Assalamualaikum sahabat² hebat semua..
Ramai yang minta saya kongsikan cara permohonan sijil halal... Ok saya buat aiskrim hanya dirumah xda premis ...
Jika sahabat² dalam group ni tinggal di Negeri Sembilan permohan untuk dapatkan sijil halal ni mudah sedikit sbb kerajaan Negeri (pihak pengurusan halal, JHEAINS memang mencari peniaga² kecil utk diberikan insentif kotej halal.. permohon insentif y layak akan dpt insentif dan sijil halal.. lebih mudahla untuk Negeri lain sy xpasti mcm mn proses dia.. boleh berhubung dengan jabatan agama..
ok sy share proses sy maybe lebih kurang je untuk Negeri lain pun sbb semua permohonan perlu melalui sistem app halal.. mohon di apps halal pastikan berdaftar dengan SSM.. dokumen yang diperlukan utk pendaftaran
1. Salinan SSM
2. Carta alir proses makanan/produk
3. peta lokasi
4. Senarai ramuan/bahan yang digunakan
Setiap ramuan perlu di key in dlm sistem app halal.. bila dah settle Dan dpt kelulusan dr pihak pengurusan halal pihak pengurusan halal akan buat lawatan... kalau xda masalah boleh la dpt sijil halal...Sample produk perlu dihantar kpd pihak pengurusan halal..
Syarat tempat kita buat kerja
1.Tempat proses (kerja) perlu diasingkan dengan dapur rumah (sekiranya bt dirumah)
2. Kawasan kerja perlu dipasang jaring halus
3. Bahan² kegunaan kerja Dan rumah perlu diasingkan
4. Lampu kena guna lampu yang bertutup
5. Kena pasang perangkap nyamuk (boleh beli kt shoppe)
Syarat² ni xperlu risau sy masa memohon buat sikit².. bila diorg datang diorg akan Komen Dr Komen diorg kita boleh tambah baik lg.. sy mula² buat kt dapur rumah je.. bila diorg Komen xboleh.. usahakan buat tempat khas..
Source: Fida Abas
No comments:
Post a Comment