Pages

Thursday, June 29, 2023

Kuih Telur Kubis

Kuih  ni hampir ditelan zaman. namanya Kuih Telur Kobis Terengganu@ kuih telo kobeh. kuih tradisi orang Terengganu yang susah nok cari doh lening. tempat asalnya Pulau Redang...abam kalau makan hok ni panas2...abih sutir nyandor ahh😄😄




Resipi Kuih Telur Kobis

Bahan A (Kulit kuih)
1. Tepung gandum 500g
2. Marjerin 2 sb
3. Telur 2 biji
4. Garam Gula secukup rasa
5. Perasa
6. Air secukupnya


Cara buat Doh
1. Masukkan tepung, marjerin,garam dan gula..telur...perasa dalam satu bekas..gaulkan bagi sebati..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh..
3. Tepung  tidak terlalu keras n tidak lembik (uli smpai dok  melekat kat jari kita)
4. Biarkan doh 1 ke 2 jam....
5. Jadikan tepung bulat2 mcm nak buat roti canai...sapukan marjerin dan biarkan dalam bekas selama 3 jam...klau biar satu malam lagi ok...doh tu buat beza saiz sikitlah pasal kita nak buat lapisan.

Bahan B ( inti Ikan )
1. Ikan selayang 5 ekor ( dibersihkan dan direbus..ambil isinya)
2. Santan 1 kotak kecil
3. bawang merah  4 biji
4. bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam gula secukup rasa


Cara buat sambal ikan
Ikan direbus dan diasingkan isi.Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang dan halia yg dihiris nipis. Masukkan dalam kuali dan kacau sehingga sambal kering atau lembap sikit klau suka.
Siap utk sambal

Bahan C (Sayur)
1. Kobis 1/2 biji
2. bawang holland 1 biji (optional)
3. Cili padi merah dan hijau 10 biji ( nak pedas letak lebih)
* semua bahan C dimayang dan hiris nipis


Bahan D ( telur)
1. Telur 4 biji ( pukul telur dan letak garam skit)

Cara membuatnya:
Proses pertama...ambil doh...canai jadi nipis...letak inti ikan..sayur..cili..telur..
kemudian lipat ...goreng..bila agak kekuningan..kluarkan..
kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan  nipis...ambil doh yg digoreng tadi...ulang proses yg pertama tadi..goreng kali kedua dan untuk kali ketiga ulang proses yg sama...jadi telur kobis kita jadi 3 lapis.. siap...makan panas-panas...memang sedap.


Sunday, June 25, 2023

Kisah misteri laut dalam

Kisah-kisah misteri seorang penyelam laut dalam.
Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut (nama dirahsiakan) di US yang telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 tahun bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).

Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk-makhluk yangg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata-mata.

“Saya seorang penyelam laut dalam yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membuat kerja-kerja penyelaman untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat-khidmat seperti ‘salvage & rescue’ (pemulihan dan pertolongan), ‘deep sea demolition’ ( letupan di lautan dalam) ‘rig n vessel repair’ ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh orang biasa.

kredit: google

Sudah beratus ekspedisi selam dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada juga kejadian yangg tidak masuk akal dan menakutkan. Ini membuatkan saya berfikir masak-masak sama ada untuk bersara dan membuat kerja lain.

——————————————————————————————————

Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalaM
——————————————————————————————————-
Satu hari kami diberi tugasan khas untuk membaiki kapal di lautan dalam. Jarak laut dengan daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dengan tali-tali tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus ke bawah kapal utk memotong tali-tali pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.

Tapi, satu perkara pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg tersebut penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yangg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah-olah ada tulisan dan simbol yangg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai. Saya terus bertanya kepada penyelam senior yang lain dan mereka pun pernah mengalami perkara yang sama. Namun, mereka buat tak tahu dan bawa balik ke rumah sebagai kenangan.

——————————————————————————————————
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera
——————————————————————————————————
Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara US yg bertaraf Level 4 iaitu ‘Sangat Rahsia dan Sulit.’ Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi taklimat oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah untuk mengenal pasti lokasi kapal terbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua orang juruterbang terhempas bersama.

Dua orang juruselam termasuk saya ditugaskan unttk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.

Dari kejauhan, kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yang tidak ada apa pun di sekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda-benda lain di sekeliling kapal yangg terhempas ke dasar laut.

Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa-apa kecacatan pun pada badan, sayap atau kokpit jet. Ini mustahil kerana kapal terbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa-sisanya bertaburan.

