Pages

Tuesday, September 11, 2012

Sotong Goreng Tepung a.k.a Sotong Celup Tepung

masa pergi janda baik hari tu
selain BBQ
ada menu sotong celup tepung juga
memang sedap resepi yang aku belajar dengan kawan aku ni
aku belajar 4 resepi rahsia dari kawan aku masa kat janda baik, kini tidak lagi menjadi rahsia..hoho
later aku share resepi lain pulak (modal untuk blogging..hehehe)

mudah je resepi dia
korang pun boleh try
aku letak resepi ni kat sini supaya in future aku yang cepat lupa ni leh refer kat sini



bahan-bahan
sotong jenis besar panjang bulat-bulat - segar
telur
*tepung gandum
*tepung jagung
*tepung beras
*garam
*lada sulah
minyak untuk menggoreng


cara-cara
1. potong sotong bulat-bulat
2. pukul sebiji telur / ikut kuantiti sotong, letak sedikit garam dan lada sulah
3. campurkan bahan kering bertanda *, gaul bagi rata
ni ada tips, untuk tepung gunakan ratio / nisbah 1:1:1, contohnya, 1 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, 1 sudu tepung jagung, kalau nak letak 2 sudu, semuanya jadi 2 sudu.
4. celup sotong dalam telur, kemudian gaul dalam tepung, masukkan dalam minyak yang panas
5. goreng hingga kekuningan atau masak atau garing
6. sedap dimakan panas-panas, cicah sambal kicap.. perghh, kecur lak tiba-tiba ^__~

7 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum..
wahhh sotong goreng tepung.. sedapnya... nyum nyum.. saya pun suka gak makan sotong goreng tepung ni.. kalau saya wat selalu tak bape nak jadi.. tepungnya tak bape nak bersalut.. rasanya sbb tak sempat nak tapis air nya betul2.. hmmm teknik mau ada kan.. klu tak.. tak jadi ler..

Amak Kongsi said...

yep, kena tapis air betul2.
ada petua, kena lap sotong dengan tisu dapur / kain lap yg bersih. boleh try resepi ni, insyaAllah menjadi :)

Unknown said...

Baru buat mlm tadi utk dinner itu sotong goreng tepung.takdan mak bapaknya nak mkn puas2 itu cucu2 maklong sudah kebas mkn dpn tv...takde teknik2 pon..bantai je gaul2 dgn telor pastu dgn tepung goreng ayam seri aji tu..sodap gak..tapi yg berteknik gini lagi la uummpphh kan..hehe...

Amak Kongsi said...

wahh, mak dia terel masak
sbb tu cucu2 selera nak makan.. mak long pernah try buat b4 ni, tp xjadi. tepung x melekat. belajar dengan member kali ni baru jadi. mmg sedap sgt2. mcm yg mkn kt kedai tu. tp kalau lisa punya resepi mesti sedap gak kan. hihi. xterfikir nak guna tepung ready made.

Anonymous said...

terliur tengok sotong tu. telan air liur dr jauh.

Unknown said...

setakat nak makan anak beranak ok je sbb anak beranak jenis bedal je apa jenis makanan tolak batu dgn kayu je kan tp klu nak bg org mkn tu tak sanggup rasanya..nnti nak try cara maklong lah pulok..cara org beradap sikit bila masak sbb ada teknik..mcm kita ni jenis suka derhaka dgn rasepi sbb malas..huhuhu..

Amak Kongsi said...

anon: boleh try buat. sng je nak buat.

lisa: bagus la dorg xmemilih. xpening kepala nak fikir bila time masak. maklong pn sama suka derhaka kt resepi orang. kali ni dpt blajar yg betul2 punya.. haruslah di kongsi dgn org2 lain kan. sebab kalau kt kedai tu mahal betul harga dia. ada juga kedai yg jual ala2 cekodok sotong. dapat buat sendiri lagi puas n dpt mkn byk:)