bulan puasa ni terlebih rajin blog-hopping. tiba-tiba terlompat kat blog siapa entah saya dah lupa. tengok gambar nasi lemak. leleh terus. jangan terkejut kalau saya cakap preparation nasi lemak saya ambil masa 2 hari. day 1, saya prepare sambal dulu. lagipun housemate ada sebut-sebut nak sambal untuk makan dengan mi siput. jadi saya buat lah lebih-lebih untuk portion nasi lemak juga. before ni, sebelum bulan ramadhan pun memang dah selalu buat stock sambal, sebab senang. bila nak makan tinggal cedok dan reheat aje. maklum lah, wanita bekerjaya macam saya ni mana sempat nak masak (macam lah orang lain tak kerja...hehehe ◠‿◠).
sambal kan senang nak mismatch dengan apa-apa lauk. udang, sotong, ayam.. tinggal campur je. untuk nasi lemak ni pun, saya prepare sambal sotong. disebabkan dan ada ready-made sambal, saya balik rumah tinggal nak potong sotong tu then campur je dalam sambal. cepat kan? untuk nasi pula, sekejap aja nak masak. sebab pakai rice cooker. untuk ayam goreng lemon pula, saya ambil baki gravy yang saya buat untuk masak nasi tomato(klik untuk dapatkan recipe gravy) last week. memang pantas dan cepat...hehehe ◕‿-
nasi lemak saya hidangkan dengan ayam goreng lemon, salad, telur puyuh, sambal sotong
sini saya nak share recipe nasi lemak beserta petua sekali. saya belajar dengan mak angkat saya (dia ada buka cafe di uitm puncak alam).
preparation untuk 2 orang makan (berbuka dan sahur)
2 cawan beras
2 1/2 santan (dari kelapa parut)
✿ jika kamu guna santan kotak maybe boleh guna sukatan ni ( 1/2 cawan santan dan 2 cawan air)
1 ulas bawang putih, bawang merah dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 sk halba
1 sk garam
1 sb minyak masak
daun pandan
cara-cara:
ini petua
beras dicuci dan direndam 5 minit
santan pula direnih seketika dalam periuk
apabila santan dah nampak nak mendidih, masukkan semua bahan dan letak dalam rice cooker. boleh teruskan kerja-kerja kamu yang lain. kerana petua yang saya beri tu untuk mengelakkan nasi kamu melekat-lekat pada periuk.
No comments:
Post a Comment