Apa yang lebih pelik, ketika kami mengintai ke dalam kokpit, tidak ada mayat juruterbang di dalamnya. Kami hanya melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yang lainnya tidak ada tanda-tanda menunjukkan ada juruterbang di dalam kapal tersebut. Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada dua juruterbang yang memandu jet pejuang itu.

Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.

——————————————————————————————————-
Peristiwa 3 : Buih udara siapa?
——————————————————————————————————-
Satu lagi peristiwa misteri dan menakutkan berlaku di satu lokasi laut dalam bagi tujuan pencarian sisa-sisa kapal.

Kebiasaannya bergantung kepada kerumitan dan besarnya sesuatu projek, minima akan ada dua penyelam manakala dua lagi akan berada di atas kapal bagi tujuan menyelia serta menjaga peralatan penyelam di dalam laut.

Satu cara utk mengenal pasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih-buih yg timbul di permukaan air. Bila seorang penyelam bernafas ke luar, udara akan dilepaskan daripada peralatan dan buih akan naik ke atas. Dengan cara ini, mereka di atas boleh tahu sama ada penyelam berada di mana dan dalam situasi bahaya atau tidak.

Saya berada di atas kapal dan ditugaskan menjaga peralatan penyelam yg berada di bawah lautan. Selepas tempoh lebih kurang 40 minit operasi selam, kelihatan lebih kurang 10 meter satu jujukan buih udara yg timbul ke permukaan laut.  Memandangkan kami berada ratusan kilometer dari darat dan tiada kapal lain yang menjalankan operasi selain kapal kami, maka mustahil ada penyelam lain terlibat sekali.

Saya terus beritahu penyelia projek dan beliau kata mungkin arus yg membawa buih tersebut. Kemudian, kami di atas bot terdengar bunyi seperti jeritan haiwan yang amat nyaring datang dari laut kemudian sunyi sepi. Kami terus memberi isyarat kepada penyelam-penyelam dan bertanya jika ada apa-apa yang aneh berlaku. Semua normal di dalam laut kata mereka.

Tetapi penyelia projek dan kru di atas kapal berasa tidak sedap hati dan memberi isyarat kepada penyelam-penyelam untuk naik ke atas. Firasat penyelia itu tepat sekali kerana kira-kira 20 meter, mereka dapat lihat seperti satu kumpulan buih yg amat banyak sedang bergerak ke lokasi penyelam mereka.

Kami terus diarahkan untyk menarik penyelam ke atas secepat mungkin dan walaupun ini amat membahayakan nyawa penyelam kerana mereka tidak dpt melalui proses decompress dengan cara yg betul, tetapi ia lebih baik daripada dikejar gelombang buih dalam lautan yangg mereka pun tidak tahu apa sebenarnya.

——————————————————————————————————-
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.
——————————————————————————————————-
Sebahagian daripada tugas saya sebagai penyelam laut dalam dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan.

Saya masih ingat lagi, satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh-puluh kenderaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa utk membantu operasi menyelamat dan mengenal pasti jika ada mangsa yg hidup atau mati di dalam sungai.

Kami sebagai juruselam profesional dengan bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yangg ditemui merupakan orang dewasa. Tetapi dalam kes ini ia sangat tragis kerana kebanyakannya adalah kenderaan awam dan mayat-mayat yg dikenal pasti adalah keluarga dan kanak-kanak yang dalam perjalanan bercuti sekolah.

Hari pertama kami membantu bomba dan medik unttk menyelam ke kawasan sungai yang deras dan dalam airnya. Keadaan air yg keruh dan kelam juga tidak menolong kami untuk mencari mayat. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas.

Hari pertama kami berjaya mengeluarkan enam mayat terdiri daripada dewasa dan juga kanak-kanak. Masih banyak lagi mayat yang dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.

Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugasan lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan untuk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah-olah tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yg mendiami sungai itu dan memakan mayat-mayat penumpang.

Kemudian, saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yg dijumpai dan saya cuba utk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yang telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba-tiba dari jauh, saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yang masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula lega kerana ada penyelamat lain menolong. Saya berenang menghampiri penyelam itu untuk membantunya.

Tetapi ada sesuatu yg tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yg paling tidak selamat dan profesional.

Saya hanya memerhati sahaja dari jarak 4 meter utk memantau penyelam tersebut. Tiba-tiba saya tersedar suatu perkara. Tiada buih udara yg keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya tidak ada penyelam lain yangg ditugaskan utk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan-lahan penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta itu. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.

Apa yg berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap. Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola melainkan dua biji cahaya merah. Lumut hijau menyelubungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang.

Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air. Dari belakang, saya dapat dengar suara daripada makhluk penyelam itu berkata: “Come back here. We need to help them!”

Esoknya, saya terus demam dan dikecualikan daripada mengikut operasi tersebut.

——————————————————————————————————-
Peristiwa 5 :  Makhluk apakah itu?
——————————————————————————————————-
Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yg saya jumpai. Ada yang biasa, ada yang jarang ditemui dan ada juga yang tidak dikenal pasti spesies apa binatang tersebut.

Salah satu peristiwa yg menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuah tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yg lain dari biasa kerana airnya sangat jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.

Untuk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dengan dinding kawat besi di sekelilingnya. Walau bagaimanapun  platform  tersebut terbuka di atasnya untuk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan.

Pemandangan yang jelas di dalam air yg jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat dilihat dan kawanan ikan berenang ke sana sini.

Ketika kami di kedalaman kira-kira 50 m, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau kelihatan ikan-ikan melainkan mereka sahaja. Susana hening itu tiba-tiba berubah menjadi cemas kerana kami terasa seperti ada sesuatu benda yg besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yg terkejut terus melihat ke bawah platform. Apa yang kami lihat sangat menakutkan kami.

Kami dapat lihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira-kira 15m panjang dan 6m lebar sedang berenang di bawah platform kami. Ia berlegar-legar mengelilingi kami seolah-olah mengawasi penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan, tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira-kira 200 kaki daripada kami. Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada kecemasan.

Tiba-tiba kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak di atas kami. Ikan gergasi itu kini sedang berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dengan lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai jerung, tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik2 seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil, tetapi berlapis-lapis sgt tajam seperti pengisar. Kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau di mana-mana dalam buku atau gambar. Ia berenang-renang di atas kami seolah-olah sedang menunggu masa untuk kami keluar dari platform.

Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat untuk naik ke atas. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli itu remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar serta membalingnya keluar platform.

Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus beri isyarat kepada kapal supaya menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup utk meneruskan operasi lagi. Ini bunuh diri namanya.

Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat lihat dengan jelas betapa remuknya dinding itu dan satu kali lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada maut….

Monday, June 19, 2023

Resignation letter sample.

Resignation letter. 

24 hours notice
2 weeks notice
1 month notice
Example in bahasa.





Source: @/empayarkerjaya






Thursday, June 8, 2023

Musim tengkujuh datang lagi, jom beli mesin pengering baju!

Haa, musim tengkujuh ni salah satu masalah mak-mak semestinya basuh kain jemur tak kering-kering, lepas tu bau hapak. Yewwww Nak beratur kat dobi layan diri memang tak kuasa lah. Bukan orang beratur, bakul yang beratur. dah tu bila tu nak siap keringkan baju? Musim-musim covid19 tak berapa nak reda ni lagi lah nak kena elak sesak-sesak ramai-ramai kan. haa, bagi yang rasa malas nak ke kedai letrik, meh amak bantu korang pilih mesin pengering yang ada dijual kat shopee. Yang penting, rating terbaik, servis bagus, aftersales bagus, barang berfungsi dengan baik. Kalau beli baju tak kering elok, tak tercapai lah matlamat asal kita tadi kan? Jom tengok, dah tengok klik link terus checkout. tak yah fikir lama sangat nanti habis orang beli. heheh 

Toshiba 7Kg Dryer Machine Clothes Dryer Baju
Harga: RM933 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, jenama toshiba kot. Jangan risau 
Kelebihan: Ada pengesan kain dah kering ke belum, if masih ada yang lembab dia terukan kerja nya. Nama canggih dia SenseDry. 
Warranty: 10 Tahun 
Teknologi: Vented Dryer 


Toshiba Sense Dry Tumble Dryer TD-H80SEM
Harga: RM925 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, jenama toshiba kot. Jangan risau 
Kelebihan: Ada SenseDry & antikedut. 
Warranty: 10 Tahun 
Teknologi: Vented Dryer 


Midea Condenser Cloth Dryer 8KG Mesin Pengering Pakaian (MD-C8800 | MDC8800)
Harga: RM1,198.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) ~ Dah murah ni kalau sebab teknology condensor tu biasanya harga dekat 2k atau 2k ke atas. 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Bagus Kelebihan: Ada Temperature Sensor & antikedut. 
Warranty: 2 Tahun 
Teknologi: Condenser Dryer 


