2 hari lepas saya ada beli pisang untuk buat lempeng pisang, jadi ada lah lebihan pisang. risau jadi lebu dan membazir, saya duk fikir nak buat ape dengan pisang ni. nak buat puding raja, risau housemate tak makan. sebab guna susu. housemate tak minum susu. jadi saya tanyalah prof google guna keyword resepi pisang. ada lah beberapa yang listed dalam serp (
search engine result page) tu. dalam banyak-banyak tu saya terjumpa resepi mudah dan cepat di
blog resepi. kamu dah sedia maklumkan, saya ni wanita bekerjaya.. semua masakan mestilah cepat dan pantas tetapi sedap...hehehe. seperti biasa saya akan sesuka hati akan modified sedikit resepi yang saya ambil tu, if you all nak original recipe boleh klik pada hyperlink kat atas.
puding pisang versi saya, gelap sikit sebab guna brown sugar kot
sedap juga kalau makan dengan sos coklat atau ice-cream
bahan-bahan:
100g butter
3 biji pisang masak dilenyek
50g brown sugar
100g tepung gandum
1 sk serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sb susu
cara-cara:
letak butter dalam loyang then cairkan dalam microwave
tambah semua bahan ke dalam butter yang telah cair dan gaul sebati
letak hirisan pisang dan masak selama 8 minit atau sehingga masak
note: saya terlupa nak letak telur dan susu, dah siap masak baru teringat. maklumlah nak kejar waktu berbuka. walaupun 2 bahan tu saya terlupa letak, rasanya tetap sedap. housemate cakap rasa seperti lepat.. hehehe
No comments:
Post a Comment