Semasa jurugambar lihat budak lelaki yang berumur sekitar 10 tahun ini, dia ingat adiknya di belakang itu sedang tidur. Apabila ada sekumpulan orang memakai pelitup muka angkut adik itu, rupanya adik itu telah meninggal dunia.
Cerita sebenarnya, budak lelaki ini sedang menunggu gilirannya untuk membakar mayat adiknya. Sewaktu mayat adiknya dibakar, budak lelaki itu berdiri lama, tidak bergerak. Dia mengetam bibir bawahnya sampai berdarah. Apabila api semakin reda, budak itu berlalu pergi.
Gambar ini merupakan antara gambar ikonik mangsa pengeboman di Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Ada yang cuba untuk mencari identiti budak ini, tetapi sampai sekarang tak jumpa.
Sumber: Zamir Mohyedin
No comments:
Post a Comment