Samsung Heat Pump Dryer 9KG / 8KG DV90T6240LH/DV80TA220AE (Delivery Within Klang Valley Only)
Harga: RM2,599.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, Samsung tu. Bukan jenama adik-adik ye. hehhe 
Kelebihan: Ada Moiusture Sensor. 
Warranty: 11 Tahun 
Teknologi: Heat Pump Dryer 

SAMSUNG 8KG Heat Pump Dryer Machine Mesin Dryer Mesin Pengering Baju DV80TA220AE/FQ DV90T6240LH/FQ
Harga: RM2,498.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, Samsung tu. Bukan jenama adik-adik ye. hehhe 
Kelebihan: Anti-Bakteria, Kering Eko, Kering Segera, Sensor Kelembapan, Anti-Kedutan 
Warranty: 11 Tahun 
Teknologi: Heat Pump Dryer 

Saturday, June 3, 2023

Cara memohon sijil halal untuk produk homemade

Assalamualaikum sahabat² hebat semua..

Ramai yang minta saya kongsikan cara permohonan sijil halal... Ok saya buat aiskrim hanya dirumah xda premis ...

Jika sahabat² dalam group ni tinggal di Negeri Sembilan permohan untuk dapatkan sijil halal ni mudah sedikit sbb kerajaan Negeri (pihak pengurusan halal, JHEAINS memang mencari peniaga² kecil utk diberikan insentif kotej halal.. permohon insentif y layak akan dpt insentif dan sijil halal.. lebih mudahla untuk Negeri lain sy xpasti mcm mn proses dia.. boleh berhubung dengan jabatan agama..

 ok sy share proses sy maybe lebih kurang je untuk Negeri lain pun sbb semua permohonan perlu melalui sistem app halal.. mohon di apps halal pastikan berdaftar dengan SSM.. dokumen yang diperlukan utk pendaftaran

1. Salinan SSM
2. Carta alir proses makanan/produk
3. peta lokasi
4. Senarai ramuan/bahan yang digunakan

Setiap ramuan perlu di key in dlm sistem app halal.. bila dah settle Dan dpt kelulusan dr pihak pengurusan halal pihak pengurusan halal akan buat lawatan...  kalau xda masalah boleh la dpt sijil halal...Sample produk perlu dihantar kpd pihak pengurusan halal.. 

Syarat tempat kita buat kerja 

1.Tempat proses (kerja) perlu diasingkan dengan dapur rumah (sekiranya bt dirumah)
2. Kawasan kerja perlu dipasang jaring halus
3. Bahan² kegunaan kerja Dan rumah perlu diasingkan
4. Lampu kena guna lampu yang bertutup
5. Kena pasang perangkap nyamuk (boleh beli kt shoppe)





Syarat² ni xperlu risau sy masa memohon buat sikit².. bila diorg datang diorg akan Komen Dr Komen diorg kita boleh tambah baik lg.. sy mula² buat kt dapur rumah je.. bila diorg Komen xboleh.. usahakan buat tempat khas..

Source: Fida Abas

Friday, June 2, 2023

Sumber elektrik boleh dijual?

Kita di Malaysia ni sebenarnya cukup bertuah. Ada banyak sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Sehingga ada plan nak jual lebihan elektrik ke negara orang lain.

Tapi tahukah anda, ada sebuah negara yg lansung tiada sumber elektrik & bergantung 100% kpd kapal utk elektrik?


Ya. Negara tersebut ialah Guinea-Bissau.  Negara ini merupakan salah satu dari 10 negara termiskin di dunia. 

Seluruh sumber elektrik di negara ini dijana 100% oleh kapal ini, yang telah berlabuh di pelabuhan mereka semenjak tahun 2019.


Betul. Kapal ini milik syarikat dari Turki.

Digelar sebagai KARPOWERSHIP. Sebuah projek "Floating Power Plant" yg diwujudkan untuk membantu negara-negara yang mempunya masalah seperti Guine-Bissau ini. 

Boleh menjana kuasa dari 30 MW sehingga ke 470 MW.


Karpowership ini beroperasi menggunakan minyak diesel. Untuk Guine-Bissau, diesel yang digunakan diimport dari negara jiran, Senegal.

Kehadiran kapal ini adalah sementara, sementara menunggu projek Hidro-Elektrik (fully funded by World Bank) di Gambia siap.
Selain Guine-Bissau, menurut website Karpowership, mereka juga beroperasi di Indonesia. 

Di mana ianya menjana 30% sumber elektrik Sulawesi Utara, 55% Timur Nusa Tenggara, 80% di Ambon dan 10% di Medan. 

Source: https://karpowership.com/en/project-indonesia-asia

Sumber: Twitter Khairul Aqmal @/KhairulAqmal