Kita di Malaysia ni sebenarnya cukup bertuah. Ada banyak sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Sehingga ada plan nak jual lebihan elektrik ke negara orang lain.
Tapi tahukah anda, ada sebuah negara yg lansung tiada sumber elektrik & bergantung 100% kpd kapal utk elektrik?
Ya. Negara tersebut ialah Guinea-Bissau. Negara ini merupakan salah satu dari 10 negara termiskin di dunia.
Seluruh sumber elektrik di negara ini dijana 100% oleh kapal ini, yang telah berlabuh di pelabuhan mereka semenjak tahun 2019.
Betul. Kapal ini milik syarikat dari Turki.
Digelar sebagai KARPOWERSHIP. Sebuah projek "Floating Power Plant" yg diwujudkan untuk membantu negara-negara yang mempunya masalah seperti Guine-Bissau ini.
Boleh menjana kuasa dari 30 MW sehingga ke 470 MW.
Karpowership ini beroperasi menggunakan minyak diesel. Untuk Guine-Bissau, diesel yang digunakan diimport dari negara jiran, Senegal.
Kehadiran kapal ini adalah sementara, sementara menunggu projek Hidro-Elektrik (fully funded by World Bank) di Gambia siap.
Selain Guine-Bissau, menurut website Karpowership, mereka juga beroperasi di Indonesia.
Di mana ianya menjana 30% sumber elektrik Sulawesi Utara, 55% Timur Nusa Tenggara, 80% di Ambon dan 10% di Medan.
Source: https://karpowership.com/en/project-indonesia-asia
Sumber: Twitter Khairul Aqmal @/KhairulAqmal
No comments:
Post a Comment