Pages

Friday, July 28, 2023

Persiapan untuk hari kematian

Cetak gambar di bawah dan letakkan pada muka depan Fail Faraid Peribadi / Fail Pewarisan Individu anda.

Kemudian masukkan gambar anda di tengah tu, sebagai peringatan mengingati mati.

Sumber: Ahmad Termizi bin Abdullah


Apa kandungan didalam fail?

Contoh kandungan didalam fail ialah seperti berikut:

- Salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak
- Salinan surat nikah isteri-isteri
- Salinan sijil lahir anak-anak
- Salinan sijil mati ibu ayah

- Salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda)
- Polisi asal takaful
- Maklumat tentang Akaun Bank, Akaun Tabung Haji, Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Akaun Amanah Saham Bumiputera, Akaun Saham Bursa dan lain-lain.

- Maklumat tentang E-Dompet
- maklumat tentang Wang Kripto
- Wang kertas lama
- Geran kereta
- Geran rumah
- Sijil pemberitahuan hak cipta
- Maklumat tentang hutang

Satu sahaja yang belum ada iaitu sijil mati saya.


Add on a note too; 
-simpan set kain kafan (boleh beli disini)
-simpan 3 kain batik lepas(tetas jika sudah berjahit - beli kain batik lepas
-2 tuala
-sabun &shampoo kesukaan
-minyak wangi kesukaan
-bedak bayi kesukaan 

Sumber:
@/aisukayam
@/iRaesmee

Thursday, July 20, 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli

Monday, July 17, 2023

Senibina Rumah Melayu

Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara seni bina terbaik di dunia. Hebat bukan? 

Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.



LALUAN ANGIN.

Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.




Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

RUMAH TINGGI.




Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

KIBLAT LURUS.

Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun.

Manalah tahu kan.

Kredit: Nazia Suhaimi
Pelajar seni bina Politeknik Port Dickson dulu. 
Gambar dari Google dan rumah pusaka Nenek saya.

Friday, July 14, 2023

Cuci dapur dan kain lap setiap malam



Saya cuba buat ni tiap-tiap malam.

1.  Rendam kain lap dapur dalam air panas lebih kurang 10-15 minit.  Bubuh sabun sikit.  Kalau ada kesan kotor masih tak hilang, berus.  Kemudian bilas dan sidai.  Kain lap tu nampaklah lebih bermaya esoknya, tak adalah kusam je.

2.  Tuang secerek air panas ke lubang singki untuk bersihkan lemak-lemak atau kesan minyak terkumpul.     Walaupun kita tak tuang minyak terpakai ke dalam singki, tapi minyak dari kuah yang kita makan, lemak dari pisau mentega yang kita cuci, tu semua termasuk juga ke singki.  

3.  Lap lantai dapur.  Bila masuk dapur esok pagi, seronok rasa waktu pijak lantai tu.

Sumber: Norleem Mohid
.
.
(Iklan)


Sabun basuh Desans.
Wangi dia melekat kat baju tau. sambil² melipat baju wangi  semerbak bau dia. Ada 6 jenis wangian yang berbeza². Tiada SLS dan Paraben. Menggunakan bahan aktif organik, selamat untuk kulit dan ekosistem.

Thursday, July 6, 2023

Where can I volunteer to plant trees in Malaysia?

Here are some organisations or initiatives that are doing great work in forest conservation & urban greening that need your help! 🌳

1. Free Tree Society

Volunteering experience includes planting workshops & nursery management. Locations are at Pulai Trail, Taman Tugu & the headquarters in Bangsar.

2. Taman Tugu

Taman Tugu does great work at managing our urban forest. By volunteering with them, you’ll be engaged for their weekend activities & events.

3. Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 

This is a national tree-planting campaign until 2025. You can stay updated with their progress & inquire how to get involved!

4. Urban Community Forest with Malaysian Nature Society 

Volunteers at the UCF will help to look into the welfare of saplings, have nursery duties, do trail maintenance & strengthen stream banks. 


All the trees will be planted on reforestation sites at the Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary in Sabah. You can either volunteer with APE Malaysia or donate to adopt trees.

6. Global Environment Centre 

Available slots of tree planting with GEC are on the 26 August, 23 September & 28 October this year at the Kuala Langat North Forest Reserve in Selangor.

7. Rimba Ilmu

Rimba Ilmu is tropical botanic garden in Universiti Malaya that focuses primarily in research, education & awareness as well as conservation. They are looking for volunteers with different skill sets.


