previously kalau nak makan cream puff, adik bongsu saya yang membuat. cream puff goreng je. tapi rasa dia... hmppppphhh wallahh.. resepi? itu kena tanya adik saya lah. saya tak tahu apa resepinya. kakak dia tahu makan je ^_^. cream puff yang saya nak share resepi ni adalah pertama kali saya membuatnya. jadi, ala-ala berdebar juga lah waktu nak mencubanya. takut tak menjadi. actually memang tak jadi pun.. ada cerita disebalik kejadian kenapa tak jadi :)
saya ambil resepi ni dari blog kak ita, saya follow sebiji-sebiji step dia. untuk pembakaran pertama, saya betul-betul ikut step kak ita. 20 minit pertama bakar pada suhu 210 darjah, untuk 15 minit kedua turunkan suhu ke 100 darjah. dan hasilnya cream puff saya jadi penyek. mula-mula dah cantik menggelembung, bila tukar suhu. dia terus menurun dan jadi penyek. setelah berbincang dengan adik ipar, kami sama-sama buat keputusan. untuk pembakaran adunan kedua kami bakar straight 35min pada suhu 210 darjah. dan hasilnya.... hmppppphhh wallla. cream puff yang rangup di luar, lembut di dalam.
bagi saya, dunia masakan adalah satu eksperimen. dengan mencampurkan beberapa bahan. dan menggunakan teknik memasak yang berbeza akan menghasilkan suatu makanan yang sedap dan jika gagal akan menjadi tak sedap. ada juga menghasilkan makanan yang buruk rupa, tapi masih mengekalkan rasa yang sedap. malah ada juga yang hasilnya cantik menawan, tetapi rasa dia faillll. nak telan pun menangis. hahaha :)
resepi yang saya nak kongsikan kali ni, bagi saya amat mudah untuk mereka yang pertama kali nak mencubanya. yang penting, semangat dan kerajinan! tak ada semangat memang tak jadi la. lagi satu, memasak mestilah ikhlas. baru lah hasilnya berbaloi. InsyaAllah ^_^
Puff Pastry (Choux)
Bahan-bahan
- *120 g butter
- *3/4 cup air
- 1 1/3 cup (170g) tepung gandum di ayak
- 5 biji telur gred A (60g/telur) = 300g, jika terlebih buangkan bahagian putih telur. Pukul rata telur menggunakan garfu / whisk.
- *1/4 tsp garam
- *1 tsp gula
- Dalam satu periuk kecil, satukan bahan bertanda (*).Panaskan atas dapur hingga ia mendidih.Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
- Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi.Kacau dengan senduk kayu/plastik hingga adunan menjadi doh yang lembut - jangan guna senduk besi!
- Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
- Tutup api dan masukkan telur. Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati.
- Masukkan adunan ini ke dalam piping bag.Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong bucunya anggaran 1cm.'
- Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar. Suhu 210 - 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.Guna api atas dan bawah dan jika oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
- Sediakan dulang pembakar. Lapik dulang dengan baking paper / griskan loyang pembakar jika tidak menggunakan baking paper.
- Paipkan adunan atas dulang pembakar. Biarkan ia agak meninggi sedikit. Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda.
- Dengan segera masukkan ke dalam oven. Bakar selama 35 minit sehingga permukaannya kuning keemasan. Jika puff dah nampak coklat masa pembakaran ke 20 minit, tutup api atas, hanya guna api bawah untuk membakar sehingga masak (cukup 35minit).
- Apabila masak, biarkan puff seketika di dalam oven barulah keluarkan agar puff tidak mengelami kejutan suhu. (suhu dalam oven tinggi, luar oven rendah ^__^).
- Untuk dapatkan puff yang naik membulat tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar dengan segera terus bakar supaya doh tidak turun.
Cream
bahan-bahan:
1 cawan non-dairy whip cream yang dah manis, jika terbeli yang tawar, tambahkan gula 1/4 cawan.
cara-cara:
pukul whip cream hingga kental.
Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream di dalamnya
Untuk paipkan Cream , masukkan Cream dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit.
boleh juga gunakan lemon curd sebagai inti cream puff, nanti nama dia jadi lemon curd puff.
note: suhu oven juga bergantung pada saiz oven, jika oven kecil puff lebih cepat hangus. jadi, kena pandai kawal suhu. selamat mencuba!
note II: 1 adunan boleh dapat dalam 30-35 biji
source: puan azlita , little japan mama
1 comment:
sedapnya karipap ni..hee
Post a Comment