Ahad lepas (25 April), saya ke pasar malam Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konon-konon nak beli buah. Sebab biasanya buah-buah kat pasar malam ni segar. Sedang mengintai buah untuk dibeli, saya terpandang gerai sayur. Berhenti kat situ nak beli cili. Mata dah tertangkap kat buah labu. Dalam hati terdetik, dah lama tak makan sayur lemak labu yang mak buat. Saya pun beli lah separuh yang kecil, konon-konon nak masak untuk diri sendiri dan housemate.
Keesokan harinya sewaktu di tempat mencari rezeki, saya tanya housemate saya dia makan labu masak lemak ke tidak. Maklumlah, dia ni tak makan sayur. Saya ni kalau orang tak makan saya agak malas nak masak. Macam kurang best nak makan sorang-sorang. Dia jawab tak makan, if saya masak dia akan ambil kuah aje. Aduh, kesian lah pula. Tak kan dia nak makan kuah aje kan?
Saya pun sambung buat programming saya yang dah berapa hari tak settle tu. Sedang duk stress dengan part url validation, saya teringat dalam rancangan Oprah; ada satu episod tu dia panggil chef masakkan sup labu kat dalam show. Ape lagi, terus lah saya dengan pantas bertanya pada pak menakan saya iaitu pakcik Google (◠‿◠). Duk usha-usha tu, rupa-rupanya mudah je nak buat sup labu ni.
Saya segera tanya pada housemate, dia nak makan tak sup labu. Makan dengan garlic bread, dia terus cakap mahu-mahu-mahu. Alhamdulillah, nasib baik dia mahu. Dengan teruja saya terus salin resepi dan bercita-cita untuk ke pasaraya Giant on the way nak balik rumah petang nanti. Sebelum saya lupa, source resepi ni dapat dari sini yang di post oleh Encik Mat Gebu. Tapi saya ubah suai ikut suka hati saya selera tekak Melayu saya. Ok, saya pun tak tahu dah nak bebel apa lagi. Kite move to the recipe lah ye. Selamat mencuba kawan-kawan. (◕‿-)
Pumpkin soup with garlic bread
Roti bawang putih
Roti perancis / roti putih biasa pun boleh
5 ulas bawang putih dihancurkan
3 sudu mentega
Cara-cara:
Campurkan bawang putih dengan mentega; gaulkan
sapu pada roti perancis yang telah dipotong
bakar didalam oven atau di atas kuali hingga bau wangi atau garing bukan hangit ye. ∩_∩
pane all'aglio con zuppa di zucca
Bahan-bahan:
1. Separuh buah labu kuning kecil, kupas dan potong kecil supaya cepat masak
2. Separuh lobak, kupas dan potong kecil supaya cepat masak
3. 1 kelopak/batang (don't know exactly nak panggil apa) celery, dipotong kecil
4. Bawang besar, didadu
5. Bawang putih 2 ulas
6. 1 sudu mentega untuk menumis
7. 50 g tepung gandum
8. 100 ml UHT Whipping Cream / susu segar / susu sejat
9. 800 ml air
10. cili padi 3 biji dicincang, nak pedas sila lebihkan
Sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, dan serbuk lada hitam
Cara-cara:
1. Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan cili; goreng hingga layu. Kemudian masukkan saleri, lobak, dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
2. Tepung dibancuh dengan sebahagian dari 800ml air. Lebih kurang 400ml. Masukkan bancuhan tepung kedalam periuk dan kacau hingga rata. 3. Tuang air yang selebihnya dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu serta lobak empuk, sambil terus mengacau.
4. Padamkan api dan biarkan suam.
5. Apabilah dah agak suam, kisar hingga halus. Sewaktu mengisar masukkan susu.
6. Tuang dalam tapis dan tekan dengan spatula hingga menghasilkan puri yg halus.
7. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
8. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah dan lada hitam, masak hingga pekat sedikit.
9. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat.
10. dah boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti bawang putih yang garing (bunyi dia kruk-kruk sedap)
Note: Hidangan untuk 4-5 orang yang berperut kecil seperti saya, hahaha...layannnn je(✿◠‿◠)
2 comments:
walaupun keras...roti garlic memang best...makan plak ngan sup....perghhh..ilang bijik mata...
amboi, sampai hilang bijik mata. hehe
Post a Comment