatballs untuk dapatkan stock, rebus hingga masak atau halfcooked, ikut suka la
- letak olive oil dalam non stick pan
- saute the meatballs, masa ni tabur blackpepper, white pepper, oregano. saute until the balls turn brown
- bila dah brown boleh angkat letak dalam pinggan
- untuk kentang tu, korang boleh buat macam-macam style sebenarnya. nak rebus begitu je. nak buat mash ke, nak buat wedges ke, nak buat fries ke.. terpulang kepada selera..since aku masak ni pagi-pagi lepas subuh. harus lah aku rebus je kan...
- untuk sayur pun sama.. aku prefer rebus sekejap nak bagi dia tender sikit je.. sebab aku tak lalu nak telan mentah-mentah. dah la kawan aku cakap aku macam kambing sebab makan sayur hijau-hijau je
hoh?? jelita jugak kambing ni..haha
cara-cara masak sauce
- bekas goreng meatballs tadi jangan terus cuci, gunakan untuk buat sauce
- masukkan stock lembu, susu, kicap, black pepper, white pepper
- kacau sampai sebati dan pekat
- boleh letak garam kalau suka, tapi aku tak letak sebab stock lembu dah masin-masin dan kicap pun dah ada perasa
- dah siap
4 comments:
tak pernah makan bebola daging ikea juga. terasa mahal untuk dibeli.
hah??? mana adil ini macam !!!!! kena buatkan tuk kdla skali ok!! hishhh... tak buley jadik nih... huwaaaa!!!!!!!
mode: gegehs teruja sebab bos kuar p meeting sampai petang... aalaalalaa
Pesanan Penaja: http://homemade-kek.blogspot.com/
encik nizam: suruh lah wife buat.. ni resepi pun saya dh kasik.. hehe. haah, harga dia sangat mahal.. tu fikir byk2 kali jugak..
k.dhila: mai la umah wiken ni, saya buat utk k.dhila.. meatballs ada lagi dlm peti es. amboi, teruja sbb bos xde eh.. siap ada pesanan penaja lagi tuh..hihi
Sy dh mkn dh meatball ikea ni.. Sdap gak mkn dgn lingonberry jem tu.. :)
Post a Comment