This is the Voluntary Guardian position which entails wetland management, environmental education & fundraising.

9. Sabah Wetlands Conservation Society

Look into their tree planting initiative called the Mangrove Conservation Experience Program. This will be conducted at the Sulaman Lake Forest Reserve in Tuaran, Sabah. Please contact the NGO beforehand.

Source: @/climateaidil

Wednesday, July 5, 2023

KITCHEN TIPS From Africa



1. Never store Onions and Potatoes together because both produce a gas that causes either of them to spoil quickly.

2. Put two or three orange leaves in your hot palm oil on the fire. Let the leaves turn black before removing it. By then your palm oil becomes pure groundnut oil also giving your food a nice taste.

3. To avoid feeling a peppering hotness on your hands after cutting pepper with bare hand scrub your hand with salt and red oil then wash it.

4. If you happen to over salt a pot of soup, just drop in a peeled potato. The potato will absorb the excess salt.

5. If your Soup or Stew goes sour while warming it, add little piece of Charcoal and remove after warming, the taste will come back.

6. Never put citrus fruits (oranges, lemon, lime, etc) or tomatoes in the fridge. The low temperature degrades the aroma and flavor of these fruits.

7. When storing empty airtight containers, throw in a pinch of salt to keep them from getting stinky.

8. If your salt is becoming lumpy, put a few grains of rice in with it to absorb excess moisture.

9. To reuse cooking oil without tasting whatever was cooked in the oil previously, cook a 1/4" piece of ginger in the oil. It will remove any remaining flavors and odors.

Credit to owner. Hope you learnt something

Monday, July 3, 2023

Doa orang yang berdosa



Baru-baru ini saya ada baca seseorang cakap yang adakah Allah SWT akan dengar dan makbulkan doanya sedangkan dia banyak buat dosa? Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu pesanan Imam Sufyan bin Uya'inah r.h: لا يمنعن أحدكم الدعاء ما يعلم من نفسه (من التقصير) فإن الله قد استجاب لشر خلقه "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kalian terhalang daripada berdoa kerana menyedari kekurangan dirinya, kerana sesungguhnya Allah SWT mengabulkan doa sejahat-jahat makhluk-Nya." Siapakah sejahat-jahat makhluk? Iblis. Doa Iblis seperti yang Allah SWT rakamkan dalam al-Quran: قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ "Wahai Tuhanku, berikanlah penangguhan kepadaku sehingga hari mereka dibangkitkan." Jawab Allah SWT: قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ "Kata Allah SWT, 'Sesungguhnya engkau dalam kalangan mereka yang diberi penangguhan.'' (Sad: 79-80) Iblis yang Allah SWT telah laknat sehingga ke hari Kiamat berdoa dan doanya dimakbulkan. Apatah lagi kita yang beriman ini dan berusaha untuk lakukan kebaikan semampu mungkin. Pasti Allah SWT akan makbulkan doa-doa kita. Meskipun terkadang kita tergelincir dan masuk ke lembah dosa dan kesalahan. Perelokkan sangkaan kita kepada Allah SWT. Allah SWT tidak akan sia-siakan doa kita.

Sumber: @/fakhrifadzli

Sunday, July 2, 2023

Sejarah Batu Kurau


This Is Kurau Stone.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping). Dari itu tidak heranlah jika majoriti penduduknya bercakap dalam Bahasa Patani.

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :

"Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita, Balik sana bukit!"

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

.

Sumber Artikel : http://pekanbatukurau.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/45-sejarah

Kredit: Saiful Suffian

DAGING GORENG THAI

DAGING GORENG THAI

Kredit: Explorasa



Bahan:
- 800g daging. 
- 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
- 1 sudu besaf lada hitam (dikisar/ditumbuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam 
- Butter/majerin untuk menumis

Bahan (sos):
- Serbuk cili thai
- Gula kabung atau somtam jika tiada pakai 2 sudu gula putih
- 2 sudu beras digoreng/disangai (dikisar halus)
- 2 sudu air limau nipis
- 3 sudu air asam jawa
- Kicap sotong/sos ikan
- 3 ulas bawang kecik merah (dihiris nipis)
- Daun ketumbar 
- Daun bawang

Cara penyediaan:
1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter & bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam
2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih.
3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebati.
4. Bila air mula kering, kacau hingga sebati.
5. Kecikkan api & masukkan bahan sos ke dalam daging & kacau rata.
6. Siap!

Kredit : Empunya Resepi 

SELAMAT MENCUBA 👍