1. Gunung Ruang, Sulawesi setinggi hampir 1 kilometer dari paras laut telah meletus sekurang-kurangnya 3 kali dalam minggu ini bermula sejak hari Selasa (16 April) pada pukul 9.45 malam.
2. Letusan tersebut telah melepaskan abu setinggi sekitar 20 kilometer ke Udara dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di sekitarnya.
3. Letusan gunung berapi ini telah menyebabkan sekitar 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Tiada kematian dan kemalangan dilaporkan setakat ini.
4. Gunung Berapi Ruang dah pernah meletus sekitar 12 kali. Kali pertama direkodkan pada tahun 1808 dan paling teruk terjadi pada tahun 2002.
5. Letusan gunung berapi ini merupakan proses semulajadi alam yang pada satu sudut mungkin kita nampak seperti bencana, tetapi pada sudut lain ia memberikan tanah yang subur kepada manusia, suburkan hidupan laut dan menyejukkan suhu Bumi.
Sumber: X Zamir Mohyedin
No comments:
Post a Comment